KWAI CHAI HONG MEMPERSEMBAHKAN INSTALASI SENI "RISE OF THE DRAGON 蟄龍覺醒"


Kwai Chai Hong telah bersiap sedia dengan instalasi seni "Rise of the Dragon 蟄龍覺醒" untuk meraikan sambutan dinamik Tahun Naga bagi Tahun Baharu Cina 2024. Bertemakan permainan tradisional masyarakat Cina, Mahjong - instalasi ini melambangkan perpaduan, kepelbagaian, dan harapan untuk tahun baru yang makmur.

Wong Jia Min dan Lee Chaer Shean dari plus+plus

Dengan kerjasama artis tempatan Wong Jia Min dan Lee Chaer Shean dari plus+plus, Kwai Chai Hong telah menghidupkan sebuah karya seni yang menggabungkan budaya Mahjong dan pengarcaan simbolik naga. Kepakaran Wong dan Lee dalam seni bina telah menyuntik kreativiti mereka dalam instalasi tersebut, menampilkan permainan mahjong yang terletak di tengah-tengah bayangan seekor naga yang telah dikejutkan daripada lena oleh bunyi kemeriahan orang bermain mahjong lalu terbang ke langit, melambangkan pembaharuan dan kecergasan.


Instalasi "Rise of the Dragon" adalah lebih daripada sekadar paparan artistik; ia adalah gambaran harapan yang ketara, menjemput si pengunjung untuk merenung dan menerima lembaran kehidupan baharu ketika mereka menyambut Tahun Naga.


Jom raikan Tahun Baharu Cina di Kwai Chai Hong dan jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan instalasi seni "Rise of the Dragon 蟄龍覺醒" mulai 25 Januari hingga 3 Mac, 2024 (9 pagi hingga 12 tengah malam).

Comments

Popular posts from this blog

TIKTOK PERKASA IBU BAPA, SATUKAN SUARA KEIBUBAPAAN DI ERA DIGITAL

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

MENANG BESAR DI KEMPEN "GOLDEN TICKET' DI ALAMANDA PUTRAJAYA