NESPRESSO MENJEMPUT PEMINAT KOPI UNTUK MERASAI KEENAKAN FESTIVE WONDERS BERSAMA KOLEKSI PERAYAAN EDISI TERHAD


Membuka pintu pada alam perayaan kontemporari, Nespresso bersedia untuk memikat penggemar kopi dengan pelancaran koleksi percutian tahunannya – kali ini, diilhamkan oleh puncak bersalji pergunungan Alps.

Koleksi edisi terhad Nespresso menjemput pengguna untuk merasai keajaiban perayaan dan mengalami detik kegembiraan, di mana saat kopi sentiasa menanti. Berkenaan ini, penggemar kopi boleh menikmati pelbagai kopi edisi terhad untuk kedua-dua sistem Original dan Vertuo untuk dinikmati sepanjang masa; sama ada semasa bercuti di Genting Highlands yang sejuk, beristirehat semasa membeli-belah atau ketika menikmati cahaya lampu perayaan Kuala Lumpur yang indah berkilauan. Dari nota manis kepada pedas, koleksi kopi Nespresso Festive mempunyai empat kopi berperisa dan dua kopi hitam, tersedia untuk Original dan Vertuo.

Tawaran perayaan tersebut dimulai dengan Festive Black Espresso dan Festive Black Double Espresso, gabungan Arabika dari Honduras, Uganda dan sekitarnya. Kedua-dua campuran ini mempunyai aroma kayu bakar, diperkukuh dengan sentuhan nota manis dan pedas yang menghangatkan, serta nota buah jem untuk memikat deria rasa.

Nespresso turut memperkenalkan Seasonal Delight Spices Flavoured, kopi yang diinspirasikan oleh minuman perayaan yang tidak lapuk ditelan zaman, membawa anda merasai pemandangan, bunyi, dan pesona pasar perayaan akhir tahun yang klasik. Campuran Arabika ini mempunyai perisa pedas yang memikat daripada kayu manis, bunga cengkih, dan kek rempah, yang akan membawa deria rasa anda ke momen Après ski di lereng bukit.

Nikmati kopi yang melambangkan semangat perayaan bersama Nespresso yang memperkenalkan Frosted Caramel Nut Flavoured, dengan rasa karamel dan almond bercampur adunan Arabika untuk memberikan suasana perayaan yang dinantikan sepanjang tahun. Apabila nota bijirin malty kopi bergabung dengan rasa karamel yang hangat, nota biskut almond vanilla muncul, mengundang anda untuk berehat dan menikmati saat-saat ini sambil menonton filem Krismas klasik bersama orang tersayang.

Bagi setiap kopi yang telah direka sebagai sebahagian daripada koleksi edisi terhad, Pakar Kopi Nespresso juga telah mencipta resipi kopi yang lazat yang pasti akan memukau rakan-rakan anda semasa rumah terbuka hujung tahun anda. Pengguna boleh mengeluarkan kreativiti baru mereka dengan resepi mocktail berasaskan kopi, termasuk sentuhan khas Nespresso untuk Espresso Mocktini klasik. Semua resepi boleh didapati di www.nespresso.com/recipes.

Sambut musim perayaan dengan penuh gaya bersama kolaborasi Nespresso x Fusalp

Untuk mengenang kembali memori indah perjalanan anda ke pergunungan Alps Eropah, Nespresso bekerjasama dengan jenama pakaian riadah mewah dari Perancis, Fusalp, yang menampilkan gaya rupa sukan yang meraikan seni pergerakan dan keanggunan Perancis ketika bersuka dan beriadah di pergunungan Alps. Koleksi Nespresso x Fusalp merupakan gabungan gaya moden dan sofistikated dua jenama ini, yang mendapat inspirasi daripada corak smock berlian Fusalp yang ikonik.

Sebagai sebahagian daripada koleksi ini, Nespresso menawarkan pelbagai aksesori dan hadiah Alpine Chic edisi terhad, yang akan menggembirakan dan memberi inspirasi untuk keluarga dan rakan-rakan.

