MADAM PERTARUHKAN SINGLE TERBAHARU ‘MERINDU’ SETELAH LAMA MENYEPI


Nama band rock ini mungkin tidak segah band-band lain yang ada di luar sana, namun buat MADAM, rezeki ada di mana-mana sahaja, dan perlu yakin. “Kami masih lagi aktif berkarya dalam menghasilkan lagu-lagu rock yang bermutu, dan juga masih lagi giat memperjuangkan muzik rock di bawah naungan label Rocketfuel Entertainment,” kata Herman selaku pemain dram MADAM.

MADAM yang dianggotai empat pemuzik berbakat besar, Putera (vokalis), Azuan (pemain bass), Herman (pemain dram) dan Fadhil (gitaris) kembali lagi dengan single terbaharu berjudul ‘MERINDU’ hasil ciptaan mereka sepenuhnya dan diterbitkan oleh label hiburan paling sensasi, Rocketfuel Entertainment.

“Idea disebalik pembikinan lagu ini mula direncanakan sekitar bulan Mac tahun lepas lagi, namun disebabkan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, hasrat tersebut terhenti, dan disambung semula pada penghujung 2023,” kata Putera.

Single MERINDU membawa maksud seperti tajuknya - merindui kehadiran orang tersayang, merindukan sentuhan, suara, merindui seseorang yang jauh di mata namun dekat di hati, gambaran rindu yang amat berat lagi mendalam.

Jelas Azuan, “Kami mengambil masa selama 3 minggu untuk menghasilkan single MERINDU ini, ia termasuk proses penulisan, adu campur muzik sehingga menjadi sebuah karya yang sempurna.

“Lagu MERINDU masih mengekalkan irama rock namun ada elemen pop yang lebih moden, supaya lebih mudah mudah diterima oleh pendengar setelah lebih dari setahun kami tidak hadir dengan single baharu.

Menurut En. Prem Anand, selaku Vice President Rocketfuel Entertainment, “Kami gembira dengan single terbaharu dari Madam dan berharap agar lagu ini mendapat tempat di hati peminat. Buat pendengar yang menantikan karya terbaharu daripada Madam, lagu ini adalah untuk anda. Lagu baru ini benar benar menampilkan sisi Madam yang berbeza.”

Selain single, video muzik (MV) MERINDU turut dilancarkan dengan jalan cerita yang tidak terlalu berat, cukup sekadar menunjukkan perasaan seseorang apabila merindu kekasihnya, pasti terkenang memori indah bersama.

Akhiri Fadhil: “Kami berharap agar pendengar dapat mengenali band MADAM dengan lebih lagi kerana lagu ini merupakan ciptaan kami yang kedua setelah single Nona lebih setahun lalu. “Terima kasih buat semua peminat yang terus menyokong dan menanti karya terbaharu kami, semoga MADAM kekal di dalam industri muzik sehingga hujung nafas kami.


Lagu ‘MERINDU’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI