ANUGERAH ACES MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-10 DENGAN USAHA MENINGKATKAN KESEDARAN KEMASYARAKATAN


Anugerah ACES memulakan sambutan ulang tahunnya yang ke-10 di Mandarin Oriental baru-baru ini dengan menonjolkan bakat dan budaya yang luar biasa. Acara malam tersebut dimulakan dengan persembahan catwalk yang memukau oleh finalis Miss Amazing Malaysia 2023/2024, yang memperagakan ciptaan indah oleh pereka Hasfitri dan Evita Mairesse.

Pengasas Miss Amazing Malaysia Maynicca Devi Rajamanikam dalam ucapannya tentang Miss Amazing Malaysia turut menyampaikan rasa terima kasih atas jemputan Anugerah ACES dan berkongsi pandangan mendalam tentang kepentingan meraikan kepelbagaian yang menjadi nilai teras kepada Anugerah ACES.

CEO Kumpulan MORS dan Presiden Anugerah ACES dan Majlis ACES, Shanggari B percaya bahawa kejayaan Anugerah ACES selama 10 tahun dalam industri adalah bukti yang mana ramai pemimpin korporat yang sedar bahawa perubahan mesti dilakukan pada cara perniagaan ditadbir dan dijalankan.


“Lebih ketara daripada sebelumnya, banyak sektor korporat percaya bahawa semakin tinggi kuasa, semakin besar tanggungjawabnya. Matlamat perniagaan bukan sekadar memperoleh keuntungan. Pemimpin perniagaan yang peka tentang isu kemasyarakatan, kini sedar bahawa syarikat mereka dinilai bukan sahaja oleh lembaga mereka, tetapi juga oleh pengguna produk atau perkhidmatan jenama mereka. Dengan meningkatnya kesedaran pengguna tentang perkara tersebut, pembelian kini tertakluk kepada penelitian pengguna terhadap jenama, organisasi di belakangnya, dan cara ia melayan pekerjanya, serta cara ia memperoleh bahan mentah dan menghasilkan produknya. Kita hidup dalam era akauntabiliti, dan Anugerah ACES merupakan salah satu batu pengukur akauntabiliti terbaik,” tegas Shagggari.

Pemenang Anugerah ACES setakat ini telah menjana lebih AS$361 bilion hasil secara kolektif, menekankan daya maju kewangan perniagaan adalah dipacu kemampanan. Komitmen mereka terhadap prinsip ESG juga telah menyebabkan penurunan yang ketara dalam pengeluaran sisa serta pelepasan karbon, dan peningkatan yang membanggakan dalam penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui. Pemenang ACES telah membawa perubahan transformatif merentasi 52 industri, dan menyediakan pekerjaan kepada lebih sejuta individu.


“Kami telah wujud selama sepuluh tahun dan telah menjejaki perangkaan ini selama sepuluh tahun itu. Bukti yang kami perolehi adalah tidak dapat disangkal: kepimpinan yang baik dan inisiatif kemampanan boleh dicapai dan berfungsi. Matlamat kami untuk sepuluh tahun yang akan datang adalah untuk terus menguatkan mesej ini dibantu oleh pemenang kami yang lalu, ACES Institute dan lebih banyak lagi Sidang Kemuncak ACES,” kata Ketua Eksekutif yang dinamik itu.

Dalam dunia perniagaan yang penuh keegoan dan amalan greenwash, Anugerah Kecemerlangan Korporat dan Kelestarian Asia (ACES) telah menerajui tanggungjawab yang lebih besar untuk melaporkan kepimpinan dan dan kemampanan selama sembilan tahun yang lalu. Tahun ini ACES berusia sepuluh tahun, dan menguatkan komitmen kepada misinya untuk menonjolkan lebih ramai pemimpin yang melakukan perubahan positif dalam industri dan keseluruhan warga kerja dalam organisasi mereka, serta menumpukan perhatian kepada syarikat yang mempunyai ESG cemerlang dan pencapaian kemampanan

Pada tahun yang penting ini, ACES menerima bilangan penyerahan terbanyak setakat ini, dengan 580 bakal calon daripada industri perniagaan Asia yang bersaing untuk merebut anugerah tersebut. Kesemua 580 pencalonan adalah daripada lebih 52 industri dari 15 negara, yang merupakan bukti capaian positif ACES. Selepas proses semakan yang meluas, teliti dan adil, maka muncullah 82 pemenang dari Malaysia, Hong Kong, Indonesia, Laos, Mongolia, Filipina, Singapura, Thailand, Taiwan dan Vietnam dalam 21 kategori yang dipertandingkan.

Mendahului senarai pemenang ialah Filipina, dengan 23 pemenang, diikuti oleh Malaysia dengan 15 pemenang senarai penghormatan di ACES tahun ini termasuk Somphote Ahunai, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Energy Absolute Public Company Limited untuk Usahawan Terbaik, Nisa Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif, SEDANIA As Salam Capital Sdn Bhd sebagai Usahawan Wanita Terbaik, dan Hoe Kian Choon, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd sebagai Usahawan Muda Terbaik. Ayala Corporations dinamakan Syarikat Paling Mampan Asia Tahun Ini.

Bukan sekadar memberikan anugerah kepada pemenang, ACES telah menjadikan misinya untuk bergerak ke dalam bidang dasar awam. Sumbangannya kepada advokasi korporat dan kemampanan dimainkan melalui tiga entiti iaitu Majlis ACES, Institut ACES dan Goeman Bind.

Majlis ACES terdiri daripada lima pemimpin korporat dan pemikir yang berwawasan dan berpengalaman untuk membantu membentuk Anugerah ACES. Mereka terdiri daripada peguam korporat antarabangsa, pengarang dan peguam bela dasar awam Hemant K. Batra; Dr Jayanthi Desan, bekas Pengarah Eksekutif Pusat Pengajian Kawal Selia Malaysia, Universiti Malaya; Graduan Harvard dan perunding FDI James John Ku; Luis Bueno Nieto, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Konsep Naterial; dan Shanggari B, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MORS dan pakar pembangunan pasaran perniagaan Asia. Majlis ACES menggunakan kepakaran individu dan kolektif mereka untuk mengumpulkan individu bagi memajukan usaha Institut ACES.

Institut ACES adalah pelopor pertumbuhan mampan Asia, dengan objektif utamanya untuk menyemarakkan kemajuan melalui penyelidikan, pandangan pakar, piawaian dan pakatan strategik. Komited ke arah meningkatkan potensi perniagaan di Asia, Institut ACES mengetuai tanggungjawab dalam memupuk kemakmuran ekonomi, kesaksamaan, dan pembangunan alam sekitar melalui dialog, perkongsian maklumat, dan pertukaran pandangan oleh pemimpin pemikiran korporat yang berjaya, badan dan badan pemikir.

Institut ACES terdiri daripada perhimpunan pakar yang bertauliah yang percaya kepada wawasan untuk perubahan yang positif dalam dunia korporat. Institut ACES berusaha untuk menyatukan pihak berkepentingan dengan cara yang bermakna melalui program dan inisiatif dialog dan kepimpinan yang menangani isu kritikal dunia korporat, memupuk kerjasama dalam kalangan pemegang kepentingan utama, dan mendorong inovasi.

Menambah pandangan kritikal dan pengetahuan diaspora kepada gabungan tersebut ialah Goeman Bind HTO, sebuah badan pemikir penyelidikan antarabangsa yang tidak berasaskan keuntungan, dasar awam dan undang-undang yang beribu pejabat di India. Goeman Bind baru-baru ini telah menjadi sebahagian daripada Institut ACES sebagai Pusat Kecemerlangan, berkongsi aksesnya kepada ahli akademik dan intelektual terkemuka dari seluruh dunia yang percaya akan kepentingan kemampanan dan kepentingan perkongsian pengetahuan. Pusat Kecemerlangan ACES Goeman Bind akan berfungsi sebagai hab pengetahuan, memupuk budaya pembelajaran dan memperkayakan wacana dalam komuniti ACES.

Pengalaman gabungan ketiga-tiga badan itu sudah pun membuahkan hasil pertama melalui Sidang Kemuncak ACES yang julung kali diadakan. Sidang Kemuncak ACES, yang berlangsung pada 23 November 2023, sehari sebelum Anugerah ACES, telah diadakan di Mandarin Oriental Kuala Lumpur.

Dengan tema “Actioning Asean’s ESG: A Vision for Sustainable Progress,” Sidang Kemuncak itu menyediakan platform unik untuk pemimpin perniagaan, penyokong kemampanan dan pemimpin pemikir untuk meneroka dan membahaskan strategi bagi tindakan transformatif bagi mencapai masa depan yang saksama, berdaya tahan dan mampan bagi perniagaan dan generasi akan datang. Acara sehari itu menampilkan ahli Majlis ACES, Dr Jayanthi Desan, bersama pemenang lepas Anugerah ACES Niko Safavi, Ketua Pegawai Eksekutif PT Mowilex yang mana di bawah arahannya organisasi itu dinamakan Syarikat Terurus Terbaik di Indonesia oleh Deloitte.

Ahli Teras Sidang Kemuncak ACES yang lain termasuk Marla Garin-Alvarez, Naib Presiden & Ketua, Pejabat Kelestarian, Kumpulan Pematuhan, BDO Unibank; Eric Roberto M. luchangco, Ketua Pegawai Kelestarian, dan Ketua Strategi dan Kewangan Bank of the Philippine Islands (BPI), seorang lagi pemenang Anugerah ACES; dan Laura Canas da Costa, Pakar Dasar Global Kanan, Inisiatif Kewangan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP FI).

Perbincangan peringkat tinggi termasuk sesi mengenai teknologi dan inovasi (Model Perniagaan Berkitaran dan Mencipta Semula Dekarbonisasi Rantaian Bekalan), pembiayaan dan pelaburan (Pembiayaan Iklim untuk Perubahan Positif, Memacu Pelaburan Impak di Asia), dan modal insan (Masa Depan Sosial & Komuniti Kesan).

Sidang Kemuncak ini hanya menyasarkan wakil atau pemilik perniagaan yang berminat untuk memajukan usaha ke arah mencapai pelepasan sifar bersih, dan individu yang bersemangat untuk memacu agenda perniagaan yang bertanggungjawab di Asia.


Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN