BURGER KING LANCAR SIRI BURGER MAYO BAWANG PUTIH


Burger King® memperkenalkan tambahan menu dengan kelainan - Burger Garlic Mayo (Mayonis Bawang Putih) yang menampilkan krim mayonis yang. lemak berkrim dengan perisa bawang putih yang menyengat! 

Hidangan Siri Garlic Mayo yang harus dicuba adalah seperti berikut:

Garlic Mayo Whopper: Burger Whopper klasik dengan 100% daging lembu tinggi dengan cita rasa Garlic Mayo. Pastinya memuaskan.

Garlic Mayo Tendercrisps: Lembut dan juciy! Fillet daging ayam 100% yang digoreng sempurna dan dihidangkan dengan sos Garlic Mayo yang lazat.

Garlic Mayo Double Chick’N Crisp: Sandwich ayam kegemaran ramai - patti ayam yang digoreng rangup, penuh dengan perisa, dioles dengan Garlic Mayo yang istimewa.

5 Keping Nugget dengan Sos Mayo: Gemarkan snek? Nikmati nugget dengan sos pencicah Garlic Mayo yang lazat.

Mayo Fries: Kentang goreng rangup disirami sos Mayo Garlic berkrim, yang pasti membangkitkan selera!

Sempena pelancaran siri burger Garlic Mayo ini, Burger King®  juga telah  kerjasama dengan NESTLÉ® dalam peraduan yang menawarkan sebuah telefon iPhone 15, atau baucar bernilai RM100.00 secara tunai sebagai hadiah! 

Pelanggan yang membeli set hidangan Garlic Mayo akan berpeluang memenangi hadiah tersebut dengan menaik taraf set hidangan set mereka dengan mana-mana minuman NESTLÉ®. 

Seramai lima pemenang hadiah utama, dan 25 pemenang hadiah saguhati akan dipilih setiap minggu antara 1 Oktober hingga 4 November 2023. 


Minuman NESTLÉ® yang tersedia untuk promosi naik taraf ini termasuk Ais MILO®, Ais SJORA®, Americano (Panas/Ais), Latte (Panas/Ais), Mocha (Panas/Ais), Teh Tarik (Panas/Ais), Coklat (Panas/Ais), Cappucino Panas dan Teh.

Kunjungilah kedai Burger King® terdekat dengan anda sekarang untuk menikmati hidangan Burger Garlic Mayo yang menyengat!

Untuk maklumat lanjut tentang Burger King® dan promosinya, sila layari https://www.burgerking.com.my/.



Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM