IMAN TROYE LANCAR LAGU BAHARU, ‘TEMAN MALAM’, DITUJUKAN BUAT PENEMAN SETIA SEPANJANG MALAM, DI PERTUNJUKAN INOVASI TERBAHARU KOTEX
Iman Troye memukau media dengan dendangan vokal beliau menerusi lagu baharunya Teman Malam, sebuah lagu asal yang dicipta dengan kerjasama jenama kebersihan feminin terkemuka di dunia, Kotex, sempena memperkenalkan inovasi terbaharu rangkaian Kotex Total Protection. Menyanyi secara langsung pada majlis pelancaran Kotex Total Protection serba baharu yang diadakan di Sunway Velocity, bintang kesayangan Malaysia itu turut mendedahkan permintaan jenama itu yang mencuit hati untuk megaitkan Teman Malam sebagai respons kepada Teman, lagu popular beliau pada tahun 2020.
“Ya, betul tekaan anda! Ia adalah sebuah ‘jawapan’ buat lagu Teman saya sebelum ini, di mana rangkaian Kotex Total Protection menjadi peneman setia sepanjang malam - sesuatu yang saya dan semua wanita perlukan. Lagipun, kita pun tahu betapa lecehnya apabila mengalami kebocoran dan lebih teruk lagi jika pad kita bocor ketika tidur. Ia bukan sahaja menjejaskan kualiti rehat kita, tetapi kita juga perlu mencuci cadar dan menyental pakaian. Malah tilam dan bantal peluk juga perlu disental jika ada kesan yang tertinggal. Walaupun ia menjejaskan hari kita, kita masih perlu memaksa diri untuk melakukan yang terbaik untuk sepanjang hari. Oleh itu, saya percaya inovasi ini akan membawa transformasi untuk industri penjagaan haid kerana ia menyelesaikan keperluan yang besar untuk kita wanita,” luah Iman yang kelihatan bersemangat.
“Oleh itu, Teman Malam didedikasikan kepada setiap gadis yang mengejar impian sambil menguruskan cabaran harian, termasuk kebimbangan haid. Saya yakin semua orang boleh mengaitkan pengalaman mereka dengan lagu ini. Sebagai seseorang yang bergantung pada pad Kotex, saya sendiri amat teruja dengan inovasi ini. Malah, saya sudah mempunyai bekalan Kotex Total Protection baharu yang telah menjadi kawan baik saya pada waktu malam, yang boleh dipercayai untuk tidur yang lena,” tambah Iman.
Michelle Chin, Pengurus Jenama Kotex Malaysia, dalam ucapan pelancarannya mendedahkan rahsia di sebalik inovasi itu. “Dapatan pengguna kami mendedahkan bahawa sesuatu yang terus menjadi keutamaan Nombor 1 bagi wanita ketika haid adalah tiada kebocoran belakang pada waktu malam. Selain itu, kami berunding dengan pakar perubatan tentang kepentingan tidur dan memahami bahawa tidur memainkan peranan penting dalam menguruskan sindrom prahaid (PMS) dan haid kerana ia menstabilkan hormon kita. Oleh itu, kami tahu ini adalah sesuatu yang perlu diselesaikan dan selepas banyak penyelidikan, pasukan inovasi kami telah berjaya mereka bentuk teknologi Anti-Leak Back Cushion yang berfungsi sebagai pelindung untuk mengekang kebocoran belakang. Ia diuji makmal dan terbukti memberikan perlindungan sehingga 100% terhadap kebocoran belakang.”
Demonstrasi langsung yang memperlihatkan prestasi produk ini telah dipamerkan di atas pentas, sekaligus membuktikan dakwaan jenama tersebut yang mendapat reaksi kagum daripada orang ramai.
Dengan inovasi yang begitu hebat ini, Michelle menjelaskan bahawa jenama itu ingin bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Iman Troye. “Seperti yang anda lihat, kami telah membuat langkah besar dan berani dengan Kotex Total Protection yang baharu! Selain inovasi besar ini, kami juga telah bekerjasama dengan Iman Troye untuk 'lagu haid' pertama dan eksklusif kami. Membawakan rentak yang menarik dan digabungkan pula dengan vokal hebat Iman, saya sendiri telah mendengar lagu ini berulang kali. Lebih penting lagi, usaha ini selaras dengan langkah berterusan kami untuk menghapuskan stigma terhadap haid. Sebagai sebuah jenama, kami percaya bahawa wanita yang kuat tidak akan dihalang oleh haid mereka. Ia bermula apabila kita boleh bercakap secara terbuka tentang topik ini, ataupun menyanyi dengan lagu! Tambahan lagi, kami juga telah membuat binaan yang telah mengubah ruang legar Sunway Velocity menjadi Kotex Dreamland.”
Pengalaman #KotexDreamland
Dengan kerjasama Watsons Malaysia untuk menampilkan Kotex Total Protection yang telah diperbaharui melalui acara #KotexDreamland di Sunway Velocity dari 25 hingga 28 Julai 2024, ‘kota ajaib’ ini menekankan keselesaan dan kualiti tidur yang diimpikan dengan Kotex. Pada masa yang sama, antara yang mencuri perhatian ialah gelongsor awan gergasi yang memberikan sensasi nyaman dan seperti mimpi tidur malam yang nyenyak tanpa kebocoran belakang. Selain dapat mengalami sendiri teknologi Anti-Leak Back Cushion yang luar biasa, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah yang menakjubkan.
Dengan hanya pembelian minimum RM25 untuk produk Kotex di acara #KotexDreamland, pelanggan akan membawa pulang Beg Sandang Corduroy eksklusif secara percuma. Di samping itu, dari 25 Julai hingga 31 Ogos 2024, semua pembelian sebanyak RM25 produk Kotex dalam satu resit (pembelian mesti termasuk sekurang-kurangnya 1 pek Kotex Total Protection) di ruang legar atau dari mana-mana kedai runcit Watsons di Lembah Klang, pembeli layak untuk memasuki peraduan Kotex #DreamRoomMakeover di mana pemenang bertuah akan memenangi ubah suai bilik tidur oleh Atap.Co bernilai RM20,000! (Tertakluk kepada terma & syarat)
Kotex dan Watsons juga telah berkolaborasi untuk meningkatkan kebersihan haid di kalangan wanita kurang berkemampuan, memastikan akses kepada tuala wanita untuk setiap wanita, tanpa mengira status. Untuk setiap pembelian Kotex Total Protection yang dibuat di Kotex Dream Land, Kotex akan menyumbangkan sekotak tuala wanita Kotex kepada Pertubuhan Pertolongan Wanita (Women’s Aid Organization).
"Kami bukan sekadar mendakwa untuk melawan stigma dan kemiskinan haid. Tetapi kami mara mengambil tindakan dan sumbangan ini adalah salah satu daripada banyak contoh bagaimana Kotex memperjuangkan hak wanita Malaysia dan menjaga kebajikan wanita secara langsung. Malah, kami juga sangat bangga bahawa usaha kolektif kami baru-baru ini diiktiraf di Anugerah Kelestarian & CSR 2024 di mana kami dinobatkan sebagai Syarikat Terbaik Tahun Ini (FMCG) - Terbaik dalam mempromosikan kesihatan wanita," kata Michelle, mengakhiri ucapan beliau.
Kotex Total Protection yang diperbaharui dengan Anti-Leak Back Cushion kini boleh didapati di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari kotex.com.my atau ikuti Kotex di media sosial di www.facebook.com/KotexMalaysia dan www.instagram.com/kotexmy.
Comments
Post a Comment