NIKE TRX: HAB KOMUNITI PENGGEMAR SUKAN KINI DIBUKA DI THE EXCHANGE TRX


Nike, dengan kerjasama GMG, teruja untuk mengumumkan pembukaan rasmi kedai Nike TRX yang terbaharu, ruang runcit yang direka dengan teliti dengan persekitaran dinamik di mana pengunjung bukan sahaja dapat mencari inspirasi tetapi juga berhubung dengan komuniti tempatan.


Nike TRX menawarkan koleksi pakaian yang disusun atur dengan teliti untuk tarian, kecergasan, berlari, yoga, pakaian jalanan, bola keranjang dan kanak-kanak. Kakitangan terlatih bukan sahaja memberikan layanan yang mesra tetapi juga bersedia untuk membantu pelanggan dengan pelbagai perkhidmatan. Antaranya, membantu memilih bra sukan dan kasut yang serasi dengan pelanggan untuk meningkatkan prestasi sukan mereka.


“Di Nike TRX, kami komited untuk memupuk gaya hidup sihat dan semangat kemasyarakatan. Kami berhasrat untuk menjadi destinasi sukan untuk penggemar kecergasan, menawarkan pengalaman beli-belah yang tiada tandingan, di samping membantu pelanggan kami mencapai matlamat sukan mereka, kata Carl Masterman, Presiden – Sukan, GMG.”

“Dedikasi kami yang tidak berbelah bahagi kepada sukan wanita, berusaha untuk mencipta ruang selamat yang memupuk inspirasi untuk gaya hidup aktif. Matlamat kami adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dalam komuniti, menyatukan ahli komuniti melalui pelbagai aktiviti dan acara sukan,” tambah beliau lagi.


Kedai Nike TRX direka untuk meningkatkan pengalaman beli-belah, mewujudkan ruang yang bukan sahaja memenuhi keperluan individu tetapi juga memupuk semangat kemasyarakatan. Dengan adanya rangkaian perkhidmatan yang komprehensif dan komitmen terhadap gaya hidup sihat, Nike TRX menjadi tumpuan bagi mereka yang mencari lebih daripada sekadar pengalaman runcit — ia merupakan satu destinasi yang menggabungkan gaya, komuniti dan juga prestasi.


Nike TRX terletak di aras 2, L2.77-2.79 Persiaran TRX Tun Razak Exchange Kuala Lumpur, Selangor, 55188 Wilayah Persekutuan dan diedarkan oleh GMG Sports Sdn Bhd.

Ikuti maklumat terkini di media sosial

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!