KEDUTAAN REPUBLIK KOREA MENGANJURKAN FESTIVAL FILEM KOREA 2023 SEMPENA ULANG TAHUN KE-40 DASAR PANDANG KE TIMUR


Kedutaan Republik Korea di Malaysia akan menganjurkan Festival Filem Korea 2023 di pawagam GSC Mid Valley, Kuala Lumpur mulai 22 November hingga 26 November 2023.

Sempena ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur antara Korea dan Malaysia pada tahun ini, lima buah filem yang bertajuk “The Front Line” (2011), “Kai: The Legend of Mirror Lake” (2016), "Bori” (2018), “Granny Poetry Club” (2019), dan “Tunnel” (2016), telah dipilih secara teliti dengan ciri-ciri yang melambangkan nilai-nilai teras diplomasi awam Korea, iaitu “Keamanan (Peace), Kebebasan (Freedom), Persaudaraan (Solidarity) dan Kemakmuran (Prosperity)”.

Semasa pelancaran Festival Filem Korea 2023 ini nanti, pengarah filem terbitan bersama Korea-Malaysia iaitu “The Lord Musang King,” akan dipersembahkan sebagai contoh kukuh keakraban hubungan antara kedua-dua negara. Kolaborasi ini amat signifikan kerana ianya membawakan bersama industri perfileman Korea yang berjaya dengan industri perfileman Malaysia, yang dikenali melalui kepelbagaian latar belakang budaya dan potensi yang besar.

Semua tayangan filem ini adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai. Tiket disediakan berdasarkan ‘siapa cepat, dia dapat’ dan boleh ditebus mulai jam 12 tengah hari dan ke atas pada 16 November 2023 melalui portal GSC e-payment (laman sesawang dan aplikasi mudah alih) atau kios tiket GSC di GSC Midvalley Megamall, Kuala Lumpur untuk mendapat DUA tiket percuma!

Untuk maklumat lanjut mengenai filem dan jadual tayangan, sila log masuk ke www.facebook.com/koremy.eng dan www.gsc.com.my.

 

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!