'RAYA 4 SUARA’ MENYATUKAN KEPADUAN SUARA DARIPADA AIMAN COCO, ARMAND EZRA, FAIZ NAJIB & FIRDAUS ML


‘Raya 4 Suara’ menyatukan kepaduan suara daripada 4 remaja iaitu Aiman Coco, Armand Ezra, Faiz Najib dan Firdaus ML. Keistimewaan, perbezaan dan keunikan suara mereka yang tersendiri maka terhasillah lagu raya yang berkonsepkan ‘Catchy Pop’ dan ‘Rap’ yang bakal menceriakan para pendengar di pertengahan bulan Ramadan tahun ini. Lagu ini di bawah naungan Sony Music Entertainment Malaysia dan RR Music Entertainment.

Keistimewaan lagu ‘Raya 4 Suara’, di hasilkan oleh RR Music Entertainment, dengan gubahan daripada HerdaSyira dan penulis lagu oleh HerdaSyira dan Munir Mustafa. Lagu ini mengambil masa selama dua minggu untuk menyiapkan hingga ke peringkat akhir. Lagu ini menceritakan tentang kemeriahan hari raya bersama kaum keluarga seperti kebiasaan lagu-lagu raya yang lain tetapi kali ini mempunayai sedikit berbeza kerana cuba menonjolkan ‘trend’ terkini bagi memenuhi citarasa pengguna yang aktif di platform sosial media. Walau bagaimanapun, rencah adab dan tradisi lagu raya lama tetap dikekalkan dan tetap menjadi keutamaan dalam menghasilkan lagu ini.

Menurut Aiman Coco, lagu ‘Raya 4 Suara’ ini seperti mimpi di siang hari kerana proses rakaman yang cepat seperti rakaman audio dan muzik video. “Pada awalnya saya sangka mengambil masa yang lama dalam menghasilkan lagu sekali muzik videonya. Rupanya prosesnya seperti sepantas kilat dan saya rasa sangat bersyukur dan teruja lagu ini bakal dikeluarkan pada pertengahan bulan Ramadan tahun ini. Semoga semuanya berjalan lancer” ujar Aiman Coco lagi yang sentiasa berterima kasih kepada RR Music Entertainment dan Sony Music Entertainment Malaysia di atas kepercayaan untuk menyanyikan lagu ‘raya 4 suara’ ini bersama tiga orang penyanyi lagi.


“Saya rasa persiapan yang kami lakukan amatlah mudah buat kami semua dari segi lagu dan liriknya yang sangat ‘catchy’ untuk didengar membuatkan kami mudah untuk menghafal. Dari segi rakamannya juga mudah dari segi masa, seolah-olah lagu ini membuahkan sinar harapan raya kali ini”. Firdaus ML yang turut memberi kenyataan tentang proses rakaman lagu ‘Raya 4 Suara’.

Campuran dua elemen muzik baru dan lama, mereka berempat berharap lagu ‘Raya 4 Suara’ mampu memberi kemeriahan kepada pendengar ketika Aidilfitri tahun ini seiring dengan lagu –lagu raya yang sedia ada.

Bagi Faiz Najib pula, ”Faiz suka dengan lagu ‘Raya 4 Suara’ kerana konsep lagu ini moden dan ‘catchy’ tetapi masih mengekalkan elemen-elemen lagu lama dari situ pendengar dapat mengimbau pengalaman manis dalam menyambut hari raya.

“Menarik walaupun dia masih mengekalkan elemen lagu raya lama, kita menginovasi dengan elemen rap supaya sesuai dengan dengan pelbagai lapisan pendengar. Selain itu, keutamaan kami agar lagu ini akan menjadi trending pada raya tahun 2023 ini” balas Armand Ezra.


‘Lagu 4 Suara’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Aiman Coco

Aiman Coco seorang penyanyi baru yang berasal dari Hulu Langat berusia 21 tahun di mana bakatnya di cungkil dari sebuah rancangan realiti media sosial iaitu SUPERLAKI 2022. Aiman Coco yang telah berjaya berada di kedudukkan lima teratas dalam program tersebut mempunyai perwatakannya yang menarik dan bersahaja. Baru-baru ini mendapat perhatian di laman sosialnya kerana memuat naik lagu-lagu cover yang popular. Selain itu, Aiman Coco aktif dalam melibatkan diri dalam program Islamik seperti Qasidah.

Armand Ezra 

Manakala Armand Ezra pula merupakan remaja yang berusia 17 tahun, merupakan seorang pelakon drama dan telemovie bertahi lalat manis di tepi bibir berasal dari Kuala Lumpur. Di samping mempunyai bakat lakonan beliau juga mempunyai bakat dalam nyanyian. Ini terbukti apabila beliau telah terpilih menyertai program realiti nyanyian di salah sebuah stesen televisyen yang terkemuka di Malaysia. Bakat beliau makin teserlah dan dikenali setelah beliau telah terpilih salah seorang watak utama – pelakon suara dalam filem animasi Malaysia popular ‘Mecamato’.

Faiz Najib

Begitu juga dengan remaja yang berketurunan cina berusia 22 tahun dan berasal dari Johor Bahru iaitu Faiz Najib. Remaja yang mempunyai bakat ini lebih terserlah selepas menyertai sebuah program realiti televisyen bakat remaja, Ceria Mega Star. Bukan itu sahaja Faiz merupakan salah seorang pengacara untuk mengacarakan program Club Mickey Mouse Malaysia. Dan dari situ bermulalah perjalanan beliau dalam industri seni.

Firdaus ML

Lain pula bagi Firdaus ML, seorang remaja berasal dari Sipitang Sabah yang mempunyai watak yang sangat menghiburkan. Beliau dikenali di media sosial (TikTok) kerana isi kandungan video beliau sangat menarik membuatkan beliau memiliki jumlah pengikut yang tinggi. Pernah juga melibatkan diri dalam program realiti televisyen versi Malaysia yang program yang bertemakan lagu misteri iaitu ‘I Can See Your Voice’ dan bukan itu sahaja Firdaus juga memasuki program realiti media sosial SUPERLAKI 2022, daripada itu bermulalah perjalanannya mendalam dalam bidang nyanyian dan pada bulan Februari 2023 terhasilnya lagu Single berkosepkan negerinya (Sabah) bertajuk ‘Sabah Onsoi’.


AKAUN MEDIA SOSIAL “ RAYA 4 SUARA”

Aiman Coco:


Armand Ezra:


Faiz Najib :


Firdaus ML


Kredit : 

Artis : Aiman Coco,Armand Ezra , Faiz Najib & Firdaus ML 

Tajuk : Raya 4 Suara 

Produser : RR Music Entertainment

Komposer : HerdaSyira 

Lirik : HerdaSyira dan Munir Mustafa 

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA