SUNWAY PYRAMID MENYAMBUT MUSIM RAYA TAHUN INI DENGAN SOUK MAGHRIBI YANG DIPENUHI KEMERIAHAN DAN KECERIAAN


Sunway Pyramid menyambut ketibaan Hari Raya dengan penuh gaya, yakni dengan menghiasi datarannya dengan unsur-unsur negara Maghribi untuk menyeriakan lagi perayaan tahun ini. Bertemakan ‘Gaya Riang Raya’, yang dibawakan oleh seluruh Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway (Sunway Malls), dataran yang dihiasi dengan aneka warna dan keriangan tersebut menggamit para pengunjung untuk berkumpul, membeli-belah, dan menikmati musim perayaan yang istimewa ini.

Mulai hari ini sehingga 14 April 2024, Orange Concourse akan dihiasi dengan aneka rona yang menarik untuk mewujudkan suasana persis Souk yang moden, iaitu pasar yang sinonim dengan rantau Afrika Utara dan Timur Tengah. Bercirikan jubin berwarna kuning air dan juga bunga raya, dekor Sunway Pyramid membuka tirainya dengan sebuah gerbang yang memetik ilham daripada seni bina Moor, membawa pengunjung mengalami suasana sebuah pasar berunsur kesenian yang lengkap dengan bumbung, pohon palma dan hamparan karpet.


Aneka warnanya melambangkan budaya-budaya majmuk yang terdapat di Malaysia, dengan seni bina struktur sekeliling yang mempamerkan pelbagai tradisi yang menjadi asas kepada perayaan ini, sebuah perkarangan yang sempurna untuk semua golongan meraikan musim lebaran tahun ini di Sunway Pyramid. Hiasan Raya tambahan yang berilustrasi khas dengan gambaran pasar Maghribi juga hadir di seluruh pusat membeli-belah, dilengkapkan dengan lampu LED yang seumpama cahaya yang sering mengiringi perayaan ini. Pelbagai aktiviti juga menanti seisi keluarga tanpa mengira usia.

Gaya Photo Booth wajib dikunjungi oleh pembeli-belah untuk mencetak gambar yang diambil bersama insan-insan tersayang di concourse itu. Bagi pengunjung yang ingin ‘shopping Raya’, terdapat pelbagai tawaran daripada jenama-jenama seperti Getha, Montigo, Rimba, Shins dan Zaitoun di dataran berkenaan. Pengguna aplikasi Sunway Super App juga boleh meraih lebih banyak ganjaran dari 22 Mac hingga 5 Mei 2024 apabila mereka membuat pembelian daripada pekedai-pekedai yang mengambil bahagian – sebanyak 30x mata ganjaran Sunway sedia untuk dikumpul!


Pada hujung minggu, pembeli-belah boleh menghasilkan pelapik cawan Mosaic mereka sendiri menerusi bengkel yang akan diadakan pada 17, 24 dan 31 Mac, jam 3 petang. Pada 30 Mac, juga akan diadakan bengkel membuat ‘bath bomb’ LUSH pada jam 3 petang, di mana pengunjung dapat menghasilkan sabun mandian mereka sendiri. Untuk mendukung landskap seni tempatan, sempena Raya tahun ini, Sunway Pyramid juga telah berganding bahu dengan artis mural dan contengan dari Malaysia, Nas Suha, untuk mencorakkan sampul Raya serta mural yang diperagakan di dataran ini.

Barangan tebusan yang istimewa juga disediakan di dataran ini bagi pembeli-belah yang membelanjakan minimum RM350 (RM250 bagi Pemegang Kad Aeon Credit) semasa tempoh kempen tersebut, sementara stok masih ada.

 

Bilangan Resit

Perbelanjaan

Item Penebusan

2*

RM350 (RM250 bagi Pemegang Kad Aeon Credit) dan ke atas

Set Sampul Gaya Raya

2*

RM1,200 (RM1,100 bagi Pemegang Kad Aeon Credit) dan ke atas

Set Kanister Kaca

2*

RM5,000 (RM4,900 bagi Pemegang Kad Aeon Credit) dan ke atas

Kit Kembara Getha

*Perbelanjaan minimum dalam bilangan resit yang dinyatakan. Semua penebusan adalah terhad untuk pelanggan terawal.


Jason Chin, Pengurus Besar Kanan Sunway Pyramid berkongsi, “Untuk sekian yang lama, kita dapat menyaksikan impak besar yang dimiliki oleh sambutan pelbagai jenis perayaan, bukan sahaja dalam menghimpunkan orang ramai, tapi juga memupuk semangat kemasyarakatan di pusat-pusat beli-belah kami. Sambutan ini menggamit para individu dan keluarga untuk meluangkan masa bersama, mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta mengukir kenangan yang indah. Kami berbesar hati untuk membawakan detik-detik yang riang ini, dan mengalu-alukan semua untuk berkumpul dan merayakan bersama dengan kami sempena Hari Raya tahun ini. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin saya ucapkan bagi pihak seluruh warga Sunway Pyramid!”


Sepanjang satu bulan menjelang Hari Raya, terokai pelbagai pengalaman yang ditawarkan oleh Sunway Pyramid. Membeli-belah, berkumpul dan berbuka puasa bersama insan-insan kesayangan anda di restoran-restoran bersijil halal seperti Supamala dan A'Decade, dan buat persiapan musim lebaran anda dengan baju Raya baharu, kuih-muih dan barangan keperluan yang lain.

Sila layari laman sesawang rasmi Sunway Pyramid untuk maklumat lanjut mengenai Gaya Riang Raya.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!