LAZMALL TERBESAR WATSONS ‘SUPER BRAND DAY’ DI LAZADA HANYA UNTUK SATU HARI SAHAJA
Watsons Malaysia, dengan kerjasama Lazada berbangga untuk melancarkan “LazMall Super Brand Day Terbesar oleh Watsons”, berlangsung selama 1 hari sahaja pada 23 November 2023. Kempen LazMall Super Brand Day tahun ini dianjurkan untuk memberikan diskaun, penjimatan dan ganjaran yang lebih besar untuk produk kecantikan, kesihatan, penjagaan diri dan lebih banyak barangan lagi untuk pembeli di seluruh Malaysia, secara eksklusif di Lazada, platform e-Dagang utama di Asia Tenggara.
Ketika “Super Brand Day” yang berlangsung selama satu hari itu, pelanggan boleh menyemak imbas lebih daripada 500 jenama dan 9,000 produk di Kedai Utama LazMall Rasmi Watsons melalui aplikasi Lazada dan menikmati penjimatan seluruh kedai dengan diskaun sehingga 75%, bersama-sama dengan baucar tambahan diskaun sehingga 25%, bermula dari 20 November 2023.
“Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan O+O No. 1, kami teruja dengan kerjasama berterusan dengan Lazada dalam menawarkan kemudahan pembelian yang eksklusif bagi ahli dan pelanggan kami untuk terus membeli-belah dalam talian. Kami sentiasa mencari peluang dan cara baharu untuk berinteraksi dengan pelanggan kami untuk menawarkan lebih nilai dan pilihan bagi produk kesihatan dan kecantikan untuk para pengguna,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Pengarah Eksklusif Watsons International.
Watsons juga berbesar hati menganjurkan Crazy Live Stream Marathon selama 12 jam bermula dari 11 pagi hingga 11 malam, mempromosikan produk dan tawaran terbaik dalam talian. Semasa berlangsungnya kempen ini, pembeli boleh mengikuti Crazy Live Stream Marathon setiap jam untuk berinteraksi dengan selebriti terkenal seperti Dato' Sri Siti Nurhaliza, Meeki 美錡, Fiza Frizzy, Sarancak, 94Henn dan ramai lagi yang akan berkongsi tips dan tawaran sedia ada dalam tempoh satu hari sahaja.
“Lazada berbesar hati untuk menganugerahkan Watsons dengan anugerah “Most Loved Beauty Brand Partner” semasa Gala LazMall 2023 baru-baru ini. Pengiktirafan itu adalah bukti prestasi cemerlang Kedai Utama LazMall Rasmi Watsons di Lazada dan cara mereka berinteraksi dengan pelanggan dalam talian sepanjang tahun yang amat mengagumkan. Dalam era digital hari ini, pengguna mengutamakan kemudahan mesra pengguna dan cara yang menyeronokkan untuk berinteraksi dengan jenama dalam talian. Oleh itu, selepas kejayaan 11.11, kami berbesar hati untuk mempersembahkan bersama 'LazMall Super Brand Day Terbesar oleh Watsons' secara eksklusif di Lazada. Peminat Watsons pasti teruja untuk menambah ke dalam troli pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan kegemaran mereka pada harga yang memukau dan dalam masa yang sama menemui pelbagai barangan keperluan harian dengan nilai yang menjimatkan wang,” kata Alan Chan, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia.
Ahli Watsons juga bakal menikmati lebih banyak ganjaran sempena kempen ini. Dua puluh (20) ahli bertuah akan memenangi peluang membeli-belah PERCUMA selama satu (1) tahun di kedai rasmi Watsons di LazMall. Selain itu, ahli Watsons juga boleh memperoleh mata ganjaran Watsons untuk setiap produk yang dibeli dari kedai Watsons di Lazada.
Tetapkan kalendar anda untuk LazMall Super Brand Day Terbesar oleh Watsons pada 23 November 2023 bermula jam 12 tengah malam dan mula melayari kedai Utama LazMall Rasmi Watsons.
Untuk butiran lanjut, klik pada pautan berikut https://www.lazada.com.my/shop/watsons/ atau https://www.watsons.com.my/ dan isikan troli anda dengan produk kegemaran untuk tawaran nilai terbaik untuk wang.
Comments
Post a Comment