FTISLAND LIVE 'HEY DAY' TAMPILKAN SESI KEJUTAN "GOOD BYE" KHAS BUAT PEMINAT DI ROCK ZONE


FTISLAND mengumumkan akan menampilkan sesi tambahan “Good bye Session” sebagai tanda penghargaan kepada peminat, di atas sokongan mereka yang tidak berbelah bagi! Oleh itu, selepas tamat konsert, 1,000 peminat yang membeli Tiket kawasan VIP Rock Zon berpeluang untuk bertemu secara dekat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Band FTISLAND.

Istimewa Untuk Peminat!

FTISLAND memperkenalkan faedah-faedah istimewa khas untuk peminat yang hadir ke konsert nanti. Bagi mereka yang telah membeli tiket VIP berpeluang memenangi pass “Sound Check” (500 keping), poster bertandatangan (100 keping), dan gambar Polaroid bertandatangan (15 keping). 

Pembeli tiket CAT 1, CAT 2, dan CAT 3 juga berpeluang memenangi pass “Sound Check” (200 keping) dan poster bertandatangan (50 keping). Pemenang-pemenang yang bertuah akan dipilih melalui sistem komputer, dan senarai nama mereka yang bertuah memenangi pass “Sound Check” akan diumumkan di akaun Facebook dan Instagram rasmi Qew Communications Sdn Bhd seminggu sebelum konsert berlangsung. Untuk makluman pihak Penganjur berhak membuat semua keputusan akhir bagi semua faedah-faedah yang diberikan.

Qew Communications Sdn Bhd merasa gembira dapat berkolaborasi dengan FTISLAND, dan ini merupakan penglibatan pertama mereka dalam penganjuran konsert Kpop. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook rasmi https://www.facebook.com/qewcomm.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN