KOLABORASI KASIH REMAJA, KOTEX SHE CAN PROJECT UNTUK TAMATKAN STIGMA HAID SASARKAN 600,000 REMAJA PEREMPUAN


Kotex Malaysia pada hari ini mengumumkan bahawa ia akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam program KASIH Remaja: Sihat & Selamat untuk menangani isu stigma haid dan memperkasakan gadis remaja di seluruh Malaysia.

Sasaran untuk inisiatif tiga tahun tersebut adalah 600,000 remaja perempuan berumur 13 hingga 17 tahun yang akan diperkasakan dengan pendidikan kebersihan haid dan kesihatan reproduktif yang komprehensif. Objektif program ini adalah untuk mematahkan pantang larang haid dan membangunkan generasi wanita yang berdaya tahan.

Inisiatif ini akan dilaksanakan dengan sokongan daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Memecahkan kesenyapan, membina masa depan gemilang

YB Dato' Sri Hajah Nancy Binti Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, menekankan kepentingan Kerjasama ini. "Pemerkasaan remaja perempuan dengan akses kepada alat kebersihan haid yang betul tidak terhad kepada sanitasi mahupun produk sahaja. Ia adalah soal maruah, keyakinan dan potensi penuh mereka. Oleh demikian, kami akan berusaha untuk memperkasakan gadis remaja kami dengan Pendidikan Kebersihan Haid dan Kesihatan Reproduktif melalui kolaborasi ini. Inisiatif ini saling melengkapkan kerja yang telah diterajui oleh Kementerian saya melalui Program KASIH Remaja: Sihat & Selamat yang merangkumi advokasi anti ganguan seksual, hak kanak-kanak dan banyak lagi. Matlamat kami adalah untuk membina generasi gadis muda yang berdaya tahan dan kami mengalu-alukan kerjasama sektor swasta untuk melanjutkan usaha kami. Kerjasama dengan Kotex ini menandakan satu langkah penting ke arah mewujudkan generasi gadis yang tidak dihalang oleh stigma haid dan bersedia untuk memimpin."


Pengetahuan adalah kekuatan

Bergema sentiment tersebut, Pengarah Urusan Kimberly-Clark Malaysia, Lim Yu Chien berkata, “Di Kotex, kami percaya penuh bahawa Haid atau Tidak, Dia Boleh. Ini bermakna setiap gadis berhak mengalami haidnya dengan yakin dan tanpa berasa malu. Untuk berbuat demikian, mereka perlu dilengkapi dengan pengetahuan dan produk untuk menguruskan haidnya. Jadi, kami bukan sahaja menyediakan sumber, pendidikan dan produk asas melalui Kotex She Can Project, malah kami juga memupuk perbualan terbuka tentang haid untuk mewujudkan masyarakat di mana stigma haid tidak lagi mempunyai tempat. Kami berterima kasih kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana sudi bekerjasama dengan kami dalam usaha kritikal ini untuk generasi masa depan Malaysia.”

Mendidik untuk Perubahan Positif

Modul Pendidikan Kotex She Can Project akan memberi fokus kepada topik yang luas dari akil baligh hingga kitaran haid, sistem reproduktif, hak tubuh dan banyak lagi. Bahan pendidikan tersebut juga bersesuaian dengan budaya Malaysia dan akan diedarkan bersama dengan Kit Keyakinan Kotex iaitu Kit Kebersihan Haid yang terdiri daripada tuala wanita Kotex Soft dan Smooth serta pantyliner tanpa wangi Kotex Daily Fresh.

Dengan mencecah 600,000 remaja perempuan dalam tempoh tiga tahun akan datang, kerjasama ini akan memperkasakan generasi wanita muda yang berpengetahuan. Mereka dijangka akan menjadi ejen perubahan yang akan mencabar pantang larang masyarakat berkenaan haid untuk membina persekitaran yang lebih inklusif untuk semua.

“Kami menantikan masa depan di mana stigma haid hanyalah sebuah memori. Kotex mempunyai warisan yang kukuh di Malaysia di mana kami telah berkhidmat untuk rakyat Malaysia selama 100 tahun sekarang. Lebih-lebih lagi, pad Kotex Soft dan Smooth kami adalah produk buatan Malaysia yang dihasilkan di kilang kami di Johor. Kami juga amat bangga kerana kilang kami ini dikendalikan 100% sepenuhnya oleh warga negara. Dengan akar dan sejarah yang begitu mendalam di Malaysia, misi Kotex untuk memperkasakan wanita Malaysia adalah lebih bermakna kepada kami. Kotex mempunyai peranan yang lebih besar untuk dimainkan selain daripada menjual tuala wanita dan percayalah, kerana kami berada di sini untuk membawa impak yang positif dan berkekalan kepada rakyat Malaysia,” kata Lim.

Lim berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kerjasama antara Program KASIH Remaja: Sihat & Selamat dan Kotex She Can Project yang diadakan di Kuching. Inisiatif tersebut disempurnakan oleh YB Dato' Sri Hajah Nancy Binti Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif ini dan menyertai perjuangan menentang stigma haid, sila layari kotex.com.my atau cari kami di Instagram, Facebook dan Tiktok.


Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

MULAKAN PAGI ANDA DENGAN PENUH BERTENAGA: ACARA IKONIK MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY KEMBALI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 MILO® DI MALAYSIA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA