SEMARAKKAN SEMANGAT TAHUN BAHARU DENGAN THE MUSIC RUN BY CIMB PADA JANUARI INI!
Bersiap sedia untuk sekali lagi ‘Live the Beat’ – bergerak mengikut rentak di pesta muzik yang berteraskan kecergasan sempena tahun baru ini bersama CIMB, yang kembali sebagai Rakan Penaja Utama. Edisi ke-3 The Music Run by CIMB bakal menyemarak ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Sabtu, 13 Januari 2024, dari 3:00 petang hingga 9:30 malam.
Para peserta akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam acara larian selama 5km atau juga dikenali sebagai ‘Fun Run,’ di samping menikmati rentak lagu ceria di sepanjang larian. Sekali gus, para peserta juga akan dihiburkan dengan persembahan secara langsung setelah tamat acara larian dengan barisan penghibur bertenaga seperti BLINK (@blink_mys), The Filters (@_thefilters), dan EMO NIGHT KL (@emonight.kl). Kami mengajak anda menyertai kami untuk menikmati malam yang bakal memberikan anda pengalaman yang luar biasa.
Terbuka kepada semua, sama ada anda seorang pelari yang berpengalaman atau pelari kasual, The Music Run by CIMB mengalu-alukan semua peserta untuk sentiasa menjalani kehidupan yang aktif dan positif. Dianjurkan oleh Fresh Events Asia, entiti di sebalik lebih daripada 40 acara paling hangat di rantau ini, The Music Run telah mencipta nama sejak detik permulaannya di Malaysia pada tahun 2014, didukung oleh sambutan tahunan yang sangat baik daripada orang ramai.
Setiap peserta akan menerima pek larian menarik yang terdiri daripada kemeja-T larian eksklusif, bib nombor larian, beg jerut dan pingat. Untuk kemudahan anda, pek larian juga boleh dihantarkan kepada anda.
Masih belum merealisasikan azam tahun baharu anda? Tunggu apa lagi, dapatkan tiket ke The Music Run by CIMB dengan segera pada hanya RM99 (tidak termasuk SST dan yuran transaksi portal tiket).
Butiran The Music Run by CIMB adalah seperti berikut:
Comments
Post a Comment