POS MALAYSIA MEMPERKENALKAN EON BERHAD SEBAGAI RAKAN KERJASAMA UTAMA ‘POS MALAYSIA RUN 2024’


Pos Malaysia Berhad ("Pos Malaysia"), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, pada hari ini telah mengumumkan sokongan beberapa rakan kerjasama yang dihormati untuk ‘Pos Malaysia Run 2024’, acara larian pertama syarikat itu dijadualkan untuk berlangsung pada 29 September. 



EON Berhad, pengedar terbesar di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan kepada beberapa jenama kereta terkenal termasuk Proton, adalah rakan kerjasama utama acara tersebut. Turut memberikan sokongan kepada kejayaan acara larian sulung Pos Malaysia adalah jenama isi rumah terkemuka seperti: 
  • Bank Muamalat – Rakan Perbankan 
  • Cuckoo – Rakan Peralatan Rumah 
  • Yinson Green Tech – Teknologi Hijau 
  • Allianz Malaysia Berhad – Rakan Insuran 
  • Spin – Rakan Pakaian 
  • Chek Hup – Rakan Uncang Kopi 
  • Reebok – Rakan Jam Tangan 
  • Pos Shop 
  • Pos Aviation 
  • SkyBlue Media – Rakan Media Luar Ruangan 
  • Milo – Rakan Malt Coklat 
  • Nature Loop – Rakan Pingat 
  • Taman Tema Sunway 
  • Blood – Rakan Kesejahteraan 
  • Opack – Rakan Pembungkusan Makanan & Minumam 
  • Perkeso – Rangkaian Strategik 
  • Mal – Komunikasi 

Bercakap pada acara untuk memperkenalkan barisan penaja dan rakan kerjasama awal pada hari ini, Fiona Liao, Ketua Pegawai Pemasaran, Komunikasi dan Kelestarian Kumpulan Pos Malaysia berkata: “Selepas bertahun-tahun memperjuangkan kehidupan sihat melalui perkongsian dalam beberapa acara larian dan kecergasan utama di Malaysia, kami sangat teruja untuk memimpin dalam menganjurkan larian perdana kami sendiri. Bertemakan ‘Jom Laju For Fun!’, larian yang akan datang ini bukan sahaja meraikan warisan Pos Malaysia, tetapi juga mengukuhkan komitmen kami untuk membina komuniti dan kehidupan sihat dengan tumpuan kepada tanggungjawab alam sekitar." 

“Dan hari ini, kami sangat teruja kerana menerima sokongan besar daripada semua penaja dan rakan kerjasama kami yang turut berkongsi impian dan misi kami untuk Pos Malaysia Run yang julung kali diadakan. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada setiap seorang daripada mereka, terutamanya kepada rakan kerjasama utama kami EON. Dengan sokongan dan kerjasama anda, kami yakin bahawa kami akan dapat meningkatkan acara itu dan memastikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua peserta.” 


En Akkbar Danial, Ketua Pegawai Eksekutif EON Berhad, menyatakan semangatnya untuk perkongsian itu, dengan menyatakan, “EON Berhad berbangga menjadi rakan kerjasama utama untuk Pos Malaysia Run 2024. Kerjasama ini selaras dengan komitmen kami untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan kelestarian alam sekitar. Semasa kami meraikan ulang tahun ke-40 kami, bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk larian sulung mereka membolehkan kami menyumbang kepada usaha yang bukan sahaja menyokong kesejahteraan masyarakat tetapi juga menekankan kepentingan kelestarian. Kami tidak sabar-sabar untuk menyokong acara ini dan menjadikannya pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua peserta, mengukuhkan dedikasi bersama kami untuk memacu kemajuan dan membentuk masa depan yang lebih baik.” 


Pos Malaysia Run 2024 dijadualkan bermula pada pukul 6:00 pagi pada hari Ahad, 29 September, di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Ia menampilkan tiga kategori jarak – Fun Run (6.2KM + Fun Zone), 10KM dan 15KM, dengan yuran penyertaan ditetapkan masing-masing pada RM75, RM80 dan RM85. Pendaftaran dibuka sehingga 29 Ogos melalui www.racexasia.com. Peserta yang berdaftar akan menerima pek perlumbaan yang direka dengan cantik yang mengandungi pilihan barangan acara dan barangan bernilai sehingga RM140. 

Mengguna pakai pendekatan yang lebih hijau untuk larian, Pos Malaysia telah mengambil langkah untuk menghasilkan tee larian menggunakan 100% bahan kitar semula. Untuk mengurangkan pelepasan karbon, pek perlumbaan akan dihantar terus kepada peserta dalam pembungkusan mesra alam melalui kenderaan elektrik Pos Malaysia, sekali gus menghapuskan keperluan untuk memandu ke tempat pengumpulan perlumbaan. 

Selain itu, pada hari acara itu, basikal elektrik Pos Malaysia akan digunakan untuk marshal dan sokongan operasi. Semua peserta yang menamatkan larian mereka juga boleh mengharapkan untuk menerima pingat penamat yang diperbuat daripada ikatan zip plastik dan logam kitar semula. 

Untuk maklumat lanjut, sila layar laman rasmi Pos Malaysia di www.pos.com.my atau ikuti kami di Facebook, X, Instagram, Tik Tok, YouTube, dan LinkedIn

Comments

Popular posts from this blog

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KENALI ISMAIL ZAIN DALAM PAMERAN “MEMBAYANG MAKSUD”

PONTIANAK 200KG - FILEM KOMEDI PALING BERAT ABAD INI BAKAL MENGGIGIT DI PAWAGAM MULAI 5 SEPTEMBER