FAHAMI LEBIH MENDALAM TENTANG DETOKS HEPATIK: ADAKAH IA BERKESAN ATAU SEKADAR ‘HYPE’ SEMATA?

Sekiranya anda melakukan carian dalam talian mengenai "detoks hati", anda akan dibanjiri dengan pelbagai tips, suplemen panduan cara, dan banyak lagi. Dengan trend detoks yang semakin popular pada era kini, soalan yang paling penting untuk dibahaskan adalah: Benarkah hati iaitu organ yang khusus untuk membuang toksin, akan menerima manfaat dari detoks? Atau semua ni cuma plasebo yang boleh membahayakan kesihatan sekiranya ia dibuat dengan cara yang salah?

Image by jcomp on Freepik

Detoks mungkin nampak menjanjikan, dan mungkin anda rasa jauh lebih baik semasa dalam proses detoks. Pada masa yang sama, anda mungkin rasa lebih baik kesan daripada perubahan gaya hidup juga? Hakikatnya, diet detoks kebiasaannya membuang makanan berproses, gula, dan alkohol daripada diet harian anda – dan sewajarnya ke semua makanan dan minuman yang tidak membawa khasiat sepatutnya dikurangkan, dan bukan hanya pada waktu detoks!

Cynthia Jetan selaku Pakar Pemakanan bertauliah dari LAC Malaysia baru-baru ini telah menerangkan sedikit sebanyak tentang topik ini. Beliau menjelaskan bahawa, "Program detoks hati ini sama sekali tidak merawat atau mencegah penyakit. Malah, tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa detoks hati atau pembersihan ini mampu untuk mengeluarkan toksin dari badan seseorang itu ataupun membuatkan mereka hidup dengan lebih sihat. Kesihatan keseluruhan manusia, genetik, diet, gaya hidup, dan persekitaran- kesemua ini ada kaitannya dengan hati kita."

Enjin Kuasa Badan Manusia

Hati manusia merupakan organ kedua terbesar dalam badan seseorang di mana ia menggalas 500 fungsi penting seperti membuang toksin, membersihkan ubat dari badan, sehinggalah memproses makanan yang anda makan setiap hari. Ia juga mampu untuk mengatur tahap kolesterol, membina protein, mengawal tahap hormon, dan menyimpan gula untuk digunakan pada waktu anda memerlukannya. Oleh itu, jika hati anda tidak berfungsi dengan baik, toksin akan terkumpul, dan anda tidak boleh untuk mencerna makanan. Sebenarnya, penting untuk diketahui bahawa seseorang itu tidak akan mampu untuk hidup selama seminggu tanpa hati.

Meskipun nampak begitu menarik untuk dilakukan, namun ia hanyalah penyelesaian yang sementara sahaja berbanding kesan jangka panjang dari tabiat dan pengalaman gaya hidup sihat dengan penjagaan yang konsisten. Malah, apa yang terbaik yang boleh anda lakukan untuk menjaga kesihatan hati adalah memelihara dan menjaganya dengan lebih teliti dan sebaik mungkin.

Cynthia dalam masa yang sama turut menekankan bahawa, "Apa yang membuatkan hati seseorang itu terlalu beban adalah gaya hidup masa kini yang membuka pintu kepada kemudahan memperoleh makanan atau alkohol, tidur yang semakin berkurangan, tekanan berpanjangan, perasaan marah, dan penggunaan dadah serta ubat-ubatan. Sebelum kita fokus pada detoks hati, kita seharusnya memberikan fokus untuk menyokong fungsi hati dan kesihatannya secara keseluruhan."

Selain itu, harus kita fahami bahawa masalah hati boleh menjadi lebih parah dalam diam - dan tanpa disedari hati kita sudah menghadapi pelbagai masalah sehingga munculnya gejala dan simptom yang amat jelas. Malah, kebiasaannya hati kita akan rosak sebanyak 90 peratus apabila kita sedari bahawa kita mempunyai masalah hati. Dengan kanser hati menjadi salah satu kanser paling tinggi di Malaysia pada tahun 2021, penjagaan jangka panjang amatlah penting dan tidak boleh diambil ringan.

"Hati ini merupakan sebuah organ yang rajin dan boleh perbaiki sel-selnya yang telah rosak dengan sendiri. Tetapi, ia bukan sebuah organ yang tidak akan rosak jika tidak dijaga. Apabila ia terlalu beban, ia tidak boleh berfungsi seperti sediakala dan akhirnya setiap organ dalam badan seseorang akan terjejas. Apa tanda-tandanya? Pencernaan tidak elok, kolesterol tinggi, kulit gatal, penat, lesu, tiada selera makan, air kencing gelap, dan najis pucat.

Selain tu, tanda-tanda awal seperti tidur tak lena yang menyebabkan anda terjaga beberapa kali tengah malam - dan perut kembung, adalah antara tanda-tanda awal hati seseorang itu terlalu terbeban. Maka, harus kita cakna dengan tanda-tanda awal ini untuk memastikan hati anda dijaga dengan baik untuk mendapat fungsi yang optimum.

Penjagaan Jangka Panjang Untuk Hati Manusia

Lupakan teknik detoks dan cuba tabiat-tabiat sihat ini untuk penjagaan hati anda:

Makan makanan yang seimbang: Makanan yang diambil haruslah seimbang untuk mengurangkan risiko penyakit hati. Jika anda mengambil alkohol, pastikan anda mengambilnya hanya pada kadar yang sederhana. Elakkan juga makanan yang diproses atau makanan ringan kerana semua makanan-makanan ini akan menyebabkan hati anda dibebani toksin.

Kekal Aktif : Senaman akan mendorong tubuh anda untuk mengekalkan berat yang ideal, sekali gus mengurangkan risiko obesiti dan impak kepada hati anda.

Mendapatkan tidur yang mencukupi: Tidur yang mencukupi akan memberikan hati anda peluang untuk memperbetulkan diri serta menyokong keupayaannya untuk menghasilkan glukosa serta memproses insulin.

Mengawal stres: Stres yang berlebihan boleh menyebabkan radang hati sehingga ia merosakkan fungsinya. Oleh itu, anda disarankan untuk menjaga tekanan untuk kesihatan hati yang lebih optimum.

Berikan pertimbangan untuk memberikan sokongan melalui suplimen kepada hati anda. Salah satu suplemen yang popular ialah bunga tisel (milk thistle) yang berfungsi sebagai penjaga kepada hati anda daripada bahan berbahaya. Ataupun anda juga boleh mencuba LAC L.Pro., makanan tambahan hati yang memiliki 11 herba Tradisional Cina untuk memulihkan fungsi hati dan mengurangkan lemak terkumpul di hati.

Nak detoks atau tidak? Keputusannya jelas: Fokus pada penjagaan asas. "Bayangkan hati anda seolah-olah sebuah enjin kereta. Kita mahukan enjin kereta kita kekal berfungsi dengan baik. Apabila hati kita sihat, kita akan mendapat kesihatan keseluruhan yang lebih seimbang - tenaga yang lebih baik, tidur yang lebih nyenyak, pengurusan berat badan dan mood lebih positif. Hati yang sihat memerlukan penjagaan yang konsisten, bukan penyelesaian yang cepat," tegas Cynthia.

Artikel ini ditulis oleh Cynthia Jetan, seorang pakar pemakanan bertauliah dari LAC Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM