GUARDIAN UMUM EMPAT PEMENANG PERADUAN GUARDIAN ‘THE FACE OF HEALTHY BEAUTY 2023’!


EMPAT pemenang telah muncul sebagai Face of Healthy Beauty Guardian untuk 2023 selepas berakhirnya pertandingan selama empat bulan di seluruh negara.

Pertandingan Akhir Peraduan Face of Healthy Beauty, yang telah berlangsung hari ini di Kuala Lumpur, menyaksikan 20 finalis daripada seluruh negara, termasuk dua peserta lelaki, bersaing untuk menjadi salah seorang daripada empat pemenang akhir.

Empat pemenang tersebut ialah:
1. Aqila Bt Afindi
2. Kay Yap Yen Yin
3. Nur Izzatul Aqma Bt Ludin
4. Candace Cheah Sook Peng

Aqila Afindi, 22, yang berasal dari Putrajaya dan merupakan seorang penuntut Universiti Teknologi MARA berkongsi perasaan gembira dan rasa syukur atas kemenangannya.

“Saya sangat kagum melihat kehebatan peserta lain dan saya berasa sangat gembira kerana dipilih sebagai salah seorang daripada empat pemenang. Kemenangan ini bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk seluruh keluarga dan rakan-rakan yang telah banyak mendoakan saya,” katanya.

Sementara itu, pereka fesyen Nur Izzatul Aqma, 21, yang telah menghasilkan busananya sendiri untuk Pertandingan Akhir itu berkata bahawa kemenangannya ditujukan kepada ibu bapa, keluarga serta sahabat handai yang menyokongnya dalam semua pertandingan yang disertainya.

“Saya juga berusaha memberikan yang terbaik untuk menang dan syukur, usaha saya berhasil dengan kemenangan ini. Ia amat bermakna buat saya,” kata Nur Izzatul yang berasal dari Petaling Jaya.

Kay Yap, 31, dari Kuala Lumpur tetap berusaha untuk memberi yang terbaik.

“Persaingan sangat sengit, memandangkan semua peserta begitu bersemangat dan berbakat. Tahniah kepada Guardian kerana telah menjadi perintis trend dengan memilih duta jenama yang benar-benar meraikan kecantikan dalaman,” kata Kay.

Kay, yang turut memenangi hadiah Kategori untuk peserta ‘Paling Sihat’ merupakan Pereka Multimedia.

Candace Cheah berusia 28 tahun dan merupakan pelajar tahun akhir jurusan Sains Veterinar.

Anna Hull, Pengarah Komersial, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata:

“Kami sangat berbesar hati untuk akhirnya mengumumkan pemenang Face of Healthy Beauty 2023. Pertandingan tahun ni telah mendapat sambutan yang menakjubkan dan persaingan pula begitu sengit. Kami juga gembira apabila mendapati bahawa peserta yang mengambil bahagian datang dari seluruh Malaysia dan kami juga berbangga kerana untuk pertama kalinya, kami mempunyai dua peserta lelaki dalam 20 finalis pertandingan akhir.

“Seperti yang kita sedia maklum, Face of Healthy Beauty BUKAN peraduan kecantikan. Ia adalah pencarian individu istimewa yang memiliki kualiti unik yang Guardian percaya, melambangkan maksud sebenar konsep Healthy Beauty.

“Konsep Healthy Beauty adalah TERAS falsafah jenama Guardan dan ia adalah cetusan daripada wawasan pengguna bahawa kesihatan yang baik adalah asas kepada kecantikan sebenar. Oleh yang demikian, pemenang kami akan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjalani kehidupan yang sihat dan indah, dengan melakukan aktiviti yang menggembirakan dan memuaskan hati mereka,” tambah Anna.

Disebut-sebut sebagai yang pertama seumpamanya di Malaysia, pencarian The Face of Healthy Beauty adalah usaha untuk mencari EMPAT individu di seluruh negara yang paling sesuai dinobatkan sebagai ‘The Face of Healthy Beauty’, untuk menjadi duta kecantikan sihat Guardian.

Empat (4) pemenang Peringkat Akhir masing-masing akan menerima:
• Kontrak satu (1) tahun dengan Guardian
• Penampilan dalam Iklan, bahan Promosi dan bahan promosi jualan didalam stor Guardian
• Wang tunai RM10,000 dan baucar bernilai RM10,000
• Produk daripada penganjur yang mengambil bahagian
• Produk Penjagaan Mandian Guardian bernilai RM5,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan pilihan pemenang.

Peraduan yang bermula pada 26 Jun 2023 ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Untuk maklumat lanjut tentang pencarian, serta terma dan syarat penuh penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?