EMAX BEAUTÉ MEMPERKENALKAN PENDEKATAN HOLISTIK UNTUK KECANTIKAN DENGAN PEMBUKAAN 4 OUTLET BARU DI PAVILION BUKIT JALIL


EMAX Beauté adalah definisi tentang kecantikan dan keyakinan, yang sentiasa komited dalam menyediakan solusi kecantikan dan kesejahteraan holistik kepada pengguna. Seiring dengan itu, peneraju kecantikan yang berpengalaman dan inovatif ini mengorak langkah berani dengan pelancaran empat buah cawangan baru, di Pavilion Bukit Jalil.

12 tahun sejak penubuhan jenama pertamanya iaitu Beauté Library, EMAX Beauté terus fokus untuk mendominasi industri kecantikan dengan memberikan rawatan terbaik merangkumi penjagaan kecantikan yang lengkap daripada wajah, rambut dan badan. Di bawah EMAX Beauté terdapat 4 jenama kecantikan yang berbeza konsep dan rawatan iaitu:


Beauté Library - Menawarkan solusi penjagaan wajah mewah dan bukan invasif (non invasive). Seleksi rawatan yang ditawarkan akan disesuaikan dengan jenis kulit anda dan mendapat sentuhan teknologi serta mesin yang canggih. Outlet terbaru di Pavilion Bukit Jalil membawa konsep elegan, mewah dan eksklusif.


Curvena - Pendekatan holistik dan seimbang untuk rawatan pelangsingan badan menggunakan teknologi canggih untuk misi bentuk badan idaman semua. Berkonsepkan earthy tones daripada pemilihan warna, perabot dan hiasan dalaman, setiap sudut membuatkan anda rasa selesa, harmoni dan privasi.


Venusde - Fokus pada penjagaan rambut dan kulit kepala, bukan sahaja pada wanita malah juga lelaki untuk rambut yang lebih sihat dan kuat. Hadir dengan konsep yang lebih ceria dan fun, anda pasti terpesona dengan konsep hiasan dalamannya. Lebih menarik, ia menyediakan ruang privasi terutamanya buat hijabi untuk lebih selesa ketika melakukan rawatan rambut.


B+ Clinic - Menyediakan seleksi rawatan estetik yang invasif . Ia juga untuk memberi pengalaman rawatan estetik yang efisyen, selamat dan berkesan yang dikendalikan oleh barisan doktor profesional dan bertauliah.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) EMAX Beauté, Wilson Lee menekankan bahawa pertambahan jenama itu sejajar dengan keperluan pengguna yang semakin meningkat dan juga untuk menangani jurang dalam pasaran kecantikan Malaysia hari ini.

“Kami banyak memberi penekanan dan fokus pada aspek keperluan dan kesejahteraan pelanggan kerana kami percaya kecantikan bukan sahaja semata-semata pada luaran. Kecantikan yang sebenar perlulah seimbang dari semua aspek. Setiap pelanggan mempunyai kemahuan dan jangkaan mereka sendiri, dan kami menyasarkan untuk memberikan rawatan penyelesaian yang berkesan dan berkualiti supaya kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan mereka tercapai.

Matlamat kami adalah untuk memberikan servis dan solusi yang terbaik pada pelanggan supaya mereka rasa selesa dengan kulit, tampil lebih yakin dan berjaya memiliki kulit idaman mereka,” ujarnya lagi.

SEDEKAD EMAX BEAUTÉ

Bermula dengan skala yang sederhana pada 2011, sehingga kini 2023, EMAX Beauté telah berjaya menerajui industri kecantikan dengan jayanya dan mempunyai satu pasukan yang besar dengan 194 orang pekerja.

Selain daripada dedikasi untuk menjadi jenama unggul dan pilihan ramai dalam industri kecantikan (penjagaan kulit , rambut, badan dan estetik) EMAX Beauté juga fokus melakukan program - program berbentuk CSR atau tanggungjawab sosial korporat bagi memberi sokongan kepada komuniti.

Antara program yang telah dianjurkan oleh EMAX Beauté ialah acara amal berbuka melalui kempen Beauté Library B-Oooh-Ka Puasa. Ini adalah satu usaha untuk kutipan amal yang akan disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Suara Kanak-Kanak Malaysia (SUKA Society).

Melalui iftar amal ini, setiap tetamu yang hadir Beauté Library komited untuk menderma RM100 dan jumlah selebihnya akan disumbangkan oleh Wilson Lee yang mana menjadikan jumlah keseluruhan kutipan amal untuk acara ini ialah RM20,000. Jumlah kutipan ini digunakan untuk membeli barang asas dan keperluan seperti makanan, mandian, cucian dan lain-lain.

Pada bulan Oktober baru-baru ini, EMAX Beauté telah menganjurkan satu larian amal iaitu Pinky Run dengan kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara seterusnya membiayai pemeriksaan kanser untuk golongan kurang berkemampuan. Dengan sokongan orang ramai, rakan penaja dan selebriti yang hadir, kami telah berjaya mengumpul RM20,000 melalui larian amal ini.

INDUSTRI KECANTIKAN DAN PERNIAGAAN

Melalui pelancaran empat cawangan baru ini, EMAX Beauté berhasrat untuk terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri kecantikan tempatan. Dengan mengutamakan profesionalisme dan kredibiliti, setiap jenama ini berusaha untuk memberikan solusi rawatan yang unggul dan berkesan dengan sentuhan teknologi, formula dan inovasi terkini dalam dunia penjagaan kecantikan.

Melalui pelancaran cawangan baharu ini, EMAX Beauté berhasrat untuk mengukuhkan kedudukannya dalam industri kecantikan tempatan dan seterusnya. Dengan mengutamakan profesionalisme dan kredibiliti, ditambah dengan perkhidmatan yang cemerlang dan terkemuka, setiap jenama berusaha untuk memberikan penyelesaian yang cemerlang dan berkesan dengan teknologi, ramuan dan inovasi terkini dalam penjagaan kecantikan.

“Dengan penyelesaian komprehensif yang menyasarkan pelbagai aspek kecantikan dan kesihatan, EMAX Beauté berusaha untuk mempromosikan penjagaan diri di kalangan pelanggan kami, supaya mereka berasa yakin dengan kulit mereka sendiri. Kami mahu menjadi pilihan pelanggan dalam mencari solusi dan keberkesanan rawatan serta menyediakan ruang yang selesa.

Sama ada ingin memanjakan kulit dengan rawatan muka yang mewah, menjaga kulit kepala dan rambut atau penjagaan badan yang holistik EMAX Beauté adalah tempat untuk anda. Kami tidak sabar untuk menantikan kehadiran anda,” tambah Wilson Lee lagi.

Pembukaan besar-besaran empat cawangan ini menandakan satu kejayaan penting dalam komitmen EMAX Beauté untuk pengalaman kecantikan yang luar biasa ini. Pelanggan dijemput untuk meneroka dan mencipta pengalaman menarik di Beauté Library, Curvena, Venusde dan B+ Clinic Pavilion Bukit Jalil.

Untuk maklumat lanjut tentang EMAX Beauté dan senarai rawatan, layari https://emaxbeaute.com/.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!