COOLBLOG LANCAR RANGKAIAN SMOOTHIE YOGURT SEMPENA BULAN PINK OKTOBER


Coolblog melancarkan minuman inovasi baharu yang diberi nama rangkaian Cool, Amazin’ Yogurt, untuk masa terhad. Terkenal dengan perisanya yang meriah, kali ini Coolblog memperkenalkan tiga yogurt smoothie yang enak iaitu  Merry Mango, Blueberry Bliss dan Strawberry Swirl.

Setiap smoothie adalah berasaskan yogurt (dadih) dan disajikan dengan topping puri buah-buahan sebenar. 

Blueberry Bliss pula adalah yogurt smoothie blueberry dengan puri blueberry asli.

Merry Mango adalah smoothie berkrim mangga dengan puri mangga asli.

Strawberry Swirl menggandingkan dua jenis perisa iaitu smoothie yogurt strawberi dan ditambah dengan puri mangga asli.

Coolblog juga telah menjalinkan kerjasama dengan jenama kudapan tempatan,  Amazin’ Graze. Anda boleh mendapatkan smoothie yogurt dan snek granola di kedai-kedai Coolblog terpilih di dalam negara. Suatu gandingan yang enak dan pastinya menceriakan hari anda!

Dengan pasukan yang diterajui oleh wanita dan kelompok pelanggan setia yang kebanyakannya wanita, Coolblog mempunyai komitmen yang dalam untuk memperkasakan komuniti wanita terutaanya pada bulan Pink Oktober. Dengan yang demikian, Coolblog juga telah menjalinkan kerjasama dengan  BookDoc untuk menawarkan diskaun eksklusif bagi pakej saringan kesihatan wanita melalui laman web BookDoc bagi pelanggan setia CoolBlog. Selaras dengan inisiatif ini, smoothie Strawberry Swirl akan dijasikan sebuah dedikasi bagi  Pink Oktober, yang mana  Coolblog akan menyumbangkan  RM 1 daripada setiap pembelian perisa ini kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia bagi membantu usaha meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara melalui pendidikan dan juga menyokong mereka yang ditimpa penyakit tersebut.

Rangkaian Cool Amazin’ Yogurt boleh didapati mulai 1 Oktober 2022 - 24 November 2022 di semua kedai Coolblog di seluruh  Malaysia dengan harga  RM 11.90 untuk Blueberry Bliss dan RM 10.90 untuk Merry Mango dan juga Strawberry Swirls.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Laman web rasmi: www.coolblog.com.my
Tanda pagar rasmi: #CoolBlog #CoolAmazinYogurt #StayInLoveWithCoolblog

Comments

Popular posts from this blog

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

TOUS LES JOURS KINI BERTAPAK DI MALAYSIA: CJ FOODVILLE GANDING BAHU DENGAN STREAM EMPIRE HOLDINGS UNTUK LANCARKAN PENGALAMAN BAKERI PERANCIS-KOREA

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3