Tersedia untuk penggemar Original dan Vertuo, kini tiba masanya untuk memulakan musim perayaan dan membuka keajaiban harian dengan kalendar advent Nespresso x Fusalp – menawarkan penggemar kopi dengan saat-saat yang tidak dapat dilupakan setiap hari. Pencinta kopi juga dapat merasai kegembiraan dengan Mug Kopi Perayaan Nespresso x Fusalp edisi terhad di sebalik pintu ke-24 kalendar advent tahun ini. Mug ini diilihamkan daripada corak smock berlian Fusalp yang moden dan sofistikated – mencerminkan semangat elegan kolaborasi ini.

Melengkapi koleksi ini adalah Nespresso Nomad Travel Mug yang kini tersedia dalam warna Midnight Blue yang ikonik daripada Fusalp - membawa kegembiraan kepada mereka yang lebih suka menikmati kopi mereka sewaktu dalam perjalanan dan memberikan sentuhan baru kepada rangkaian sedia ada.

Raikan Keajaiban Perayaan dengan Mesin Kopi Baharu yang Elegan

Dalam semangat menjadikan musim perayaan lebih mempesonakan, Nespresso memperkenalkan CitiZ Platinum, salah satu mesin Nespresso Original Line. CitiZ Platinum adalah mesin pembancuh kopi yang padat, dengan elemen pemanas yang berkuasa. Ia menawarkan fleksibiliti untuk menyediakan pelbagai minuman kopi, termasuk Espresso (40ml), Lungo (110ml), Americano (150ml), Americano XL (200ml), dan air panas yang boleh diakses melalui 5 butang khusus yang mudah. Mesin sofistikated ini adalah pilihan yang tepat untuk penduduk bandar yang ingin meningkatkan pengalaman kopi mereka. Reka bentuk CitiZ Platinum yang anggun akan menyerlah di setiap dapur, menambah sentuhan elegan kepada kemudahan yang ditawarkannya.

Harga dan Ketersediaan

Nespresso membawa suasana perayaan dengan campuran kopi edisi terhad yang menarik, bermula dari Festive Black Espresso, Festive Black Double Espresso, Seasonal Delight Spices Flavoured dan Frosted Caramel Nuts Flavoured yang berharga RM34 setiap bungkus untuk Original. Bagi Vertuo, kopi hitam daripada koleksi edisi terhad ini dijual dengan harga RM38 sebungkus, manakala kopi berperisa boleh dinikmati pada harga RM45 sebungkus. Setiap bungkus mengandungi 10 kapsul kopi, masing-masing menanti untuk memberikan pengalaman kopi yang menarik. Seperti semua saat yang dikongsi, koleksi ini hanya boleh dibeli dalam tempoh masa terhad dan dalam kuantiti terhad, selagi stok masih ada.

Untuk mereka yang menyukai kejutan harian pada musim perayaan ini, hadiahkan diri anda dengan Kalendar Advent Nespresso. Tersedia untuk kedua-dua sistem Original dan Vertuo, kegembiraan perayaan ini masing-masing dijual pada harga RM210 dan RM260. Penggemar kopi juga boleh membawa pulang Nespresso edisi terhad Nomad Travel Mug dalam warna Midnight Blue pada harga RM149. Mesin Nespresso CitiZ Platinum baharu pula dijual pada harga RM 1099.

Koleksi perayaan Nespresso kini boleh dibeli di Butik Nespresso di The Gardens Mall, 1 Utama Shopping Centre, Sunway Pyramid, Pavilion Kuala Lumpur, 163 Retail Park Mont Kiara, Mid Valley Southkey, Johor Bahru dan Gurney Plaza, Pulau Pinang; juga melalui aplikasi mudah alih Nespresso, laman web rasmi Nespresso (www.nespresso.com) dan melalui Customer Careline kami di 1800 80 7001 (waktu operasi: setiap hari dari 08:00 hingga 22:00, panggilan percuma).



Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!