LULU LANCAR KEMPEN JUALAN "SUPER FRIDAY" 22 NOV - 3 DIS 2023


Kempen Jualan “Super Friday’ telah dilancarkan oleh Yang Berbahagia Tuan Ariffin Bin Samsudin, Pengarah KPDN WPKL bersama Encik Asif Moidu Ahamed, Pengarah Serantau, LuLu Hypermarket baru-baru ini.

Kempen Jualan “Super Friday’ ini merupakan salah satu tanda sokongan LuLu Group Retail Sdn. Bhd. terhadap inisiatif kerajaan dalam memastikan rakyat Malaysia celik digital dan mengurangkan kos sara hidup rakyat. Perlaksanaan kempen jualan ini juga diharap dapat membantu meringankan beban orang ramai membuat persiapan menyambut Hari Antarabangsa “Super Friday”, musim membeli-belah dan percutian serta kedatangan Tahun Baru 2024 yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Super Friday” diambil dari sambutan “Black Friday” iaitu nama yang kini paling popular digunakan di seluruh dunia untuk merujuk kepada hari selepas Kesyukuran, yang sering dianggap sebagai hari pertama musim terkenal membeli-belah dan percutian kerana memaparkan diskaun daripada peruncit.

Kempen Jualan “Super Friday” anjuran LuLu bakal menawarkan harga promosi yang menarik untuk pelbagai barangan kelengkapan rumah, barangan elektrik, barangan runcit dan segar, makanan sedia dimakan, pakaian, kasut dan banyak lagi. Kempen jualan ini akan berlangsung serentak di semua 5 cawangan LuLu Hypermarket & Department Store dan LuLu Grocer bermula 22 Nov — 3 Dis 2023. Selain itu, LuLu Hypermarket juga akan turut memperkenaikan Promosi Jualan jenama-jenama terkenal (Big Brands Sale), Promosi Kegilaan Pagi (Madness Morning), Promosi Ajaib 1 Hari (ONEDAY Wonders), Promosi Bida Harga Anda (Bid Your Price) dan banyak lagi yang menarik dimana boleh didapati dalam pelbagai pilihan promosi kepada orang ramai.

Sedikit pengenalan mengenal LuLu Group International, nama yang tidak asing lagi di pasaran Timur Tengah, Asia Timur dan India melalui 250 rangkaian terkemuka LuLu Hypermarket dan LuLu Shopping Mall. Dengan perolehan tahunan global sebanyak USD7.4 bilion, LuLu kini telah bertapak di 23 buah negara di seluruh dunia termasuk Malaysia. LuLu Group International juga mempunyai sumber peruncitan dan pangkalan pembuatan yang terletak di Asia Timur, Eropah, Afrika, Asia dan Amerika Syarikat.

LuLu Group International memasuki pasaran Malaysia dengan pembukaan LuLu Hypermarket di Kuala Lumpur pada tahun 2016, dan kini telah mempunyai 5 cawangan kegemaran ramai di lokasi berbeza di negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!