SAMBUTAN 'SANTA'S BIG CHRISTMAS’ YANG MERIAH DI PAVILION BUKIT JALIL


Sempena ketibaan musim perayaan Krismas ini, ruang Centre Court Pavilion Bukit Jalil telah dihias indah bertemakan ‘Santa’s Big Christmas Celebration’. Dapatkan barangan perayaan untuk memeriahkan lagi sambutan Krismas tahun ini di Pavilion Bukit Jalil dan berjamu selera di pelbagai restoran dan kafe yang terdapat di sini.

Sama ada uang tua atau muda, segalanya ada untuk semua. Anda boleh menghasilkan irama muzik anda sendiri dengan memijak laluan piano terpanjang di Malaysia. Terdapat pelbagai reruai di bazar Krismas yang menjual barangan perhiasan, makanan, dan sebagainya untuk sambutan Krismas.


Anda juga boleh mendapatkan tawaran penebusan yang menarik boleh didapati di Pavilion Bukit Jalil pada musim cuti ini dengan hanya membelanjakan RM300 dalam satu resit untuk memperoleh 1x Baucar Luncur Ais Blue Ice* atau RM500 untuk menerima 1x Taman Salji Blue Ice*.

Saksikan perarakan dan persembahan Krismas yang meriah. Nantikan kemunculan Santa, dan nikmati bengkel dan aktiviti bertemakan Krismas sehingga 1 Januari 2024.


Persembahan tarian di Piano Besar oleh empat penari bakal dilangsungkan pada jam 3 petang, 25 November, 25 Disember dan 1 Januari 2024. Anda juga boleh juga menikmati persembahan orkestra dan ukulele mingguan oleh Clap & Tap, dan bersantai bersama Santa dan Santarina dalam sesi temu mesra istimewa. 

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kecomelan sekumpulan Santa berwarna-warni bernama Cuddly, Silly, Jolly, Dreamy, dan Witty Claus dalam perarakan Santa Parade pada 25 November dan 9, 16, 23, dan 25 Disember, bermula jam 4 petang, bermula di Centre Court dan berarak ke serata pusat membeli-belah.

Kunjungi juga Pameran Ulang Tahun Ke-20 Animasi NARUTO TV (sehingga 31 Disember 2023) dan B★VERSE, Singing the Stars Immersive Exhibition World Tour (Dari 1 Disember 2023 hingga 10 Mac 2024) bersama seisi keluarga untuk satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.


Kepada Ahli Pavilion Privileges, anda juga boleh memenangi hadiah eksklusif dengan melengkapkan  Santa Mission Challenge antara 11am-12pm, 2-3 petang, 5-6 petang, 8-9 malam setiap hari perayaan Krismas. Hadiah adalah terhad untuk 120 baucar setiap hari sahaja. Oleh itu, datang awal dan jangan  ketinggalan! Ahli Pavilion Privileges turut boleh menghadiri pelbagai aktiviti dan promosi eksklusif yang disediakan untuk mereka.


Pavilion Bukit Jalil merupakan pusat sehenti untuk memenuhi segala urusan membeli-belah, menjamu selera, dan hiburan di musim perayaan ini. Dapatkan krim tangan dan lilin dari Bath and Body Works, pencuci mulut dari Inside Scoop dan Beard Papa, teruskan keriangan dengan menyanyikan lagu Krismas kegemaran anda di K11 Karaoke, atau menonton filem blockbuster terbaharu di TGV Cinemas. Dapatkan ilham untuk Buku Panduan Krismas Pavilion Bukit Jalil.


Berikutan kejayaan kerjasama tahun lepas dengan Make A Wish Malaysia, Pavilion Bukit Jalil sekali lagi meneruskan tanggung jawabnya kepada masyarakat dan merealisasikan hadiah impian kanak-kanak kurang bernasib baik dengan kerjasama UCSI Universiti. Kanak-kanak tersebut boleh meletakkan ucapan Krismas di Pokok Krismas Amal Besar dari 22 November 2023 dan pada 17 Disember 2023, hari terakhir inisiatif, 1,000 hadiah impian akan diberikan kepada mereka dalam sebuah majlis penyampaian hadiah dan lawatan ke Taman Salji Blue Ice yang menyeronokkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai 'Santa's Big Christmas' di Pavilion Bukit Jalil, sila layari
www.pavilion-bukitjalil.com, dan ikuti Facebook, Instagram, atau hubungi Kaunter Khidmat Pelanggan di talian 03 8092 8833.

Comments

Popular posts from this blog

KL WELLNESS CITY PERUNTUKKAN RM25 JUTA UNTUK MENANGANI ISU KEKURANGAN JURURAWAT DI MALAYSIA