SHOPEE BELANJA RAKYAT MALAYSIA KOPI PERCUMA SEMPENA RAYA MENERUSI PERMAINAN TAP & WIN
Shopee membawakan sajian istimewa buat rakyat Malaysia yang pulang ke kampung halaman sempena Raya ini menerusi kerjasama khas bersama ZUS COFFEE. Dari 19 hingga 25 Mac, permainan Tap & Win “Raya Kopi Percuma” menawarkan peluang untuk memenangi Buttercrème Latté percuma, minuman menyegarkan untuk dinikmati sepanjang sambutan Raya.
Shopee Raya Kopi Percuma
Ketika rakyat Malaysia berkunjung ke rumah
terbuka dan meluangkan masa bersama insan tersayang, Shopee Raya Kopi Percuma
menambahkan lagi keseronokan dengan kejutan istimewa sepanjang musim perayaan. Dari 19 hingga 25
Mac, penonton boleh menonton TV3 setiap hari dari jam 8 malam hingga 10
malam, di mana kod QR akan dipaparkan di skrin semasa siaran untuk
membolehkan mereka terus menyertai permainan.
Bagi yang tidak
berkesempatan menonton siaran TV, permainan Tap & Win ini juga boleh
diakses pada bila-bila masa melalui laman utama aplikasi Shopee.
Cara untuk sertai:
- Imbas kod QR yang dipaparkan di skrin TV atau
buka aplikasi Shopee untuk menyertai permainan Tap & Win
- Nikmati satu peluang bermain setiap hari, dengan peluang tambahan
apabila berkongsi permainan dengan rakan atau keluarga
- Pemenang boleh
mendapatkan kod penebusan Buttercrème Latté di aplikasi Shopee (Voucher
Wallet > Partner)
- Gunakan kod tersebut dalam aplikasi ZUS COFFEE untuk
menebus Buttercrème Latté di cawangan terpilih seluruh negara
Tebus, Kongsi & Raikan dengan
#ShopeeRayaKopiPercuma
Pemenang bertuah boleh merakam dan
berkongsi momen menikmati Buttercrème Latté di media sosial menggunakan
hashtag #ShopeeRayaKopiPercuma. Jangan lupa untuk tag akaun rasmi
Shopee Malaysia dan ZUS COFFEE, serta mengajak rakan dan keluarga
untuk turut serta sebelum kempen berakhir.
.jpg)
Comments
Post a Comment