PERSAINGAN 30 LAGU MUZIK-MUZIK 38 SEPARUH AKHIR KIAN TERASA!


Penantian yang ditunggu-tunggu oleh penggiat seni muzik kini hampir ke garisan penamat apabila 30 buah lagu telah disenarai pendek ke Muzik Muzik 38 Separuh Akhir (SFMM 38). 30 lagu terbaik sepanjang 2023 yang berjaya mara ke peringkat ini bakal berentap bagi menempah tiket ke Anugerah Juara Lagu 38.

Pengumuman senarai penuh 30 buah lagu ini telah diadakan di sidang media Muzik Muzik 38 Separuh Akhir menerusi persembahan mantap daripada finalis Famili Duo 2023 iaitu Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi serta Sharul Kamal. Sidang media tersebut telah berlangsung di Jiospace, Petaling Jaya yang merupakan penaja lokasi sidang media dikendalikan oleh Sharifah Shahirah, Fahrin Ahmad dan Aisha HotFM.

Muzik-Muzik 38 Separuh Akhir akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy, bakal bersiaran secara langsung selama tiga hari berturut-turut dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam dari 15 Disember 2023 hingga 17 Disember 2023, pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Setiap episod Muzik Muzik 38 Separuh Akhir akan dimeriahkan lagi dengan persembahan jemputan yang berbeza pada setiap episod iaitu Noraniza Idris (episod pertama), Akim & The Majistret (episod kedua) dan Search (episod ketiga) . Para peminat muzik tanah air juga boleh mengundi lagu kegemaran mereka melalui Undian Lagu Pilihan Alha Alfa, hanya dengan mengimbas QR Code yang tertera sepanjang 3 hari, sewaktu siaran langsung.

Sidang produksi Muzik Muzik 38 Separuh Akhir diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Sufian Che Isa sebagai penerbit eksekutif dan Noradillah Abdullah sebagai penerbit.

Muzik Muzik 38 Separuh Akhir dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

Dato Seri Alha Alfa turut kongsikan harapan beliau selaku penaja utama, “Ini merupakan penampilan kali kedua buat kami setelah menaja program yang berprestij tinggi seperti Anugerah Juara Lagu. Bersesuaian dengan penajaan yang diteruskan, Alha Alfa Kosmetik sentiasa memahami keperluan pengguna untuk mendapatkan solekan yang sempurna. Pelancaran gandingan produk Set Anti Badai yang lengkap sekaligus menyahut kegairahan penonton Muzik-Muzik 38 Separuh Akhir yang setia menanti Keputusan 12 Lagu terbaik untuk berentap di Anugerah Juara Lagu 38. Saya berharap kerjasama selaku penaja utama bersama pihak TV3 kali ini turut memberi kesempatan yang baik bagi kedua dua belah pihak iaitu TV3 khusunya dalam merangka jenama Alha Alfa Kosmetik di masa akan datang.”

Jangan lupa menonton Muzik-Muzik 38 Separuh Akhir pada 15 Disember 2023 hingga 17 Disember 2023, pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my untuk mengetahui lagu mana yang bakal berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 38.


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

SENARAI 30 LAGU YANG BERJAYA MARA KE SEPARUH AKHIR:

 

LAGU

PENYANYI

KOMPOSER

PENULIS LIRIK

1

Inilah Jalannya

Masdo

Noh Salleh

Noh Salleh

2

Oh Wanita

Khai Bahar

Harry Khalifah

Harry Khalifah

3

Waktu

Hasif Upin &

Ziana Zain

Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat

Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat

4

Kucuma

Wany Hasrita & Dato’ Jamal Abdillah

A.Ramlee & Ezra Kong

A.Ramlee & Ezra Kong

5

Kaulah Syurga

Khai Bahar & Lia Aziz

Asfan Shah

Siti Rosmizah

6

Tusuk

Shiha Zikir

Iqie Hugh & Omar Kay

Iqie Hugh & Omar Kay

7

Hasrat

Amir Jahari

Amir Jahari

Amir Jahari

8

Ilusi

Marsha Milan Ft Hazama

Iqie Hugh, Shazreq Azeman & Omar K

Iqie Hugh, Shazreq Azeman & Omar K

9

Jangan Mati Rasa Itu

Aina Abdul

Aina Abdul

Aina Abdul

10

Bahagia Milik Kita

Syamel

Syamel & Ahmad Jeffny

Syamel

11

Racun

Elica Paujin Ft Dem Lepak Boyz

Iqie Hugh & Aniq Iffat

Iqie Hugh & Aniq Iffat

12

Korbankan Kita

MOJO

Edry Abdul Halim

Edry Abdul Halim

13

Kamu Kamu

Wani Kayrie

Ziin

Jerry

14

Alah Bisa

Amira Othman ft Faizal Tahir

Glow Rush

Mage, Nick Ariff, Glow Rush, Faizal Tahir & Acap Salim

15

Astana

Ernie Zakri

Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel

Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel

16

Cinta Hanya Buatan

Muna

Gouffran & Ibnu

Gouffran & Ibnu

17

Cinta Sahabiyah

Datin Alyah

Datin Alyah & Omar K

Datin Alyah

18

Menyantun Kasih

Siti Nordiana

M.Nasir

Keon

19

Sejuta Maaf

Liza Hanim

Sirkhan & Rinkarnaen

Sirkhan

20

Sutera

Aisha Retno

Aisha Retno & MFMF

Aisha Retno

21

Kalam

Shiha Zikir

Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat

Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat

22

Dua Darjat

Black Hanifah

Nyawablack

Nyawablack & Amintot

23

Santai

Faizal Tahir

Faizal Tahir

Faizal Tahir

24

Budi

Kmy Kmo, Luca Sickta Ft Sufian Suhaimi

Kmy Kmo & Luca Sickta

Kmy Kmo & Luca Sickta

25

Berubah

De Fam

Mage, Faizal Tahir & Sophia Liana

Mage, Faizal Tahir & Sophia Liana

26

Selagi Ku Ada

Khai Bahar & Nabila Razali

Amylea

Amylea

27

Bintang

Hael Husaini

Hael Husaini

Hael Husaini

28

Darah

Marsha Milan

Naim Daniel & Firdaus Rahmat

Naim Daniel & Firdaus Rahmat

29

Aku, Hati Dan Perasaan

Haqiem Rusli

Haqiem Rusli

Haqiem Rusli

30

Di Sebalik Rahsia

Haqiem Rusli

Haqiem Rusli & Sharon Paul

Haqiem Rusli & Fahmi Zafran

 

 


Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM