VIU MALAYSIA PAMER RANCANGAN AKAN DATANG DALAM ACARA "VIU TOGETHER GATHER"


Viu Malaysia, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau terkemuka oleh PCCW baru-baru ini mengadakan Viu Together Gather @ Pavilion KL. Acara ini membawa orang ramai bersama-sama meraikan Ramadan, pada masa sama menikmati pelbagai tawaran di platform tersebut. Dipersembahkan oleh V27, Viu menyiarkan acara tersebut secara langsung di TikTok, dan ia merupakan satu kejayaan besar yang berjaya menarik ramai penonton Viu untuk turut serta.

Viu Together Gather @ Pavilion KL mengetengahkan pelbagai persembahan menarik daripada selebriti tempatan, termasuklah Masdo, Fimie Don dan Amir Masdi. Selain itu, terdapat aktiviti permainan, bual bicara dan tayangan ‘sneak peek’ untuk rancangan Viu Originals akan datang.

Acara ini dihadiri oleh barisan selebriti terkemuka, termasuk Nabila Huda, Faizal Hussein, Alvin Chong, Tony Eusoff dan ramai lagi. Acara Together Gather @ Viu menyediakan peluang terbaik kepada peminat dan media untuk berinteraksi dengan selebriti kegemaran mereka. Ia juga menyediakan platform untuk penonton Viu mengetahui lebih lanjut tentang siri Viu yang akan datang, seperti Alter-naratif, Dear Karma, Journal Sarahaeyo, dan adaptasi K-drama Malaysia yang sangat dinantikan iaitu W: Two Worlds.

Semasa acara tersebut, Viu juga mengumumkan tentang penglibatan Ikmal Amry dalam Dear Karma. Selain itu, Mierul Aiman pula telah bersetuju untuk menjadi antara barisan pelakon yang membintangi W: Two Worlds.

Secara keseluruhan, acara Viu Together Gather @ Pavilion KL merupakan satu kejayaan yang berjaya menunjukkan komitmen Viu dalam menghasilkan kandungan tempatan berkualiti tinggi dan menyumbang kepada pembangunan industri hiburan tempatan. Dedikasi platform ini untuk meningkatkan industri seni tanahair dapat dilihat melalui pelaburannya dalam menghasilkan dan mempromosikan kandungan tempatan dan usahanya dalam menjalin kerjasama dengan pembuat filem dan penerbit tempatan bagi mewujudkan pengalaman menonton yang cukup istimewa.

Sebagai sebahagian daripada kempen Viu Together Gather, penonton Viu juga boleh membuat pilihan drama dan filem yang ingin ditonton, termasuk Viu Original tempatan seperti Hilang, Nenek Bongkok Tiga dan Seribu Nina. Platform tersebut turut menyediakan K-drama terbaik seperti Taxi Driver 2, Kokdu: Season of Deity, True Beauty dan Reborn Rich.

Perkhidmatan penstriman Viu boleh diakses melalui aplikasi Viu (secara percuma di App Store dan Google Play) pada telefon pintar dan tablet, TV pintar, serta di laman web www.viu.com.


Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO