KOLABORASI UNIK CUURA SPACE DENGAN KAR WAI CHAN DI SWOL CAFE, BANGSAR


Lupakan bilik pameran dan katalog perabot tradisional, Cuura Space membawakan pembaharuan dan sesuatu yang berbeza untuk mengetengahkan koleksi perabot mereka yang terkini. Pameran "Creating Shared Connections" telah terhasil dengan kerjasama pelukis tempatan yang terkenal, Kar Wai Chan mentransformasikan konsep peragaan perabot, menggandingkan rekaan inspirasi Nordic dengan karya seni untuk Kar Wai dalam siri "Cupid Rhapsody: Way Back To Love."

Kini sedang berlangsung di SWOL Cafe in Bangsar, Kuala Lumpur, pameran yang untuk ini menampilkan susunan perabot yang luar biasa dengan perspektif baru di ruangan dinding, ditambah dengan hasil lukisan Kar Wai yang memikat hati.

Pameran inovatif ini mencerminkan falsafah Cuura Space yang memandang perabot bukan sekadar sebuah objek, malahan cara untuk ekspresi diri dan juga mengeratkan hubungan sesama insan.


Para pengunjung ke SWOL juga dapat menikmati tawaran eksklusif:
  • Beli minuman di SWOL dan dapatkan diskaun 5% untuk pembelian di Cuura Space.
  • Kongsikan gambar kunjungan ada ke pameran tersebut di media sosial dan tag Cuura Space untuk mendapatkan minuman percuma di SWOL Cafe.
Selain daripada pameran yang unik ini, kolaborasi ini juga membuka ruang bagi orang ramai mengenali dengan lebih dekat jenama Cuura Space dan produknya yang bukan sahaja mempunyai nilai estetik yang tinggi tetapi berkualiti. Antara perabot Cuura Space yang menjadi tumpuan termasuk:
  • The Elsa, sofa anggun berwarna putih berbentuk L.
  • The Amber, sofa untuk 4 berwarna kuning.
  • The Willia, sofa modular, tersedia dalam warna putih, jingga atau hijau.
  • The Tutha, meja ruang tamu berwarna putih.
  • The Verra, meja makan yang diperbuat daripada Batu Sintered, tersedia dalam pelbagai saiz.
  • The Abater, rangka katil dengan perincian Bouclé, tersedia dalam saiz Queen dan King.

Kunjungilah pameran "Creating Shared Connections" pada bulan Februari di SWOL Cafe, Bangsar, untuk menyaksikan sendiri keunikan dan kreativiti yang tercetus dari kolaborasi Cuura Space dan Kar Wai Chan.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM