PUSAT BELI-BELAH AVENUE K BAWAKAN KEMANISAN SUASANA KRISMAS 'CANDY WONDERLAND'


Membeli-belah untuk persiapan menyambut Hari Krismas menjadi semakin manis di AVENUE K SHOPPING MALL tahun ini. Pelbagai kedai, aktiviti dan promosi khas menanti anda di musim perayaan Krismas ini di Avenue K Shopping Mall. Bertemakan 'Candy Wonderland', kempen Krismas Avenue K bermula pada 10 November hingga 31 Disember. 


Alamilah keindahan dunia pesona perayaan di Avenue K yang telah dihias dengan gula-gula gergasi, pokok Krismas berwarna merah jambu dan lampu-lampu berkerdipan. 

Terdapat pelbagai gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan dengan tema Krismas di ruang Atrium Avenue K. Antaranya, hiasan Krismas, pakaian, aksesori, snek, permainan dan banyak lagi.


Sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan yang sentiasa memberi sokongan, Avenue K menyediakan pelbagai ganjaran dan penebusan yang menarik untuk ahli AK App sepanjang tempoh kempen. 

Ahli AK App yang membelanjakan RM500 dan ke atas dalam kombinasi maksimum 2 resit boleh membawa pulang mangkuk porselin Avenue K Shopping Mall yang eksklusif, manakala mereka yang berbelanja RM350 dan ke atas juga dalam kombinasi maksimum 2 resit boleh menebus  Baucar Tunai Kedai Stik Brazil Samba  bernilai RM100. 


Bukan itu sahaja, kerana lima pembeli bertuah juga berpeluang untuk memenangi hadiah daripada C.Michael London dan Leather Avenue. Khidmat membalut hadiah juga disediakan untuk memudahkan persiapan sambutan Krismas anda.


Pelbagai persembahan juga disediakan untuk para pengunjung, termasuk persembahan muzikal daripada Primrose Hill Active Learning dan Kelab Belia Setiakawan. Santa Claus sendiri juga akan meronda di pusat membeli-belah sambil menghulurkan cenderahati kepada para pengunjung. 


Para pengunjung dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan foto/video Facebook, di mana tiga peserta paling kreatif berpeluang memenangi hadiah bernilai RM150. Untuk mendapatkan latar belakang yang menarik untuk bergambar, anda boleh kunjungi empat lokasi khusus di Avenue K Shopping Mall, iaitu Pokok Krismas Gergasi di Atrium, Aras Bawah, tangga di Aras 3, bumbung di Aras 4 dan Sudut Kreatif di Aras UC/C. 


Bagi memudahkan lagi para pengunjung ke pusat beli-belah, Avenue K menawarkan kod promosi RM5 “AVENUEKRIDE” bagi 1000 pengunjung pertama yang menempah perjalanan dengan airasia Ride. 

Untuk maklumat lanjut sila layari www.avenuek.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

KL WELLNESS CITY PERUNTUKKAN RM25 JUTA UNTUK MENANGANI ISU KEKURANGAN JURURAWAT DI MALAYSIA