PERASMIAN MENARA MERDEKA 118: SATU PENCAPAIAN BERSEJARAH, DIJANGKA DIBUKA KEPADA ORANG AWAM PADA HUJUNG TAHUN 2024


PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (PNBMV), pemilik dan pembina Menara Merdeka 118, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sokongan yang menggalakkan daripada warga Malaysia atas perasmian menara oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini.

Tersergam indah, melambangkan kekayaan warisan, kepelbagaian, dan potensi tanpa had, Menara Merdeka 118 yang setinggi 678.9 meter adalah menara tertinggi di Asia Tenggara dan kedua tertinggi di dunia. Menara Merdeka 118 dijangka dibuka kepada orang awam menjelang penghujung tahun 2024.

Masjid Al-Sultan Abdullah

Berikut adalah beberapa tarikh penting yang ditunggu-tunggu: 
  • Masjid Al-Sultan Abdullah – Kini dibuka kepada orang ramai 
  • Merdeka Boulevard di 118 Park – Siap pada Q2 2024 
  • Stadium Merdeka – Dibuka pada S2 2024 
  • Park Hyatt Kuala Lumpur – Dibuka pada S3 2024 
  • The View at 118 Observation Deck – Dibuka pada S4 2024 
  • 118 Mall – Dibuka pada S3 2025 
Masjid Al-Sultan Abdullah mempunyai kapasiti 3,000 dan terletak dalam presint Merdeka 118. 

Stadium Merdeka yang merupakan nadi presint Merdeka 118 akan dibuka semula kepada orang ramai pada pertengahan tahun. Stadium ini bakal digunakan untuk acara sukan, gaya hidup, hiburan, dan aktiviti masa lapang. Ia akan dibuka untuk kegunaan masyarakat sepanjang hari dan petang. Merdeka Boulevard at the 118 Park juga akan dibuka pada masa yang sama. 

Merdeka Boulevard at 118 Park 

Park Hyatt Kuala Lumpur yang pertama di Malaysia terletak di 17 tingkat teratas di Menara Merdeka 118, dan dijangka dibuka menjelang September. 

The View at 118, akan menjadi dek pemerhatian tertinggi di Asia Tenggara dan ke-2 tertinggi di dunia, dengan aktiviti yang mengujakan seperti Edge Walk, di mana anda boleh memakai abah-abah dan berjalan di luar menara. 

Apabila dibuka sepenuhnya, The View at 118 adalah dijangka dapat menampung sehingga 3,000 pengunjung sehari. Terdapat juga aktiviti Spire Climb, di mana anda boleh memanjat ke puncak tertinggi menara yang berada lebih 500 meter dari aras tanah. 

Sementara itu, orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini perkembangan menerusi laman web rasmi Merdeka 118 di https://merdeka118.com/

Comments

Popular posts from this blog

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!