DOMINO’S PIZZA MENYEMARAKKAN KESERONOKAN BERSAMA DENGAN CHEESE VOLCANO


Saling berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan, mengeratkan silaturahim dengan juadah yang enak dan mencipta memori bersama adalah pengalaman yang amat bermakna. Momen-momen indah ini menjadi kenyataan apabila Domino’s Pizza mengkumpulkan individu dari pelbagai latar belakang untuk mencuba hidangan terbaru, New Cheese Volcano di Lot 10 Kuala Lumpur.

Para pengunjung terpegun dengan suasana interaktif apabila piza New Cheese Volcano yang terbaru diedarkan kepada peminat piza. Untuk kebanyakkan dari mereka, ini adalah kali pertama mereka menikmati piza dengan resepi inovatif, membuatkan sambutan ini lebih unik dan bermakna.

Buat julung kalinya, terdapat replika piza cheese volcano besar bersaiz 10 kaki yang belum pernah disaksikan di Kuala Lumpur. Replika ini menarik minat dan perhatian orang awam disekitarnya untuk mengambil gambar dengan pemandangan yang mengagumkan. Karya agung ini mewakili metafora visual untuk limpahan keju yang meleleh yang hanya boleh didapati dari piza New Cheese Volcano.

Linda Hassan, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Domino’s Pizza Malaysia, Singapura dan Kemboja berkata, “Di Domino’s, kami bukan sekadar penghantar piza tetapi kami juga menghargai setiap detik istimewa yang boleh menyatukan semua orang. Kami gembira kerana dapat menganjurkan aktiviti seperti ini dan menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama meraikan dan alami sendiri janji kami, ‘Its All About Giving You More’ - lebih kegembiraan, lebih keseronokan, dan lebih keraian. Pengalaman piza baharu ini bukan sekadar menu baharu, tetapi ia menggamit elemen mengeratkan hubungan sambil menikmati hidangan bersama. Kami berbesar hati dengan sambutan luar biasa daripada peminat piza, dan kami tidak sabar untuk memberikan lebih banyak pengalaman yang luar biasa!”


Cheese Volcano adalah ciptaan yang unik dan menjanjikan pengalaman piza yang berbeza. Menu terhad ini mempunyai keju cair yang lazat di tengah piza seolah-olah volkano yang diciptakan menggunakan kerak piza keemasan. Piza yang inovatif ini mengajak pelanggan untuk menikmati piza dengan cara yang unik dan tersendiri. Dengan kebebasan untuk mencicah piza atau hidangan sampingan ke dalam sos keju leleh yang mewah dan berlemak, setiap gigitan dibangkitkan lagi dengan letupan rasa yang sempurna. Ia membawa makna berkongsi piza ke tahap keseronokan yang baru. Disediakan dalam pelbagai pilihan yang menggiurkan, terdapat tiga jenis perisa untuk dipilih; Volcano Cheese Beef Pepperoni, Volcano Cheese Chicken Pepperoni dan Volcano Cheese Aloha Chicken.

Semasa acara tersebut berlangsung, satu tinjauan telah dijalankan dan laporan mendedahkan bahawa sebahagian besar responden menilai Cheese Volcano dengan 5 bintang kerana kelazatannya. Lebih menakjubkan lagi, sehingga 96% responden menyatakan hasrat mereka untuk memesan menu ini lagi.

“Piza New Cheese Volcano ini merupakan momen inovatif bagi Domino’s Pizza Malaysia kerana kami memberi ruang kepada pelanggan untuk mencipta pengalaman memakan piza dengan cara tersendiri. Sama ada anda ingin mencicah kepingan piza anda atau padankan hidangan sampingan dengan sos keju lazat, piza ini diciptakan untuk keseronokan bersama keluarga dan rakan. Dengan musim perayaan yang hampir tiba, kami seronok menjadi sebahagian dari memento yang anda kongsikan bersama yang tersayang,” tambahan beliau.

Dalam pada itu, pengunjung bertuah juga telah berpeluang mendapatkan angpao eksklusif berisi baucer Domino’s. Jumlah angpao yang pelbagai menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dengan menebus 1 piza Cheese Volcano bersaiz besar secara percuma.

Piza Cheese Volcano yang terbaru ini didatangkan dalam 2 saiz, Large dan Xtra Large. Untuk pembelian yang lebih berbaloi, pelanggan boleh dapatkan piza ini secara bawa pulang dengan potongan sebanyak 50%. Tawaran ini sah untuk setiap hari dan pada bila-bila masa! Piza Cheese Volcano yang terhad ini boleh didapati di semua cawangan Domino’s Pizza. Kunjungi cawangan Domino’s atau pesan secara atas talian di http://www.dominos.com.my/, atau hubungi 1300-888-333 untuk membuat pesanan.Untuk mengetahui tentang Piza New Cheese Volcano dengan lebih lanjut dan dapatkan kemaskini promosi terbaru, sila layari http://www.dominos.com.my/.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!