MARKS & SPENCER MENAMPILKAN JULIANA EVANS & TASHA SHILLA DALAM KEMPEN RAMADAN/ RAYA 2023


Sempena bulan Ramadan/ Hari Raya Aidil Fitri, Marks & Spencer (M&S) telah melancarkan kempen terbaharu mereka dengan menampilkan dua pelakon jelita, Juliana Evans dan Tasha Shilla serta keluarga mereka, menggayakan busana lebaran dan menikmati pelbagai juadah yang lazat bersama-sama orang yang mereka sayangi. 


Gabungan Gaya Anggun dan Keselesaan 

Koleksi fesyen Ramadan/ Raya M&S sesuai untuk seisi keluarga, tanpa mengorbankan gaya dan keselesaan. Serlahkan gaya anda dengan busana yang tak lapuk dek zaman, anggun dan sofistikated – selesa untuk dipakai dari siang ke malam

Koleksi Ramadan/ Raya bukan sahaja untuk kaum Hawa sahaja, ia juga menampilkan pelbagai pakaian lelaki dan pakaian kanak-kanak yang selesa dan bergaya.

Bermula dari 7 sehingga 24 April, para pelanggan boleh menikmati penjimatan hebat dengan promosi Spend and Save Marks & Spencer. 

Nikmati potongan RM50 untuk setiap perbelanjaan RM350, serta diskaun RM100 untuk setiap perbelanjaan RM600. 


Seleksi Wajib Hari Raya 

Rumah terbuka Hari Raya tidak lengkap tanpa hidangan yang enak untuk para tetamu. Biskut klasik Marks & Spencer seperti Digestive Biscuits, Rich Tea Biscuits dan Almond Biscuits adalah amat sesuai disajikan dengan teh atau kopi.  

'Mix and match' beraneka jenis pilihan ideal untuk tetamu anda. Dapatkan diskaun 15% dengan pembelian tiga atau lebih pek biskut berkualiti tinggi ini.  

Jangan lupa dapatkan snek dan pencuci mulut daripada Marks & Spencer seperti Cheese Twist, Redcurrant Puff, Belgian Chocolates, Chocolate Brownie, Chocolate & Orange dan Chocolate Cornflakes. 

Dengan promosi beli dua pada harga RM57 (mix and match), tetamu anda tentunya akan berpuas hati dengan pilihan anda. 


Berkat Berkongsi Rezeki 

M&S menawarkan set hamper yang sarat pelbagai produk-produk M&S kegemaran ramai. Terdapat 7 pilihan hamper, iaitu Festive Treat, Raya Selection, Fancy Treats, Luxurious Selections, Extravagant Selections, Lavish Indulgence (dalam gambar) dan Delightful Opulence. 

Hamper ini berharga antara RM199 dan RM999. Hamper edisi terhad ini boleh dibeli secara dalam talian di https://www.mnshamper.com/ serta di stor M&S seluruh negara bermula 22 Mac. 


Spin and Win 

Sempena Hari Raya ini, M&S Suria KLCC akan melancarkan peraduan Spin and Win bermula 7 sehingga 16 April. Pelanggan perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM280 dalam satu resit bagi mendapatkan peluang memutar roda untuk memenangi pelbagai hadiah dan tawaran yang menarik. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai koleksi Ramadan terbaharu ini, lawati kedai M&S di seluruh negara atau secara dalam talian di https://www.marksandspencer.com/my/ dan ikuti M&S di Instagram, Facebook dan TikTok.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO