ECO-PLUS CONCEPT STORE MEMBAWA KEHIDUPAN MAMPAN DAN MAMPU MILIK KEPADA RAKYAT MALAYSIA
Eco-Shop, Peruncit Barangan Rumah Mampu Milik Terkemuka Malaysia, teruja untuk mengumumkan pembukaan besar-besaran Kedai Konsep Eco-Plus terbaharu mereka di IOI City Mall, Putrajaya. Ruang runcit inovatif ini bersedia untuk merevolusikan pengalaman membeli-belah yang mengutamakan akses dan faktor mampu milik. Rangkaian produk isi rumah yang tersedia merangkumi hampir 10,000 pilihan, termasuk makanan, keperluan isi rumah, alatan asas, alat tulis, dan juga produk haiwan.
Penubuhan Kedai Konsep Eco-Plus membuktikan komitmen Eco-Shop untuk memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai. Kedai terbaharu ini direka bentuk khas untuk dijadikan destinasi membeli-belah yang mengutamakan pelanggan dengan memperkenalkan pelbagai pilihan item baharu, di mana kesemuanya berharga bawah RM20.
Jessica Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Eco-Shop Malaysia, menyatakan bagaimana penubuhan kedai konsep ini merupakan salah satu kejayaan terpenting mereka dan tersedianya kedai ini adalah untuk memberi peluang kepada isi rumah tempatan untuk menikmati produk unggul tanpa beban kos yang berlebihan. Kehidupan berkualiti kini mudah diakses oleh khalayak ramai terutamanya apabila kadar inflasi negara semakin meningkat.
“Kedai Konsep Eco-Plus merupakan kejayaan terpenting dalam perjalanan Eco-Shop. Ia melambangkan dedikasi kami dalam usaha untuk menyediakan akses yang mudah kepada barangan isi rumah yang terbaik pada harga mampu milik. Kedai konsep ini adalah penyelesaian kami untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah. Pilihan barangan keperluan harian dan produk isi rumah yang tersedia di kedai ini kesemuanya berharga bawah RM20.00, di mana 70% daripadanya berharga RM2.40 sahaja.”
Lebih daripada sekadar destinasi membeli-belah, Kedai Konsep Eco-Plus menampilkan ruang Snack & Chill dimana ia menyediakan ruang yang selesa untuk para pelanggan beristirahat, khususnya yang berkeluarga. Mereka boleh menikmati makanan ringan di ruang tersebut sambil membuat pembelian untuk mainan kanak-kanak pada harga bawah RM20. Selain itu, dengan kerjasama Precious Plastic Malaysia, Kedai Konsep Eco-Plus telah menggunakan bahan kitar semula sisa plastik untuk mencipta kemudahan dalam kedai yang lestari, termasuk rak, meja makan, kaunter juruwang, dan banyak lagi. Usaha ini jelas mencerminkan komitmen Eco-Shop terhadap kemampanan untuk masa depan yang lebih hijau.
“Strategi penetapan harga kami adalah sesuatu yang tidak perlu dipertikai kerana konsep mampu milik merupakan prinsip teras Eco-Shop sejak penubuhannya lagi. Bukan sekadar kedai runcit, kami bertekad untuk memperkasakan setiap individu, tanpa mengira status sosioekonomi mereka, untuk mengamalkan gaya hidup yang mampan. Kami mengutamakan pembentukan landskap peruncitan yang mementingkan alam sekitar sambil memastikan akses yang mudah untuk pilihan barangan mampu milik, langsung mengukuhkan lagi misi Eco-Shop untuk Make Life Easier,” kata Jessica.
Untuk meraikan pembukaan besar-besaran dan sambutan musim perayaan yang akan datang, Kedai Konsep Eco-Plus telah melancarkan kempen khas Tahun Baru Cina di mana pelanggan berpeluang untuk mendapat “Bag of Happiness” dengan pembelian 12 barangan terpilih pada harga RM28.80 sahaja. Di samping itu, Eco-Shop juga akan menganjurkan peraduan, “BELI, IMBAS & MENANG”, yang menawarkan peluang kepada pelanggan untuk memenangi hadiah termasuk Makan Besar Tahun Baru Cina (Reunion Dinner) bernilai RM1,200 (x10), dan hadiah sagu hati berbentuk hamper produk bernilai RM88.80 (x10).
Anda dijemput mengunjungi Kedai Konsep Eco-Plus yang terletak di Lot L2-51, Level 2 (West Wing), IOI City Mall Putrajaya untuk menerokai pelbagai barangan hiasan Tahun Baru Cina yang dipamerkan di ruang promosi yang menambahkan sentuhan kemeriahan sambil kita menyambut ketibaan musim perayaan yang sangat dinanti-nantikan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Halaman Facebook Rasmi Eco-Shop dan Halaman Instagram Eco-Shop.
Comments
Post a Comment