JENAMA PENJAGAAN DIRI KOREA SELATAN MILK BAOBAB KINI TIBA DI MALAYSIA, EKSKLUSIF DI WATSONS


Kulit yang sihat merupakan sesuatu yang menjadi keutamaan ramai pengguna hari ini, lebih-lebih lagi untuk mengekalkan keseimbangannya dalam kehidupan di bandar. Bagi menangani isu ini, Milk Baobab® dari Korea Selatan telah mencipta penyelesaian yang cukup mudah untuk penghuni kota yang sibuk.

“Kami teruja untuk memperkenalkan Milk Baobab® kepada setiap rakyat Malaysia yang inginkan produk kualiti dengan rumusan yang sempurna dari hujung rambut hingga hujung kaki. Rangkaian Milk Baobab® mengandungi foremilk (susu awal) paling tulen dari New Zealand dengan biji Baobab Afrika yang berkhasiat,” kata Cho Hyun, Pengarah Urusan Taenam Malaysia.

Memperkenalkan tiga rangkaian produk yang kini tersedia di seluruh negara di sekurang-kurangnya 300 kedai Watsons, produk Milk Baobab® untuk rambut, mandian dan losyen tmenampilkan varian White Musk, Baby Powder dan White Soap. 

Varian White Musk didatangkan dengan wangian bunga yang segar, suci dan  memberikan keselesaan kepada kulit manakala rangkaian Baby Powder pula menampilkan haruman bedak untuk meningkatkan daya tarikan dan keyakinan seseorang. White Soap menampilkan wangian yang menyegarkan dan bersih untuk melegakan minda. 

Cho Hyun menambah, “Produk Milk Baobab dihasilkan 100% dalam kilang milik kami, dengan piawaian pengeluaran antarabangsa. Kami berharap dapat menghasilkan produk berkualiti tinggi untuk rakyat Malaysia.”

Setiap rangkaian Milk Baobab® di pasaran menjalani proses R&D purata selama 6.2 bulan dan diuji sebanyak 85 kali dalam ujian klinikal yang meluas di pusat penyelidikan dan pembangunan jenama yang diketuai oleh pakar-pakar dermatologi profesional.

Pelancaran Milk Baobab® turut disaksikan oleh Danny Hoh, Pengurus Besar Pemasaran & Pertumbuhan Pelanggan Watsons Malaysia. Pada pelancaran itu, tetamu juga telah diperkenalkan dengan perkongsian produk oleh Rose Nicotine dan Joey Kong yang memberikan gambaran lebih dekat tentang tiga rangkaian tersebut.

Milk Baobab terdapat dalam 3 rangkaian dan dijual secara eksklusif di lebih 300 kedai Watsons Malaysia di seluruh negara dan dalam talian; dengan harga antara RM14.90 – RM49.90.

Untuk maklumat lanjut tentang Milk Baobab®, layari https://www.watsons.com.my/all-brands/b/164340/milk-baobab

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025