MENYATUKAN EKOSISTEM PENCIPTA KANDUNGAN DIGITAL, JENAMA DAN PENJUAL BAGI MEMPERKUKUH PENGALAMAN MEMBELI-BELAH PENGGUNA PADA 2026
Malaysia kini merupakan ekonomi digital paling pesat berkembang di Asia Tenggara, dengan nilai mencecah AS$39 bilion dan pertumbuhan 19% tahun ke tahun pada 2025 (Google; Temasek; Bain & Company, 2025). Di sebalik angka tersebut, wujud realiti sebenar pengguna, iaitu jutaan keputusan harian yang dibuat berdasarkan kepercayaan terhadap penjual, pilihan terhadap jenama, dan suara yang diyakini.
Naratif inilah yang dipilih oleh Lazada Malaysia untuk diketengahkan menerusi penganjuran majlis Gongxi Raya, Kongsi Sukses, yang menghimpunkan usahawan tempatan, kira-kira 100 pencipta kandungan digital, rakan jenama dan wakil komuniti bagi membincangkan bagaimana kemajuan Malaysia masa kini dibina bukan oleh satu pihak sahaja, tetapi melalui ekosistem berasaskan kepercayaan bersama dan peluang yang dikongsi.
Bukan sekadar acara biasa, majlis Gongxi Raya, Kongsi Sukses menjadi platform perbincangan terbuka mengenai faktor sebenar yang memacu pertumbuhan ekonomi digital masa kini, dalam landskap yang bergerak pantas, pilihan yang semakin meluas, dan kepercayaan pengguna yang perlu terus diperkukuh. Majlis ini turut menjadi pembuka tirai kempen 3.3 dan musim ulang tahun Lazada, dengan menghimpunkan komunitinya bukan sahaja untuk memeriahkan pengalaman beli-belah dan membantu pengguna menemui produk yang sesuai, tetapi juga untuk memperkukuh amalan beli-belah yang lebih berinformasi, agar rakyat Malaysia dapat membeli-belah dalam talian dengan lebih yakin, lebih bijak dan lebih cermat.
“Tahun 2026 adalah tentang meningkatkan tahap membeli-belah dalam talian di Malaysia. Bagi Lazada, tumpuan kami bukan sahaja pada kempen mega, tetapi juga pada usaha memperkukuh LazMall sebagai persekitaran beli-belah yang lebih dipercayai, dengan jaminan ketulenan dan keyakinan dalam setiap pembelian. Bersama pencipta kandungan digital, rakan jenama dan penjual, kami mahu terus meningkatkan pengalaman di Lazada supaya pengguna dapat membeli-belah dengan lebih yakin dan bijak setiap hari,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Kaya Qin.
Antara fokus utama majlis ini ialah pengiktirafan terhadap komuniti pencipta kandungan digital sebagai sumber penting dalam ekosistem Lazada. Mereka bukan lagi dilihat sekadar saluran pemasaran, sebaliknya berperanan membina ketulenan, penglibatan dan keyakinan pengguna. Ini juga mencerminkan hala tuju Lazada bagi 2026, apabila pencipta kandungan semakin diiktiraf sebagai suara yang dipercayai, yang boleh membantu pengguna membuat keputusan pembelian dengan lebih teliti dan berinformasi.
Majlis ini turut menampilkan empat wakil industri dalam sebuah konsep sesi bual bicara tentang bagaimana kepercayaan dan ketulenan dibina dalam dunia digital hari ini. Dari sudut jenama, Jimmy Sun, Ketua Jualan, Pemasaran dan Operasi Jean Perry Malaysia, serta Christy Ng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Christy Ng Shoes, berkongsi bagaimana konsistensi, ketelusan dan hubungan yang kukuh dengan pelanggan menjadi asas kepada keyakinan pengguna jangka panjang. Dari sudut pencipta kandungan digital pula, Rakan Pencipta Kandungan Strategik Eksklusif Lazada, Vickie Siah dan Stella Boo, berkongsi bagaimana kepercayaan komuniti dalam talian dibina melalui kredibiliti, kesesuaian dengan penonton, dan kandungan yang dibuat secara bertanggungjawab. Semua perkongsian ini merumuskan satu kesimpulan yang jelas, sekadar mudah dilihat tidak memadai tanpa kredibiliti, manakala pertumbuhan pula sukar dikekalkan tanpa sokongan komuniti.
“Bagi jenama tempatan seperti Jean Perry, kepercayaan pengguna dibina secara berterusan melalui konsistensi, kualiti produk dan keupayaan untuk memenuhi jangkaan pelanggan pada setiap pembelian. Kerjasama dengan Lazada membolehkan kami memperkukuh kepercayaan itu pada skala lebih besar, kerana pengguna dapat menemui kedai rasmi kami dalam talian dengan lebih mudah, menyemak maklumat produk dengan lebih jelas, dan membuat pembelian dengan lebih yakin menerusi platform yang dipercayai,” kata Ketua Jualan, Pemasaran dan Operasi Jean Perry Malaysia, Jimmy Sun.
Sementara itu, Christy Ng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Christy Ng Shoes, berkata, “Sebagai jenama yang berkembang dengan pendekatan digital, Christy Ng Shoes dibina berasaskan konsistensi kualiti, pemahaman terhadap keperluan pelanggan, dan kepercayaan yang dipupuk dari semasa ke semasa. Pengguna hari ini semakin teliti dalam setiap pembelian, justeru ketulenan dan keyakinan menjadi semakin penting. Kerjasama dengan Lazada amat sesuai bagi kami kerana ia membolehkan jenama kami hadir dalam persekitaran beli-belah dalam talian yang dipercayai, sekali gus memberi pelanggan keyakinan yang lebih tinggi untuk membeli.”
Lazada turut mengukuhkan pendekatan ini dengan menempatkan kepercayaan sebagai teras strategi perniagaan jangka panjang, bukan sekadar prinsip. Pelaksanaannya merangkumi pengembangan saluran jenama-jenama rasmi dan penjual di LazMall, kerjasama dengan pencipta kandungan digital secara bertanggungjawab, serta langkah perlindungan platform yang memudahkan pengguna menyemak maklumat produk dan penjual sebelum membeli.
Sepanjang 2026, Lazada Malaysia akan terus menekankan bahawa keyakinan ketika membeli-belah bermula dengan pilihan yang lebih teliti, terutama apabila pengguna berdepan risiko dalam talian seperti penipuan, penyenaraian mengelirukan dan barangan tiruan. Antara langkah yang disarankan ialah memilih platform beli-belah yang dipercayai seperti LazMall, membeli daripada jenama dan penjual yang disahkan, menyemak label ketulenan, meneliti penilaian penjual serta ulasan pelanggan, dan memahami polisi pemulangan serta bayaran balik sebelum membuat pembelian.
Menjelang jualan Riang Bersama 3.3, antara acara beli-belah terpenting Lazada setiap tahun, Gongxi Raya, Kongsi Sukses mencerminkan hala tuju Lazada untuk semua musim kempennya sepanjang 2026. Walaupun promosi dan tawaran menarik kekal menjadi keutamaan, Lazada akan terus memberi penekanan lebih kuat kepada kepercayaan, ketulenan dan pembelian yang lebih berinformasi.
Menerusi kempen 3.3, pengguna boleh menikmati pilihan jenama global yang paling meluas di LazMall, dengan pengalaman beli-belah yang lebih yakin melalui kedai rasmi, penjual disahkan dan perlindungan pembelian yang lebih baik. Bermula jam 8.00 malam pada 2 Mac, jualan Riang Bersama 3.3 bertemakan Raya ini menawarkan pelbagai promosi menarik, kejutan istimewa dan ganjaran untuk pembeli. Antara tawaran eksklusif yang akan ada ialah promosi Hari Raya sehingga 90% di bawah Crazy Brand Mega Offer bersama baucar tambahan seluruh kedai untuk item terpilih dan diskaun sehingga 80% untuk jenama antarabangsa menerusi Global Brand Deals.
Pembeli juga boleh mendapatkan keperluan harian pada harga yang sangat berbaloi menerusi Mesti Beli, manakala manakala RM13 All Out Surprise Deals menawarkan tawaran bernilai lebih RM130,000 daripada jenama seperti Habib, Ogawa dan Ecovacs, untuk tempoh terhad. Pembeli turut berpeluang mendapatkan Surprise Box serendah RM3 dengan barangan bernilai sehingga RM600, serta menyertai Birthday Spend and Win untuk peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM115,000.
“Kami mahu rakyat Malaysia menikmati tawaran hebat dengan keyakinan bahawa mereka membeli daripada kedai yang sah, memilih produk tulen dan dilindungi oleh perlindungan pembelian yang lebih kukuh. Kempen mega akan terus menjadi keutamaan Lazada, namun fokus kami ialah pengalaman harian pengguna yang lebih meyakinkan, disokong oleh jenama dan penjual di platform kami, pencipta kandungan digital dan komuniti kami,” tambah Kaya Qin.
Dengan menyatukan suara daripada seluruh ekosistem ini, Lazada sekali lagi menegaskan komitmennya untuk membina ekonomi digital yang berteraskan kredibiliti, kerjasama dan nilai jangka panjang, sekali gus memastikan setiap kempen bukan sahaja lebih besar dari segi capaian, tetapi juga lebih kukuh dari segi asasnya. Bagi Lazada Malaysia, majlis Gongxi Raya, Kongsi Sukses bukan sahaja meraikan kemajuan ini, malah turut mencerminkan komitmennya terhadap prinsip yang akan terus memacu platform ini ke hadapan.
%20(Custom).jpeg)
.jpg)
.jpeg)
.jpeg)
%20(Custom).jpeg)
Comments
Post a Comment