DESTINASI KOTA DAN PINGGIR PANTAI MENJADI TARIKAN KELUARGA MALAYSIA PADA TAHUN 2023


Kota metropolitan Asia yang menawarkan pelbagai jenis hiburan untuk semua peringkat umur merupakan destinasi idaman oleh keluarga Malaysia yang ingin bercuti di luar negara tahun ini, didahului oleh dua bandar raya di Thailand iaitu Hat Yai dan Bangkok, dan diikuti oleh Singapura, Tokyo dan Taipei.

Menurut data carian platform percutian digital Agoda, tujuh daripada sepuluh destinasi antarabangsa yang mendapat carian tertinggi untuk percutian di tahun 2023 oleh golongan berkeluarga adalah bandar-bandar besar. Syurga pantai tropika turut menjadi idaman para pelancong, dengan Phuket (#6), Bali (#7) dan Krabi (#8) mendapat tempat di dalam senarai destinasi percutian keluarga yang mendapat carian tertinggi.



Sementara itu, destinasi domestik yang menjadi pilihan untuk percutian keluarga Malaysia adalah Kuala Lumpur (#1), Pulau Pinang (#2) dan Melaka (#3). Destinasi percutian lain dengan udara nyaman seperti Cameron Highlands (#5) dan Genting Highlands (#10) juga menarik perhatian pelancong keluarga Malaysia.

“Rakyat Malaysia menghargai masa yang diluangakan bersama-sama keluarga, dan dengan bercuti, ia memberikan peluang untuk mengukuhkan ikatan sesama ahli keluarga sambil menikmati makanan, pemandangan dan aktiviti baharu,” kata Cleland Robertson, Pengarah Negara Malaysia dan Brunei Agoda. "Proses merancang percutian yang melibatkan kumpulan yang besar dari pelbagai peringkat umur dan bajet boleh menjadi satu cabaran. Oleh itu, kami di Agoda telah berusaha untuk melancarkan proses tempahan , di mana penempahan penginapan, penerbangan dan aktiviti boleh dilengkapkan dengan hanya satu klik."

Dalam percutian keluarga, tiada satu tempat penginapan yang dapat memenuhi keperluan semua pihak. Sesetengah keluarga lebih menggemari Agoda Homes yang menawarkan kemudahan dapur atau ruang tamu tambahan yang dapat menampung kumpulan keluarga, manakala yang lain pula lebih menggemari hotel dengan kelab kanak-kanak, khidmat mengasuh bayi atau bilik bersambung yang mesra keluarga. Proses tempahan Agoda yang mudah dapat memenuhi keperluan semua - membantu semua pelancong berkeluarga untuk mencari hotel atau inap desa yang ideal untuk percutian mereka.


Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!