ELLE & VIRE PROFESSIONNEL BERI NAFAS BAHARU KEPADA LANDSKAP KULINARI & PASTRI MALAYSIA


Elle & Vire Professionnel, jenama produk tenusu Perancis yang pakar dalam produk mentega dan krim, menyuntik nafas baharu kepada landskap kulinari dan pastri Malaysia. Menerusi satu acara gourmet khas di Brick Studio by Metal Bees, Petaling Jaya, jenama antarabangsa di bawah kumpulan Savencia Fromage & Dairy itu mempamerkan bagaimana produk premiumnya dari Perancis dapat mempertingkatkan menu tradisional Malaysia dengan inovasi kulinari dan pastri yang baharu.

Sejak 1965, Elle & Vire Professionnel telah mencipta nama dengan produk mentega, krim dan pencuci mulut gourmet dari Perancis. Tidak kira untuk cef profesional atau pengguna biasa, ia sentiasa berusaha memenuhi permintaan terhadap produk premium yang mampu menaik taraf pengalaman memasak. Malah kali ini, ia telah menyatukan kepakaran produk tenusu Perancis dengan kekayaan citarasa Malaysia.

Pengurus Negara Savencia Fromage & Dairy Malaysia, Nessy Meghayani, berkata, “Kami sangat teruja untuk menyatukan produk tenusu Perancis yang terbaik dengan tradisi masakan Malaysia. Kami berazam untuk menyatukan keaslian dengan kreativiti, bagi memastikan setiap produk kami, contohnya, krim kami yang tinggi kandungan lemak (35%), dapat menawarkan rasa dan prestasi yang konsisten dan stabil, sekali gus membantu cef dan pengguna biasa untuk mencapai kecemerlangan kulinari dan pastri.”

Menyatukan Dua Budaya menerusi Kulinari

Acara khas itu menampilkan Duta Elle & Vire Professionnel, Cef Chong Ko Wai serta Cef Profesional & Pengasas Bersama JMFood Consultant, Cef Jason Manson yang mempamerkan ciri versatil produk tenusu jenama itu dengan menerapkannya ke dalam resipi tradisional dan kontemporari Malaysia.

Air tangan Cef Chong Ko Wai, Pandan Mango Choux menggunakan All Purpose Butter, Excellence Whipping Cream dan Mascarpone Elle & Vire Professionnel, manakala karya kulinari Cef Jason Manson, Pasta with Creamy Rendang Sauce diterapkan dengan mentega Elle & Vire Professionnel serta inovasi terbaharunya, Cooking Cream, Sour Taste. Acara itu mengukuhkan komitmen Elle & Vire Professionnel untuk mempertingkatkan ciri rasa, keaslian, semula jadi, dan kecemerlangan dalam landskap kulinari dan pastri Malaysia.

Antara inisiatif Elle & Vire Professionnel untuk menginspirasikan, mendidik dan memperkasakan setiap cef yang bercita-cita tinggi atau sesiapa sahaja yang berminat dalam masakan ialah Generation Program. Dengan kerjasama Universiti KDU Wollongong Australia di Malaysia, program itu bertujuan memupuk bakat-bakat cef muda tempatan, dengan menawarkan sokongan komprehensif termasuk latihan, webinar demonstrasi dalam talian, bengkel serta sesi pembelajaran interaktif.

“Kecemerlangan kulinari dan pastri bukan sekadar memerlukan produk yang terbaik. Ia melibatkan pemupukan bakat untuk merealisasikan potensi produk-produk ini. Melalui inisiatif seperti Generation Program, kami berhasrat meningkatkan kemahiran dan semangat cef-cef muda, di samping memperkasakan mereka untuk memberi nafas baharu dan memartabatkan landskap gastronomi di Malaysia,” kata Nessy Meghayani.

Untuk maklumat lanjut tentang Elle & Vire Professionnel dan rangkaian produk yang menarik, layari https://www.elle-et-vire.com/int/en/pro/


Comments

Popular posts from this blog

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!