AIMAN SIDEK HIDANGKAN 'KOPI SEPI' SEMPENA SAMBUTAN HARI KOPI SEDUNIA

 

Selepas duet nyanyian bersama adik kandungnya, Alin Sidek bertajuk Cinta Sejati dilancarkan beberapa bulan yang lalu, Aiman Sidek sekali lagi mempertaruhkan sebuah lagu jazz pop yang diberi judul Kopi Sepi.

Impak penerimaan Cinta Sejati yang meraih hampir 10 juta tontonan di semua platform selain menduduki tangga pertama dalam carta-carta radio telah memberikan semangat dan inspirasi kepada penulis dan komposer tersebut untuk terus berkarya. 

Lagu yang diterbitkan oleh 4U Entertainment, sebuah syarikat label yang baru ditubuhkan ini bakal dilancarkan bersempena dengan sambutan Hari Kopi Sedunia. 

Sambutan Hari Kopi Sedunia atau International Coffee Day pada 1 Oktober telah dipilih oleh Pertubuhan Kopi Antarabangsa bagi meraikan kopi sebagai antara minuman paling digemari masyarakat dunia masa kini. 

Menurut Aiman Sidek, “Lagu Kopi Sepi ini saya tulis dan nyanyikan berinspirasi daripada kesepian insan-insan yang sedang mencari atau mengenangkan cinta yang lalu dengan rentak pop jazz bersama vibe serta trend penggemar-penggemar kopi. Saya berharap lagu ini dapat menambat hati semua yang mendengar serta memberikan rasa dan suasana yang menyenangkan terutamanya ketika sedang menghirup kopi.” 

Lagu tersebut telah mula digunakan di TikTok dan Instagram dengan jumlah hampir 500 kongsian serta lebih 1 juta tontonan sejak bahagian korus lagu tersebut dikongsikan selain mendapat reaksi positif dari peminat-peminat yang tidak sabar-sabar menunggu lagu ini dilancarkan. 

Untuk mendengar dan menonton lirik video Kopi Sepi : 

Kopi Sepi di Youtube 4U Entertainment - 

https://www.youtube.com/watch?v=BxNo5IGwLO0

Kopi Sepi di Platform Digital – https://bfan.link/kopi-sepi

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!