SUPALAPA FESTIVAL, PESTA MUZIK BERBILANG PENTAS PERTAMA SEUMPAMANYA DI RESORTS WORLD AWANA, GENTING HIGHLANDS


Bersedia untuk menikmati pengalaman penuh keajaiban menerusi penganjuran SUPALAPA Festival 2024 yang dibawakan oleh Prodigy 1 Nation. Pesta muzik yang dinanti-nantikan ini bakal diadakan di destinasi peranginan terkemuka Malaysia - Resorts World Awana, Genting Highlands. Acara ini menjanjikan pengalaman muzik, kesenian, makanan, keriangan dan kejutan yang belum pernah disaksikan sebelum ini.

Pada 2 dan 3 Mac 2024, SUPALAPA Festival akan mengubah suasana pusat peranginan itu menjadi hab kreativiti yang muda bertenaga, menyatukan para pencinta muzik dari seluruh dunia. Sepanjang tempoh dua hari tersebut, pesta muzik ini pasti memukau para penonton dengan gabungan pelbagai genre, dari hip-hop, R&B, K-pop hingga ke rangkaian muzik elektronik menerusi dua arena yang direka bentuk secara unik.

“Kami berhasrat untuk menjadi salah satu pesta muzik yang amat dinanti-nantikan di rantau ini, di mana SUPALAPA Festival 2024 bakal mentakrifkan semula pengalaman muzik secara langsung. Kami berasa sangat gembira kerana dapat menganjurkan pesta muzik pertama kami dalam persekitaran yang serba indah yang ditawarkan oleh Resorts World Awana. SUPALAPA bukan sekadar tempat untuk mencipta kenangan, ia adalah arena di mana anda dapat menenangkan fikiran, meraikan, dan membentuk detik yang dapat membangkitkan semangat anda,” kata Pengarah Pesta SUPALAPA Festival 2024, Addam Maleq.

Tiket pesta Fasa 1 untuk SUPALAPA Festival 2024 boleh didapati di www.supalapa.com mulai 28 November 2023, manakala Fasa 2 dan Fasa 3 masing-masing akan mula dijual pada 21 Disember 2023 dan 21 Januari 2024. Para peminat digalakkan untuk mendapatkan tiket-tiket terlebih awal, kerana pengalaman yang tidak boleh dilepaskan ini pasti mendapat sambutan hangat.


SUPALAPA Festival menjanjikan hujung minggu yang padat dengan persembahan muzik bertenaga dan pengembaraan yang mengujakan di empat pentas yang disusun khas - Kinda Big Stage, Very Tall Stage, Pooltato Stage and Tristan Da Cunha Stage. Acara ini tidak hanya menjanjikan persembahan muzik sahaja, tetapi juga acara kesenian, makanan, keseronokan dan kejutan yang belum pernah dialami sebelum ini. 

Gelombang artis pertama SUPALAPA Festival menampilkan penyanyi hip-hop dinamik Armani White, pasangan DJ muzik trance ternama Cosmic Gate, juara carta Tones and I, serta sensasi TikTok Ian Asher dan Keemokazi. Turut menyertai mereka adalah barisan bakat-bakat hebat seperti Rave Republic daripada DJ Mag’s Top 100, Belle Sisoski, Jovynn, Coex, Forceparkbois, Hard Lights, Notep, NYK, Früde, Limguini dan Solarprint. Terdapat pelbagai persembahan dan acara menarik yang bakal diumumkan. 

Pengarah Pesta SUPALAPA Festival 2024, Addam Maleq berkata, “Ia pasti MENGGEMPARKAN, ia pasti BERTENAGA dan nantikan barisan artis yang bakal disajikan kerana ia akan menjadi semakin hebat. TAK TIPU BRO!”

“Selamat datang bakal Supalapian, ke SUPALAPA Festival 2024 – di mana acara yang telah diaturkan adalah sangat istimewa sehinggakan kami sendiri sukar mempercayainya! Ini bukannya konsert ‘Man Laksa’ yang ada gerai burger di tepinya – oh tidak! Ini adalah pengalaman merentas galaksi yang sebenar. Di sini, kita ada pelbagai acara muzik, aktiviti kesenian, perlawanan gusti dan pertandingan menari yang pasti menggemparkan! Jika anda terlepas peluang ini, anda pasti akan menyesal. Jadi ingat - SUPALAPA Festival 2024, di mana impian muzik anda pasti menjadi nyata menerusi komitmen kami terhadap penganjuran pesta muzik yang terhebat!” kata Ketua Acara SUPALAPA Festival 2024, Christopher Liu De. 

SUPALAPA FESTIVAL tidak hanya menawarkan persembahan muzik; ia adalah pesta hujung minggu mengasyikkan yang menggabungkan hiburan bertaraf dunia dengan penginapan serba mewah, bersama-sama dengan aktiviti rekreasi menarik, dan persekitaran alam semula jadi yang mengagumkan. 

SUPALAPA berazam untuk menentang aktiviti penipuan tiket dengan habis-habisan menerusi penggunaan sistem penjualan tiket pintar yang dilengkapi dengan teknologi anti penipuan oleh Crowdserve. Ini menjanjikan ketelusan, keselamatan dan kawalan untuk para hadirin, mengekang pencatut dan penipu dengan menggunakan teknologi kod QR mereka yang dinamik.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai SUPALAPA Festival 2024, sila kunjungi www.supalapa.com atau ikuti SUPALAPA Festival 2024 di Facebook dan Instagram.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM