MEGA ZIKIR TERAPI 4 PALESTINE: HARMONY FOR HUMANITY - LIVE DI ISTANA BUDAYA SASAR KUTIPAN RM1 JUTA UNTUK PALESTIN


Sebuah konsert berskala besar khas buat saudara seIslam di Palestin akan diadakan di pentas berprestij Panggung Sari, Istana Budaya pada 5 Januari 2024.

Mega Zikir Terapi 4 Palestine: Harmony for Humanity - LIVE di ISTANA BUDAYA merupakan satu konsert berkonsepkan crowdfunding yang dianjurkan oleh Persatuan Cinta Gaza Malaysia yang dipelopori oleh Tuan Nadir Al-Nuri dalam perjuangannya membina semula kawasan di Genting Gaza bersama Niyat Group yang berpengalaman besar dalam penganjuran konsert - konsert Islami sebelum ini seperti di Malaysia, Morocco, Mesir dan United Kingdom.

Menurut Dr. Fitri Haris, perunding dan juga pengarah konsert ini, penganjuran konsert ini adalah untuk menangkis stigma masyarakat bahawa semua konsert membawa konotasi yang negatif.


"Sebut sahaja konsert, orang selalu kaitkan dengan perkara-perkara yang tidak baik sedangkan jika dilakukan dengan cara yang betul, banyak manfaat yang boleh kita nikmati. Inilah peluang dan masa mereka datang beramai-ramai untuk membeli tiket, menghayati pengisian rohani sambil menderma sebagai tanda solidariti untuk saudara-saudara kita di Palestin,” jelas Fitri.

Sebanyak 15 trek yang mengandungi 7 buah alunan zikir dan 8 lagu akan dipersembahkan pada malam konsert dan diketuai oleh kumpulan nasyid yang terkenal dan tular dengan Doa Qunut Nazilah iaitu Kumpulan Nasyid UNIC.

Istimewanya, artis-artis tanah air yang akan muncul di dalam konsert tersebut dibawakan oleh NGO dan syarikat rakaman masing-masing secara percuma bagi menjayakan konsert ini. Antara yang terlibat adalah Pertubuhan Peduli Insan Malaysia yang membawakan artis-artis UNIC, Inteam dan Ustazah Farhatul Fairuzah, Syria Care yang menampilkan Furqan Fawwaz dan ramai lagi.


Orang ramai dijemput datang seawal jam 10 pagi kerana ada pelbagai aktiviti dan pengisian yang disediakan seperti pameran, pertandingan, reruai jualan dan sebagainya sepanjang hari sebelum konsert bermula pada waktu malam. Konsert ini dijangka menerima kehadiran tetamu-tetamu elit, usahawan dan ahli-ahli kenamaan.

Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Mega Zikir Terapi 4 Palestine: Harmony for Humanity yang bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya. Jualan tiket bermula pada 6 Disember 2023 dan boleh didapatkan menerusi laman web MyTicket.Asia.

Sasaran kutipan bagi pembangunan dan tabung kecemasan Palestin bagi konsert ini adalah RM1 Juta ringgit dan hasil daripada pembelian tiket konsert MEGA ZIKIR TERAPI 'Harmony For Humanity Live @ Istana ;BudayaSasaran RM1 Juta Buat Palestin, Artis Bergabung Di Dalam Satu Konsert

Sasaran kutipan bagi pembangunan dan tabung kecemasan Palestin bagi konsert ini adalah RM1 Juta ringgit dan hasil daripada pembelian tiket konsert akan disalurkan 100% sepenuhnya ke Tabung Cinta Gaza Malaysia. Kami mengalu-alukann penaja utama dan penaja bersama bagi menjayakan konsert kemanusiaan ini.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY HEALTHCARE GROUP MELANCARKAN E-BUKU PERTOLONGAN CEMAS PEDIATRIK, MEMBUKA AKSES KEPADA ILMU UNTUK MENYELAMATKAN NYAWA