HAMADAYA DAN INSIDE SCOOP MEMPERKENALKAN AISKRIM KARAMEL KICAP

Hamadaya, jenama kicap premium Jepun yang diperakukan Halal bekerjasama dengan jenama aiskrim artisan tempatan, Inside Scoop untuk menghidangkan aiskrim berperisa kicap edisi terhad yang unik buat penggemar kedua-dua jenama ini sempena Hari Kicap yang jatuh pada 1 Oktober, 2022.

Sebagai satu perisa edisi terhad yang dihasilkan bagi menyambut Hari Kicap, Aiskrim Karamel Kicap hanya boleh didapati selama sebulan, bermula dari 1 hingga 31 Oktober 2022.


Hamadaya memikat hati pengguna-pengguna pasaran tempatan menerusi rangkaian kicap dan sos tiram premium Halal yang boleh didapati di kebanyakan pasar raya di seluruh negara serta secara dalam talian di Shopee dan Lazada selepas menembusi pasaran Malaysia pada pertengahan 2021.

Dalam kerjasama edisi terhad ini, Kicap Perasa Hamadaya digunakan sebagai ramuan utama. Inside Scoop berjaya menghasilkan formula sempurna Aiskrim Karamel Kicap diperakukan Halal dengan perisa kicap yang amat unik ini tanpa sebarang perisa atau pengawet tiruan selepas melakukan kaji selidik dan pelbagai sesi uji kaji dalam tempoh enam bulan.

“Berdasarkan maklum balas pelanggan selama kami berada dalam industri, kami percaya kerjasama begini akan menarik perhatian kumpulan pelanggan Hamadaya dan Inside Scoop. Memandangkan elemen kebudayaan Jepun diterima dan disambut dengan amat baik dalam masyarakat Malaysia selama ini, maka, masanya telah tiba untuk kami menghidangkan inovasi sebegini kepada pasaran,” kata Naib Presiden Pemasaran Hamadaya/Heritage Foods, Lili Ho.

Berkongsi sentimen yang sama, Pengasas Bersama Inside Scoop, Edmund Tan berkata: “Sebagai sebuah jenama Malaysia yang berbangga kerana berjaya menghasilkan pelbagai perisa lain secara kecil-kecilan sebelum ini, kami sentiasa terbuka untuk mencuba perisa-perisa baharu yang berupaya memikat pelanggan-pelanggan kami. Kami sentiasa mencuba perkara-perkara baru dalam perisa yang kami hasilkan dan pada masa sama memenuhi selera dan rasa ingin tahu pelanggan-pelanggan kami.”

Hamadaya dan Inside Scoop berharap agar kerjasama ini menginspirasikan jenama-jenama tempatan lain untuk memanfaatkan antara satu sama lain bagi memartabatkan sektor ekonomi tempatan ketika negara sekali lagi beralih kepada norma baharu.

“Hamadaya merancang untuk melancarkan lebih banyak produk baharu yang mengujakan menjelang hujung tahun. Justeru, kami amat bersyukur dan pada masa sama teruja dengan peluang untuk meneroka produk-produk yang sedikit berbeza seperti kerjasama ini berbanding perkara yang kami biasa lakukan,” kata Lili Ho.


Kunjungi kedai aiskrim Inside Scoop yang berdekatan untuk merasai sendiri kelazatan aiskrim berperisa kicap yang unik ini sementara stok masih ada!

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO