THAI ODYSSEY BUKA CAWANGAN KE-44 DI MID VALLEY SOUTHKEY JOHOR


Memulakan sambutan Ulang Tahun ke-20, Thai Odyssey, rangkaian kedai urut dan spa Thai terbesar di Malaysia telah membuka cawangannya yang ke-44 di The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru. 

Kedai terbaharu ini mempunyai keluasan 6,275 kaki persegi dan boleh menampung sehingga 36 tetamu pada satu masa dan dilengkapi dengan 28 buah katil dan 8 tempat duduk, menampilkan tiga bilik untuk pasangan. Khidmat urut yang menjadi kegemaran pelanggan juga tersedia di sini. Antaranya - Urut Tradisional Thai, Urut Aromaterapi Thai, Terapi Herba Thai, Urut Kaki Tradisional, dan Urut Separuh Badan. 


Menampilkan hiasan dalaman kontemporari moden Thai, cawangan Thai Odyssey terbaru ini menjanjikan satu pengalaman yang lebih selesa dan menarik kepada semua pengunjung.

Untuk memperingati pembukaan cawangan tersebut, Thai Odyssey telah memperkenalkan buka baucar “Exclusive Royal Treats” yang mengandungi 12 keping baucar yang bernilai lebih  RM1,300, menampilkan promosi yang belum ditawarkan sebelum ini. Dengan harga  RM49.90, buku baucar ini hanya dijual di cawangan Mid Valley Southkey, sementara stok masih ada. 


Thai Odyssey Mid Valley Southkey 

Lokasi: TM-011, Third Floor Mezzanine, The Mall, Mid Valley Southkey, Persiaran Southkey 1, Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor 

Waktu Operasi: 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Untuk tempahan dalam 48 jam, sila hubungi 607-338 4185 atau WhatsApp 6016-866 8344. Untuk tempahan awal di antara 2 hari dengan 30 hari, sila isikan permintaan di www.thaiodyssey.com/reservation

Comments

Popular posts from this blog

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!