‘MURKA ATAU CINTA’ NYANYIAN PUTERI KHAREEZA HIASI FILEM ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2


‘Murka Atau Cinta’ nyanyian Puteri Khareeza telah dipilih untuk menjadi lagu soundtrack bagi filem terbaharu terbitan Dr. Ahmad Idham iaitu Anak Perjanjian Syaitan 2 yang bakal ditayangkan di pawagam sebagai tirai pembukaan tahun 2024.

Lagu ‘Murka atau Cinta’ merupakan hasil sentuhan Amer Munawer Yusoff, seorang komposer dan penulis lirik berpengalaman yang juga merupakan bekas anggota Ruffedge. Lagu ini berunsur kerohanian menceritakan tentang pilihan seorang hamba Allah yang perlu memilih sama ada ingin menjadi hamba yang dimurkai ataupun dicintai oleh Tuhan Yang Maha Pencipta. Idea lagu dan lirik ini tercetus apabila Amer Munawer telah dilamar oleh pengarah filem sekual Anak Perjanjian Syaitan 2 untuk menghasilkan lagu runut.

Filem yang bakal menjadi blokbuster 2024 ini mengisahkan tentang perjalanan seorang wanita muda bernama Azlinda (Eyka Farhana) dalam perjuangannya menentang pertarungan mistik yang menghantuinya sejak kecil. Walaupun Azlinda telah didiagnosis secara medikal dengan penyakit “anxiety disorder”, dia meyakini bahawa gangguan yang menghantuinya sejak kecil berkait dengan rapat dengan sejarah hitam ibu bapanya, sehinggakan bapanya tidak sanggup lagi untuk membesarkan Azlinda dan tekad menyerahkan Azlinda ke pusat kebajikan. Mampukah Azlinda melawan perjanjian malapetaka yang telah menjadi sebahagian dari darah dagingnya, atau adakah dia akan terus hidup dalam kegelapan sepanjang hayatnya?

Puteri Khareeza diberi tanggungjawab untuk membawakan lagu ini kerana suaranya yang unik dan tone suaranya yang sesuai untuk genre pop, R&B, balada dan soul. Lagu ini disiapkan sepenuhnya dalam jangka masa sebulan sahaja. Puteri telah memberi kerjasama dan komitmen yang sangat baik dan proses rakaman untuk lagu ini berjalan dengan sangat lancar. Lagu ini memang wajib didengar terutama bagi peminat Puteri Khareeza kerana ia adalah lagu balada yang berunsurkan kerohanian pertama daripada Puteri Khareeza.

Tentunya lagu ini bakal menjadi hit sama seperti lagu ‘Duka Sebalik Tawa’ yang menjadi lagu runut bagi Melur Untuk Firdaus (TV3) pada Jun 2022 lalu dimana ia berjaya meraih 4.9 juta tontonan di YouTube sehingga kini dan mendapat capaian 380 juta di Tik Tok.

Puteri Khareeza sangat selesa bekerjasama dengan Amer Munawer Yusoff dan ini memudahkan perjalanan rakaman di studio yang mengambil masa hanya 4 jam sahaja. Puteri Khareeza berharap pendengar dapat terima dan dengar dengan penuh penghayatan lagu ini. Lirik ‘’Murka Atau Cinta’ amat mendalam kerana menceritakan tentang cinta kepada Tuhan dan bukannya tentang cinta kepada manusia. Secara tidak langsung, ia dapat mengingatkan kita tentang nikmat yang perlu disyukuri dan memilih untuk menjadi hamba yang dicintai oleh Yang Maha Esa.

Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu ‘Murka Atau Cinta’ bermula 5 Disember 2023 ini di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, Tidal dan Deezer. Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang Alternate Records & Talents, lawati YouTube rasmi di Alternate Records & Talents dan Instagram @alternate.my_.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA