REXONA MENAMPILKAN KOLABORASI TERKEMUKA BERSAMA KUMPULAN KPOP (G)I-DLE


Meneroka wilayah baharu, Rexona mengumumkan kerjasama yang membawa pembaharuan dengan kuasa besar K-pop, (G)I-DLE. Kolaborasi ini menandakan komitmen Rexona dalam menggabungkan inovasi produk deodoran dengan resonans budaya sekali gus menjadikannya bukan hanya fokus pada pencerahan ketiak dan kesegarannya bahkan tentang keyakinan dalam pergerakan.

Menerajui genre K-pop, pengaruh (G)I-DLE melangkaui irama merdu dan tarian rancak. Aspirasi mereka mencabar batasan dan had gema dengan semangat Rexona, ‘not done yet’. Memiliki pangkalan peminat setia lebih dari 12 juta orang, pencapaian kemuncak mereka baru-baru ini menyaksikan mereka mendahului Carta Artis Baharu Billboard.

“(G)I-DLE bukan hanya tentang muzik; mereka adalah ikon penuh keazaman, mencabar norma dan membentuk semula landskap K-pop,” kata Victor Hugo Jr, Pengarah Jenama Global Rexona & Ketua Pembangunan Pasaran untuk Deodoran Asia. “Kerjasama ini memperlihatkan lebih daripada sekadar kolaborasi; ia adalah sinergi nilai – mendorong batasan dan berusaha untuk mencapai lebih banyak kejayaan. Hal ini sama seperti (G)I-DLE yang telah mengatasi pelbagai batasan dalam muzik, Rexona juga melakukan hal yang sama dalam penjagaan peribadi dengan memastikan semua orang berasa segar, yakin, dan terus maju ke hadapan.”

Kerjasama mereka dengan Rexona memperkenalkan rangkaian deodoran Vitamin Bright yang mengubah corak permainan industri penjagaan peribadi. Menyedari bahawa 62% daripada orang muda di Asia telah mengehadkan cara mereka bergerak kerana bawah lengan mereka , kerjasama ini mencerminkan gabungan antara lambang keyakinan kumpulan (G)I-DLE dan dedikasi Rexona untuk menerangi serta memperkasakan setiap individu. Formula inovatif ini bukan hanya mencerahkan kulit bawah lengan tetapi juga memastikan perlindungan berterusan selama 72 jam lalu membolehkan semua orang #GLOWFORIT. Diperkaya dengan vitamin antioksidan yang kuat, fungsinya adalah untuk menentang tanda hitam di bawah bawah lengan yang menghalang keyakinan dan pergerakan diri. Dan dengan bentuk produk seperti ‘Roll-on’ atau turut dikenali sebagai Bebola dan Aerosol, ia direka khusus untuk memenuhi keperluan yang pelbagai serta untuk apa-apa jua keadaan.

Victor Jr. Hugo menambah, “Melihat K-pop sebagai sebuah daya penyatuan budaya di Asia, hubungan strategik Rexona adalah langkah yang disengajakan untuk berhubung secara lebih mendalam dengan pengguna kami, memupuk hubungan sejati dalam landskap yang dibentuk oleh muzik Korea dan pergerakan tanpa henti. Dengan rangkaian Vitamin Bright, kami bukan sekadar melancarkan produk; kami mencetuskan sebuah gerakan budaya. Kerjasama dengan (G)I-DLE memperkuat misi kami untuk memperkasakan orang ramai agar melalui setiap hari dengan penuh semangat, keyakinan, dan benar-benar #GLOWFORIT.”

Gerakan #Glowforit Menguasai Pentas

Rexona melangsungkan naratif jenama mereka dengan ‘Gerakan #GLOWFORIT’ sebagai platform utama untuk rangkaian deodoran pencerahan mereka. Dilancarkan dengan penuh semangat, Gerakan #GLOWFORIT mengambil langkah pertamanya dengan menyoroti acara pop-up Rexona yang meriah di Starhill Kuala Lumpur pada 15 Februari. Reruai yang penuh bertenaga ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik, trak berkeliling yang penuh dengan kejutan, dan peluang bagi peserta untuk memenangi barangan Rexona (G)I-DLE. Menambahkan lagi keseronokan, peserta juga berpeluang untuk mendapatkan tempat untuk Temu Mesra secara Maya dengan (G)I-DLE pada tahun 2024!

Perayaan yang meriah ini bukan hanya berlaku di acara pop-up The Starhill tetapi juga meluaskan pesonanya melalui pertunjukan tambahan dan promosi eksklusif di semua outlet runcit Watsons dan Guardian sekali gus menawarkan peluang berterusan kepada para peserta untuk merasai pengalaman K-pop Glow. Mereka peluang untuk memenangi barangan Rexona (G)I-DLE dan pas untuk sesi Temu Mesra secara Maya!

Deodoran Baharu Rexona Vitamin+Bright

Rexona memperkenalkan rangkaian produk Vitamin+Bright, direka untuk memberikan pencerahan bawah lengan dan kesegaran yang berkesan dan tahan lama. Rexona Roll On, yang tersedia dalam saiz 45ml yang mudah alih kini dijual dengan harga RM12.90 seunit (Harga Runcit yang Disyorkan). Bagi mereka yang mahukan harga promosi, Rexona Roll On Twin Pack yang mengandungi dua unit 45ml akan dijual dengan harga menarik iaitu RM20.60 seunit (Harga Runcit yang Disyorkan). Bagi deodoran berbentuk semburan pula, Rexona Spray Single, dengan kandungan sebanyak 135ml kini boleh didapati dengan harga RM17.40 seunit (Harga Runcit yang Disyorkan). Pilih Rexona Spray Twin Pack yang terdiri daripada dua unit 135ml dengan harga istimewa iaitu RM27.80 seunit (Harga Runcit yang Disyorkan). Dapatkan deodoran penuh kesegaran dengan Rexona Vitamin+Bright. Kini boleh didapati di kedai & dalam talian di Watsons dan Guardian.

Teruskan bersama Rexona dan (G)I-DLE dalam perjalanan memperjuangkan keyakinan, gerakan, dan melangkaui batas dengan setiap langkah yang menggembirakan ini. Untuk maklumat lanjut, ikuti Rexona di Instagram (@rexonamalaysia) & Facebook (RexonaMY). Sertai Rexona dan (G)I-DLE dalam perjalanan yang membangkitkan semangat ini, dan ayuh kita #GLOWFORIT!

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!