RESORTS WORLD GENTING MEMPERSEMBAHKAN PAMERAN BRUCE LEE SEMPENA TAHUN NAGA


Resorts World Genting dengan kerjasama Thematic Legendary Kingdom dan Kelab Bruce Lee Hong Kong gembira menyambut Tahun Naga dengan mempersembahkan pameran eksklusif istimewa legenda seni bela diri terhebat sepanjang masa, Bruce Lee – Naga yang paling terkenal di Asia! Berlangsung dari 5 Februari hingga 14 April 2024, selami warisan sinematik tokoh ikonik ini di Times Square Stage, SkyAvenue. Pameran ini boleh dilawati dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Harga tiket adalah RM8 seorang.


Pelancaran rasmi hari ini dihadiri oleh YB Lee Chin Chen, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pahang, Encik Aaron Soo, Naib Presiden Kanan Taman Tema, Penyewaan dan Festival, YBhg Dato’ Sri Kay Atisha Parasuraman, Naib Presiden Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam, Alvin Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Thematic Legendary Kingdom, W Wong, Presiden Kelab Bruce Lee dan Profesor Hew Kuan Yau, ahli jawatankuasa Kelab.


Membuat kemunculan pertama di luar Hong Kong, pameran ini mempamerkan patung Bruce Lee yang menarik setinggi 2.5m dengan gaya “Kung Fu”nya yang ikonik. Para hadirin dijemput untuk sesi fotografi yang unik, meniru gaya Bruce Lee, dan menerima bingkai foto magnet yang direka khas sebagai kenang-kenangan.


Pameran ini, dengan kerjasama artis 3D terkenal Shannon Ma, memberikan peminat pengalaman yang mendalam tentang kehidupan Bruce Lee secara global. Karya-karya cat tangan asli oleh Shannon Ma dan koleksi edisi terhad akan dijual di pameran ini.


Dalam ucapan beliau, Encik Aaron Soo menyatakan, “Kami berasa amat bangga kerana Resorts World Genting adalah yang pertama mengadakan pameran hebat seumpama ini di luar Tsim Sha Tsui. Kami berharap dapat menarik peminat seni bela diri dan peminat setia Bruce Lee ke pameran ini, serta memberi mereka peluang untuk belajar atau mengenali semula semangat waja Naga yang paling terkenal di Asia, yang pengaruhnya terus bergema sepanjang generasi.”


Presiden Kelab Bruce Lee, Encik W Wong menyamakan kepentingan Tahun Naga dan pengiktirafan dunia terhadap Bruce Lee sebagai “Naga Cina” yang imej heroiknya melampaui budaya dan sempadan, berfungsi sebagai gabungan yang sempurna antara budaya Timur dan Barat. Encik W Wong menekankan bahawa memperingati Bruce Lee bukan sekadar menghormati seorang bintang filem, tetapi merayakan seorang legenda seni bela diri Cina yang terulung di peringkat global, ahli falsafah Kung Fu, dan pengarah filem aksi. Beliau juga menyatakan bahawa semangat tak terkalahkan Naga Asia akan terus menjadi sumber inspirasi untuk generasi muda hari ini.


Jangan lepaskan peluang unik ini untuk merayakan lelaki di sebalik warisan, dan dapatkan cenderamata eksklusif. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.rwgenting.com/

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY HEALTHCARE GROUP MELANCARKAN E-BUKU PERTOLONGAN CEMAS PEDIATRIK, MEMBUKA AKSES KEPADA ILMU UNTUK MENYELAMATKAN NYAWA