PUSAT PERUBATAN TRADISONAL CINA YONG KANG TCM BAKAL DIBUKA DI ONE UTAMA


Jenama Perubatan Tradisional dan Komplementari Singapura (T&CM), Yong Kang TCM bakal membuka pintunya kepada pengunjung sempena majlis pelancaran pada 23 September 2023 di Pusat Membeli Belah One Utama.

Bagi meraikan pelancaran rasmi gedung sulungnya, Yong Kang TCM akan mengadakan Hari Terbuka dan menjemput semua untuk hadir bagi mempelajari cara pendekatannya kepada kesihatan dapat membantu menangani cabaran kesihatan moden yang kian meningkat.


Pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra dengan pasukan pengamal Yong Kang TCM yang terlatih dalam bidang mereka dan juga menikmati diskaun bernilai RM68, malah seramai 200 pengunjung yang pertama akan berpeluang mendaftar untuk kursus rawatan dengan baucar diskaun RM50.

Yong Kang TCM menawarkan pelbagai perkhidmatan dan rawatan komprehensif dalam bidang pengurusan sakit kronik, masalah gastrousus, berat badan, rawatan estetik, masalah pernafasan, ginekologi, rawatan kesuburan serta perubatan dalaman.

Jom hadir ke pelancaran gedung sulung Yong Kang TCM di Pusat Beli Belah One Utama pada 23 September atau layari https://www.yongkangtcm.com.my/ untuk maklumat lanjut.
 

Comments

Popular posts from this blog

FITNESS @ SEA: STARCRUISES X UNDER ARMOUR BAWA KECERGASAN KE LAUT BIRU

SIPZZ BUKA KEDAI PERDANA PERTAMA DI MALAYSIA – TUMBLER WARNA-WARNI UNTUK GAYA HIDUP SIHAT

RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT KEPALA SUU BALM DENGAN FORMULASI PAKAR DERMATOLOGI UNTUK KESIHATAN KULIT KEPALA & RAMBUT

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!