POKANIME PLANET - KARNIVAL COSPLAY TIGA HARI DI PAVILION BUKIT JALIL


Acara Pokanime Planet anjuran Rasta Creation Sdn Bhd dengan kerjasama Tourism Malaysia akan berlangsung buat julung-julung kali di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre. Acara ini yang akan berlangsung dari 23 hingga 25 September akan menjadi satu platform kepada lebih 20,000 peminat dan pengunjung untuk menunjukkan sokongan dan minat kepada watak-watak animasi Jepun, superhero dan permainan kegemaran mereka.

Selain itu, karnival tiga hari ini juga bertujuan mencipta peluang untuk menyumbang kepada ekonomi negara menerusi pendekatan 6P iaitu pelancongan, perniagaan dan pendapatan atau pekerjaan, pendidikan, persembahan, pengangkutan, dan promosi. Acara ini bermatlamat untuk mencetuskan kesan pengganda ekonomi yang akan memberi manfaat kepada ekonomi negara secara keseluruhan dan seterusnya.

Pengerusi Pokanime Planet, Rasta Rashid

“Kami mahu menyediakan sebuah platform kepada penggemar-penggemar anime untuk mengekspresikan diri mereka dengan cara yang paling kreatif. Di samping itu, acara ini turut membantu mempromosikan artis cosplay dalam kalangan penggemar anime dengan memberikan artis cosplay ini peluang dan ruang untuk mempamerkan karya seni kreatif dan menghubungkan mereka dengan peminat,” kata Pengerusi Pokanime Planet, Rasta Rashid.

“Memandangkan Malaysia kini memasuki fasa endemik, Pokanime Planet menggunakan pendekatan 6P bagi merancakkan lagi pemulihan ekonomi negara dengan memanfaatkan minat mendalam penggemar-penggemar anime dari seluruh dunia. Tiket acara ini sehingga kini turut dibeli oleh penggemar anime daripada San Francisco dan Jepun,” katanya lagi.

Pengerusi Pokanime Planet dan Pengasas Rasta Creations Sdn Bhd, Rasta Rashid memberi cenderamata penghargaan kepada Puan Nor Aida Ismail, Timbalan Pengarah Tourism Malaysia sebagai tanda kolaborasi antara Pokanime Planet bersama Tourism Malaysia. 

Pokanime Planet ialah karnival cosplay pertama yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre dengan ruang seluas 33,000 kaki persegi yang menampilkan acara persembahan pentas, pelbagai sesi panel, kemunculan tetamu jemputan, permainan, pertandingan cosplay, peragaan busana dan pelbagai lagi.

Acara ini dijangka padat dengan pelbagai hiburan, seperti persembahan muzik dan tarian daripada penyanyi J-Rock dan J-Pop Rina-Hime, Hazuki Rin daripada CrossSouls, penyanyi nyanyian semula (cover singer) anime Mirowlf, kumpulan J-Rock Blossome, penyanyi dan pemain cosplay Hayate, penyanyi nyanyian semula anime Samantha Lim Ki, penari tarian semula Natcheo, penyanyi YouTube dan perentak muzik (beatboxer) NovaMC dan persembahan tarian kilat anime oleh Jenica & Mandy daripada Sunflower.

Pengunjung-pengunjung akan berpeluang merasai pengalaman sekali dalam seumur hidup pada pameran ini yang menampilkan watak-watak anime dan permainan serta superhero yang menjelma secara nyata, dikelilingi oleh 125 penjual barangan yang menawarkan pelbagai barangan, aksesori, produk-produk kecantikan, alat permainan dan pelbagai pilihan makanan serta minuman.

Peragaan Fesyen oleh Pereka Fesyen Muda Sanim Amani dari MSU, sebagai gimik pelancaran bagi Pokanime Planet.

Selain itu, terdapat pelbagai gerai khusus dan forum yang menampilkan artis-artis baharu yang akan memperagakan hasil seni kreatif dan bakat mereka seperti pelukis buku kanak-kanak kelahiran Malaysia, Joanne Lew Vriethoff dan kartunis Daniel Mok. Acara ini turut memberikan peluang kepada pengunjung-pengunjungnya untuk merasai pengalaman berada di kafe bertemakan orang gaji Jepun yang dijangka bakal mencuri tumpuan orang ramai pada acara ini.

Timbalan Pengarah Tourism Malaysia, Nor Aida Ismail sewaktu pelancaran acara berkata: “Kami gembira menyaksikan kehadiran orang ramai ke acara ini untuk berseronok meraikan minat dan hobi mereka dengan cara yang terbaik di samping menyumbang kepada industri pelancongan. Saya percaya kehadiran pelancong dan tetamu negara-negara lain ke acara ini akan memberikan pulangan yang baik kepada ekonomi. Kami berharap lebih banyak acara sebegini akan dianjurkan pada tahun-tahun akan datang.”

Puan Rasta berkata Pokanime Planet akan dianjurkan lagi pada tahun-tahun seterusnya. Mereka yang berminat untuk mengunjungi acara ini boleh membeli pas masuk di www.pokanimeplanet.com pada harga RM20 untuk tiga hari sekarang!

Comments

Popular posts from this blog

PUBG MOBILE CAMPUS CHAMPIONSHIP 2022 KINI KEMBALI! PELUANG TERAKHIR KE PMNC 2022!

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3