JUMPSTART FESTIVAL 2024 BAKAL GEGARKAN LITAR ANTARABANGSA SEPANG


Sertai ribuan penggemar EDM di JUMPSTART FESTIVAL di Litar Antarabangsa Sepang pada 2 dan 3 Februari 2024 untuk pengalaman pesta dansa yang unik dan penuh keterujaan. Dipersembahkan oleh HMG, festival dua hari ini bakal menampilkan persembahan muzik genre Bigroom, Future Rave, Techno, dan Big Room Techno sebagai acara pertama dalam siri konsert Jumpstart Universe. 

Siri konsert Jumpstart Universe merupakan sebuah platform dinamik untuk artis tempatan dan antarabangsa bersama-sama menyatukan para peminat baru dan lama genre muzik ini. 

Jumpstart Festival bakal menampilkan persembahan muzik rancak DJ tempatan seperti Chuckies & Whackboi, Sherry Alyssa dan Vgene dan diterajui DJ sensasi antarabangsa Dash Berlin, dengan barisan artis antarabangsa lain dari Australia, Brazil, Belanda dan ramai lagi yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Jowin Goh, Ketua Pegawai Operasi & Inovasi NIBOU Industries; Haaziq Hamid, Pengasas HMG dan Hazily Hariss, Pengasas Heavyweight Entertainment Asia 

Pengasas HMG, Haaziq Hamid berkata “Di HMG, kami berhasrat untuk memberi dimensi baharu pada konsert muzik EDM Malaysia. Dengan siri Jumpstart Universe, kami berharap ia bukan sekadar sebuah acara hiburan, malahan menjadi suatu pengalaman yang sukar untuk dilupakan dan mengasyikkan yang melangkaui sempadan muzik.”

Jumpstart Festival ditaja oleh jenama minuman jeli buah-buahan tempatan Malaysia DRINME, sebuah anak syarikat NIBOU Industries.

Untuk maklumat lanjut dan terkini silia ikuti https://www.instagram.com/jumpstartuniverse/.

Dapatkan tiket anda hari ini di:


Comments

Popular posts from this blog

SHOPEE 3.8 JUALAN HARI WANITA RAIKAN SEMANGAT KETABAHAN JENAMA AKSESORI SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA

ASTRO MERAIKAN SYAWAL DENGAN KANDUNGAN YANG MENGERATKAN KELUARGA, MENYEMARAKKAN KEBERSAMAAN

CUCKOO MALAYSIA PERKUKUH KEDUDUKAN DENGAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA SAMSUNG DAN TOURISM MALAYSIA, PERKENALKAN PRODUK KEDIAMAN SIHAT PINTAR SERTA MASKOT PERTAMA ‘HEPI’