DAPATKAN KHASIAT DAN KEENAKAN US HIGHBUSH BLUEBERRIES BILA-BILA MASA SAHAJA SEPANJANG TAHUN


Pernahkah anda berharap buah-buahan bermusim seperti blueberry mempunyai jangka hayat yang lebih lama supaya anda boleh menikmati manfaat kesihatan pada bila-bila masa sahaja? U.S Highbush Blueberry Council kini memperkenalkan Kempen #GrabABoostofBlue bagi mempromosikan U.S Highbush Blueberry yang tersedia dalam pelbagai jenis sajian seperti sejuk beku, kering dan serbuk sepanjang tahun.


Blueberry, buah yang kecil tetapi berkhasiat ini kaya dengan antioksidan dan vitamin seperti vitamin C dan A yang memainkan peranan penting dalam memerangi tekanan oksidatif dan menguatkan pertahanan badan terhadap radikal bebas. Superfruit ini juga terkenal dengan manfaatnya untuk membantu menurunkan tekanan darah, mencegah penyakit, meningkatkan penglihatan, antara lain. 

Sama ada segar, beku, serbuk atau kering, blueberry mempunyai banyak nutrien yang menjadikannya satu makanan yang sihat untuk diet seimbang. Blueberry dalam bentuk yang berbeza mempunyai faedah unik mereka sendiri; beri sejuk beku mempunyai kepekatan nutrisi yang lebih tinggi, yang kering boleh dijadikan makanan ringan semasa dalam perjalanan, dan serbuk pula telah mempunyai hayat simpanan yang lebih lama.

Blueberry, yang berasal dari Amerika Utara, terkenal di seluruh dunia dengan kualiti unggulnya. Dengan lebih 13,000 tahun pengalaman pengeluaran, U.S Highbush Blueberry Council kini menghasilkan hampir 1 bilion paun blueberry setiap tahun. Blueberry ini dieksport ke seluruh dunia dalam pelbagai bentuk, menjadikannya pilihan yang digemari kerana perisanya yang luar biasa dan manfaat kesihatannya.


Bukan sahaja berkhasiat, blueberry juga boleh disajikan dalam pelbagai cara dan resepi yang kreatif. Sama ada salad ringkas yang dihiasi dengan blueberry beku atau gabungan serbuk blueberry untuk membuat pencuci mulut yang lazat, kempen ini menggalakkan warga Malaysia untuk #GrabABoostofBlue dan menikmati rasa lazat blueberry dan pada masa yang sama mendapat manfaat kesihatannya.


US Blueberries boleh didapati di peruncit utama seperti AEON, Jaya Grocer dan TF Value. 

Untuk maklumat terkini mengenai promosi dan aktiviti terkini, ikuti Facebook rasmi di www.facebook.com/us.highbushblueberries.my/ dan Instagram di www.instagram.com/us.highbushblueberries.my/

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang U.S Highbush Blueberry Council, sila layari https://ushbc.blueberry.org/.


Comments

Popular posts from this blog

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KENALI ISMAIL ZAIN DALAM PAMERAN “MEMBAYANG MAKSUD”

PONTIANAK 200KG - FILEM KOMEDI PALING BERAT ABAD INI BAKAL MENGGIGIT DI PAWAGAM MULAI 5 SEPTEMBER