RAKUTEN KOBO LANCARKAN RANGKAIAN E-PEMBACA DAN GEDUNG BUKU TEMPATAN DI MALAYSIA
Rakuten Kobo, pelopor terkemuka dunia dalam e-Buku dan pembacaan digital, hari ini mengumumkan pelancaran rangkaian e-Pembaca dan gedung buku tempatan di Malaysia, seiring pengembangannya di peringkat global dan misi menambah baik pengalaman membaca di seluruh dunia. Pelancaran tersebut termasuk kerjasama strategik dengan Ingram Micro Malaysia, pengedar global dan pelopor penyelesaian teknologi, serta beberapa peruncit utama di seluruh Malaysia.
Para peminat buku di Malaysia kini boleh mendapatkan berjuta-juta e-Buku dan buku audio di kobo.com, termasuk berpuluh ribu tajuk dalam Bahasa Cina, Bahasa Melayu dan Bahasa Tamil; memudahkan ulat buku membina perpustakaan digital yang dilengkapi dengan tajuk kegemaran mereka, termasuk buku paling laris dalam bahasa-bahasa ibunda di Malaysia seperti A Most Peculiar Malaysian Murder, Crazy Rich Asians, dan 鯨吞億萬.
“Dalam usaha Kobo mengembangkan sayap ke pasaran baharu, kami mendapati minat dalam pembacaan elektronik terus berkembang di seluruh dunia, dan kami teruja untuk membawakan pilihan pembacaan digital baharu kepada para pembaca di Malaysia dengan menyediakan buku-buku terkemuka tempatan dan antarabangsa,” kata Michael Tamblyn, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Rakuten Kobo. “Rangkaian lengkap kemudahan e-Pembaca kami disesuaikan untuk memenuhi keperluan pembaca digital di setiap peringkat, daripada peranti asas yang mudah digunakan kepada e-Pembaca peringkat tertinggi kami. Malah, Kobo Clara 2E kami yang baru dilancarkan membawakan pengalaman membaca menarik yang memang dijanjikan semua peranti Kobo, sambil mengambil langkah penting dalam usaha mencapai kelestarian.”
Di samping itu, kerjasama ini turut memperkenalkan rangkaian lengkap e-Pembaca Kobo: Kobo Nia 6”, Kobo Libra 2 7”, Kobo Sage 8”, dan pilihan terbaharu dalam rangkaian ini, Kobo Clara 2E yang menyediakan cara yang lebih mesra alam untuk membaca dan mendengar. Dengan kerangka luar yang 85 peratus diperbuat daripada plastik kitar semula — termasuk 10 peratus plastik yang menuju ke laut — Kobo Clara 2E ialah peranti Kobo yang paling mesra alam setakat ini.
Cara untuk membaca dan mendengar secara lebih prihatin kepada alam
Sebagai sebahagian daripada misi Kobo untuk menambah baik pengalaman membaca, Kobo Clara 2E termasuk teknologi tanpa wayar Bluetooth® untuk mendengar Buku Audio Kobo dan merupakan e-Pembaca kalis air* pertama Kobo.
Kobo Clara 2E memenuhi komitmen syarikat untuk beralih kepada bahan kitar semula yang disahkan setakat mana yang boleh, sambil memenuhi keperluan teknikal produk yang teliti. Dalam tempoh setahun lalu, Kobo bercadang mengalihkan lebih daripada 200,000 botol plastik dari laut di bumi dan lebih sejuta CD dan DVD daripada kambusan tanah. Para penggemar buku boleh menikmati buku terbaharu tanpa waswas tentang kesan terhadap alam sekitar, menerusi skrin tanpa kilauan 6” HD E Ink Carta 1200, dengan Mod Gelap dan ComfortLight PRO yang mengurangkan cahaya biru, membolehkan bacaan lebih lama sehingga lewat malam tanpa menjejaskan kualiti tidur anda.
Maklumat lanjut mengenai Kobo Clara 2E
- Hayat bateri selama berminggu-minggu† dan simpanan 16GB untuk membolehkan pembaca memuatkan sehingga 12,000 e-Buku atau 75 Buku Audio bersama mereka ke mana sahaja
- e-Pembaca kalis air sepenuhnya dengan tempoh kalis air sehingga 60 minit dan sehingga kedalaman dua meter air
- Peminat buku boleh menggunakan ciri Pocket untuk menyimpan dan membaca artikel di dalam talian
“Rakuten Kobo telah menjalin hubungan jangka panjang dengan Ingram Micro di seluruh dunia, dan kami sukacita untuk berganding bahu dengan mereka di Malaysia untuk menggalakkan lebih ramai orang membaca dengan membawakan kepada mereka peranti membaca digital bertaraf dunia,” kata Devan Parinpanayagam, Pengarah Urusan Eksekutif Ingram Micro Malaysia. “Pendigitalan kandungan terus meningkat setiap tahun dan buku juga tidak terkecuali. Kobo membantu orang ramai membaca di lebih banyak tempat dengan kemudahan menggunakan e-Pembaca yang mudah dibawa. Kami ingin membantu Kobo mencapai segmen yang semakin berkembang ini menerusi saluran pengedaran kukuh kami di seluruh negara.”
Spesifikasi & Ketersediaan
Kobo Clara 2E baharu boleh didapati di Malaysia menerusi pengedar sah mulai awal September dan dijual pada harga MYR699, manakala Kobo Nia, Kobo Libra 2 dan Kobo Sage masing-masing ditawarkan pada harga MYR499, MYR929 dan MYR1,299.
e-Pembaca Kobo kini boleh didapati daripada kobo.com dan peruncit terkemuka seperti Mono Digital, All IT Hypermarket, Flash Gadgets, Quantum Gadgets, Popular Malaysia, dan SMB + Enterprise.
Comments
Post a Comment