EUCERIN LANCAR RANGKAIAN RAWATAN KHUSUS PROACNE BAGI MENGURANGKAN JERAWAT & TANDA JERAWAT DI AKARNYA


Eucerin, perintis global dengan pengalaman lebih 100 tahun dalam penjagaan kulit dermo-kosmetik, akan mengurangkan jerawat & tanda jerawat di akarnya dengan rawatan khusus bersama Guardian Malaysia, mulai 5 - 9 April 2023. 

Terletak di Tingkat Bawah, Centre Court, pengunjung pusat membeli-belah berpeluang mengunjungi kedai pop-up pertama jenama ini yang menawarkan pertunjukan cahaya yang mengasyikkan, analisis kulit, promosi eksklusif dan juga peluang untuk memenangi hadiah utama yang menarik. Jerawat menjejaskan penampilan remaja dan juga orang dewasa. 

Pakar menganggarkan sehingga 40% orang dewasa masih lagi mempunyai kulit yang cenderung berjerawat. Kebiasaan jerawat timbul antara 2-3 bulan, namun kesan fizikalnya yang paling biasa ialah parut yang boleh kekal sehingga 5 tahun. 

Jerawat dan parutnya yang berlarutan boleh memberi kesan yang teruk terhadap keyakinan diri seseorang dan ramai yang sering kecewa apabila mereka sukar mendapatkan produk yang serasi, serta melakukan rutin atau rawatan penjagaan kulit melalui pelbagai percubaan yang memakan masa yang panjang dan memenatkan. 


Kini ada berita baik untuk mereka yang ingin mendapatkan semula kulit yang sempurna dan memulihkan keyakinan diri mereka. Rawatan khusus Eucerin telah dicuba dan diuji oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia dan mempunyai amalan keberkesanan yang bukan sahaja mengubah hidup tetapi turut didatangkan dengan jaminan wang dikembalikan. 

Menampilkan tiga produk yang menakjubkan; rawatan khusus untuk mengurangkan jerawat & tanda jerawat di akarnya  terdiri daripada 3 produk - ProACNE Solution Triple Effect Serum, ProACNE Solution Cleansing Gel dan ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment. Rangkaian rawatan ini telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan -80% tanda jerawat, -64% jerawat dan 94% bersetuju bahawa ia menghalang jerawat baharu dengan hasil yang boleh dilihat dalam 7 hari. 


Keberkesanan rawatan adalah daripada bahan aktif utama yang menangani punca utama jerawat, mengurangkan jerawat terus di samping menghalang parut daripada kekal lama: 

Thiamidol – Sebagai bahan berpaten Eucerin yang dibangunkan selama sepuluh tahun, Thiamidol terbukti secara klinikal dan dermatologi untuk mengurangkan kesan jerawat yang berterusan & membantu mencegah kemunculan jerawat baharu. 

Licochalcone A – Bahan antioksida kuat yang membantu meredakan kerengsaan dan melindungi jauh ke dalam lapisan kulit epidermis daripada kesan matahari. 

Salicylic Acid - Menanggalkan sel kulit mati dan melembutkan kulit untuk membantu mencegah pori tersumbat. Ia juga mempunyai sifat antibakteria. Teknologi mengawal sebum - Pigmen pelembut yang menyediakan produk dengan kemasan kusam yang tahan lama. 


Di kedai pop-up yang menarik ini, pengunjung pusat membeli-belah akan dapat menikmati pelbagai aktiviti yang direka khusus untuk mereka memulakan perjalanan penjagaan kulit melalui pelbagai tawaran diskaun dan hadiah. 

Tarikannya termasuk: 


Stesen Analisis Kulit Termaju - Tidak seperti kebanyakan stesen analisis kulit, Eucerin menyediakan pengunjung dengan gambaran menyeluruh tentang kesihatan, keadaan dan permasalahan kulit mereka. Melalui laporan yang dihasilkan daripada analisis ini, penasihat kecantikan Eucerin kemudiannya akan mengesyorkan amalan penjagaan kulit yang disesuaikan dan barisan produk yang akan menangani masalah kulit mereka dengan berkesan. 

Pertunjukan Cahaya Mengasyikkan - Dalam paparan digital yang memukau tidak seperti yang lain, pengunjung akan dihiburkan dengan penemuan hebat Eucerin ProACNE Solution melalui momen penceritaan yang sangat menarik. Pada penghujung persembahan, dinding foto peribadi akan dipaparkan pada skrin dan pengunjung berpeluang untuk berkongsi foto mereka di media sosial bagi menebus hadiah eksklusif. 

Diskaun & Barangan Eksklusif - Daripada baucar eksklusif, tawaran bundle dan hadiah dengan pembelian seperti Beg Tote Eucerin dan juga ProACNE Rescue Travel Toolkit, pengunjung pasti akan membawa pulang sesuatu yang menarik. 

Menangi Hadiah Utama - Daftar atau imbas kod QR di kedai pop-up dan lengkapkan pengalaman interaktif penuh pelanggan & rebut peluang memenangi bekalan 1 tahun koleksi penjagaan kulit Eucerin ProACNE Solution bernilai RM3,500. 


Rangkaian Eucerin ProACNE kini tersedia di semua farmasi terkemuka dan pada platform E-dagang.

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

MULAKAN PAGI ANDA DENGAN PENUH BERTENAGA: ACARA IKONIK MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY KEMBALI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 MILO® DI MALAYSIA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA