MELAWATI MALL MERAIKAN SAMBUTAN AIDILFITRI DENGAN TEMA ‘FABULOUS FLORAL RAYA’
Sempena kedatangan Hari Raya ini, raikan detik kegembiraan Aidilfitri di Melawati Mall dengan pelbagai aktiviti dan ganjaran membeli-belah termasuk pertunjukan fesyen Raya yang menampilkan koleksi terkini daripada jenama fesyen terkenal. Bertemakan 'Fabulous Floral Raya', pertunjukan fesyen kali ini melibatkan jenama seperti Fana Couture, Elrah Exclusive, Gene Martino, WHIP, Truly Asia, Colegacy, Ducati dan banyak lagi.
Dari 9 Mac hingga 21 April, pembeli juga dipamerkan dengan koleksi dan promosi Raya baharu yang menarik daripada pelbagai jenama. Acara yang berlangsung di Centre Court ini menampilkan MC Vogue, Love Trisha, Orchid Classic, Ababil, Hollakidz, Elrah Exclusive, Istana Kaftan, FANA Couture dan banyak lagi. Di sini anda boleh membeli baju kurung yang anggun, pelbagai aksesori, minyak wangi dan juga hamper Raya. Kelengkapan ini juga boleh dijadikan hadiah yang sempurna untuk meraikan semangat Raya tahun ini.
Bersempena dengan tema ‘Fabulous Floral Raya’, Melawati Mall dihiasi dengan hiasan perayaan yang diilhamkan daripada corak bunga yang terdapat dalam tekstil tradisional Arab. Motif dan corak ini digabungkan dengan elemen reka bentuk moden, sekaligus dapat mencipta latar belakang yang cukup indah.
Pelancaran Pertunjukan Fesyen Raya pada 8 Mac
Sebagai memulakan kemeriahan perayaan Aidilfitri tahun ini, Melawati Mall dengan bangganya membawakan acara kemuncak iaitu Pelancaran Pertunjukan Fesyen ‘Fabulous Floral Raya’ yang berlangsung pada hari Jumaat, 8 Mac 2024 di GF, Meranti Court.
Selain dapat melihat pelbagai gaya dan fesyen bertemakan Raya dari jenama fesyen tempatan, tetamu dapat menikmati persembahan tarian Bunga Raya dan persembahan Dikir Barat.
Acara menarik ini juga menandakan permulaan kempen perayaan "Fabulous Floral Raya" Melawati Mall yang menampilkan gubahan bunga yang mekar mempersona dan hiasan pentas yang diilhamkan oleh seni bina Arab. Paparan yang menawan ini sedikit sebanyak akan membangkitkan suasana Raya yang indah buat semua pengunjung.
Ganjaran Membeli Belah Fabulous Floral Raya
Melawati Mall tidak lupa untuk menyediakan promosi menarik dan ganjaran buat pembeli. Dari 9 Mac hingga 14 April, pembeli berpeluang memenangi hamper Fabulous Floral Raya bernilai sehingga RM500 melalui Cabutan Bertuah Raya. Untuk menyertainya, pembeli hanya perlu berbelanja dengan minimum sebanyak RM150 di mana-mana kedai di Melawati Mall. Pemenang bertuah akan diumumkan pada 18 April melalui saluran media sosial rasmi Melawati Mall.
Pembeli juga boleh menebus paket Fabulous Floral Raya eksklusif dengan perbelanjaan minimum RM150 dalam satu resit, dan Batik Raya Melawati Mall khas dengan perbelanjaan minimum RM350 dalam maksimum dua resit.
Sorotan Perayaan
Sepanjang Hari Raya ini, nantikan pelbagai persembahan menarik di Melawati Mall seperti Tarian Bunga Raya dan Dikir Barat. Khusus untuk kanak-kanak pula, usah lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti eksklusif kelab kanak-kanak (MMKIDZONE) yang diadakan pada hujung minggu. Terdapat aktiviti untuk seisi keluarga termasuk seni anyaman Raya dan bengkel membuat paket Raya yang diadakan setiap hujung minggu serta pertandingan mewarna menarik yang akan berlangsung pada 30 & 31 Mac di tingkat dua, MMKIDZONE Utara. Untuk menyertai semua aktiviti ini, hanya daftar sebagai ahli kelab kanak-kanak (4 – 12 tahun) di ruang acara secara percuma.
Dari 26 Mac hingga 9 April, terdapat juga Bazar Ramadan yang berlangsung di Pintu Masuk Selatan yang menawarkan juadah berbuka puasa yang lazat, aksesori fesyen dan banyak lagi.
Melawati Mall ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penajanya atas sumbangan mereka kepada acara pelancaran Fabulous Floral Raya. Penaja F&B rasmi, Bask Bear Coffee, menyediakan pengalaman kulinari yang tidak dapat dilupakan manakala pameran fesyen itu dijayakan dengan sokongan jenama Ducati, Colegacy, Elrah Exclusive, Fana Couture, Gene Martino, Truly Asia dan WHIP. Penaja media Asashi, Ababil, Golden Screen Cinemas, LAC, MBG FruitShop, Orchid Classic dan Variante turut memainkan peranan penting dalam menjayakan acara ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen tersebut, layari laman web Melawati Mall (https://www.melawatimall.com/) dan laman Facebook (https://www.facebook.com/MelawatiMallOfficial).
Comments
Post a Comment