FUTUREMAKERS OLEH STANDARD CHARTERED DAN MEREKA BERGANDING BAHU MENYOKONG PROGRAM WANITA DALAM KEUSAHAWANAN (WIE)

Dalam usaha untuk memperkasakan lagi kaum wanita, Futuremakers oleh Standard Chartered dan Mereka Innovative Education (Mereka) memperkenalkan Program Wanita dalam Keusahawanan (WiE) untuk melengkapkan organisasi yang dipimpin oleh wanita tempatan dengan asas-asas kepintaran dalam perniagaan.

Pelancaran Impact Together disempurnakan oleh Juliana Adam, Mohd Suhaimi Abdul Hamid, dan Mdm. Noor Afifah binti Abdul Razak.

Pelancaran WiE dirasmikan Puan Noor Afifah binti Abdul Razak, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) pada hari Isnin, 11 September 2023 di Mereka Space, Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur.

Program ini terbuka kepada organisasi yang diterajui oleh wanita dan berpangkalan di Malaysia dengan produk minimum berdaya maju (MVP) serta model perniagaan yang jelas. Program ini juga terdiri daripada webinar dan sesi pembentangan (pitching), yang akan melalui proses pemilihan kompetitif dan hanya 20 pasukan yang akan layak untuk menyertai kursus latihan intensif atau bootcamp.

Selain itu, 5 pasukan pemenang teratas akan menerima pembiayaan permulaan daripada dana sebanyak USD 100,000 dan menjalani sebuah program bimbingan khusus. Mentor-mentor yang berpengalaman dalam bidang keusahawanan akan membimbing pasukan yang bertuah ini selama enam bulan.

“Kami percaya bahawa usahawan wanita mempunyai potensi besar untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan inovasi di Malaysia. Melalui program ini, kami bukan sahaja mahu membantu dalam kejayaan perniagaan mereka bahkan mereka juga akan dibekalkan dengan sumber, alat dan bimbingan yang diperlukan untuk membina perniagaan yang mampan. Semoga kerjasama kami bersama Mereka dapat membuka lebih banyak peluang kepada usahawan wanita di luar sana yang mengimpikan pertumbuhan pasca COVID-19, yang mendesak lebih daripada 176,000 usahawan di seluruh negara hingga gulung tikar.

“Sejak tahun 2020, Standard Chartered telah memberikan komitmen sebanyak USD 25 juta untuk menyokong pemulihan ekonomi bertumpukan belia sebagai sebahagian daripada inisiatif Futuremakers oleh Standard Chartered. Standard Chartered berperanan sebagai rakan kongsi utama bagi semua projek Futuremakers,” kata Mohd Suhaimi Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Saadiq Malaysia.

"Kami amat berbesar hati atas kerjasama dengan Futuremakers oleh Standard Chartered dan Mereka dalam menjayakan inisiatif ini. Usahawan wanita menghadapi cabaran yang unik dari segi sokongan dan pembiayaan yang diperlukan bagi memulakan serta mengembangkan perniagaan mereka.

“WiE direka untuk mengatasi rintangan ini dengan membekalkan akses terhadap sumber dan bimbingan yang diperlukan. Dengan sokongan terhadap perniagaan yang diterajui wanita ini, kita bukan sahaja dapat menyerlahkan potensi mereka bahkan kita juga dapat memacu perubahan yang lebih positif serta pertumbuhan ekonomi di seluruh Malaysia. Bukan itu sahaja, kita juga pasti dapat merapatkan jurang antara jantina dalam bidang keusahawanan dan menggalakkan ekuiti jantina dalam kalangan masyarakat melalui inisiatif ini,” kata Juliana Adam, Pengarah Mereka dan Ketua Pegawai Eksekutif Inisiatif Biji-biji.

Permohonan bagi Program WiE kini dibuka, pasukan yang berminat boleh memohon melalui laman web rasmi Women in Entrepreneurship di https://wie.mereka.my/



Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!